2 3

39.9K 4.3K 426
                                    

"Okay tak?" Meng menghulurkan aku sekeping kad. Aku memerhati setiap butir informasi diri dalam kad identiti pelajar yang baru sahaja siap dibuat.

"All right" Aku mengangguk puas setelah mendapati semua maklumat tepat dan lengkap.

"RM 6.00 sahaja"

"Jap eh" Aku mula menyelongkar beg sandang aku, mencari duit. Ye aku tak ada dompet macam perempuan lain. Duit aku campak macam tu je dalam beg.

"Lambatlah kau cah" Ed memandang aku  bosan ditepi kaunter.

"Kalau lambat bayarlah kan"

"Eh hutang pasu Lanets pun kau tak habis bayar lagi"

"Aduh Ed jangan ungkit. Aha! Jumpa pun!" Aku meletakkan sekeping wang berwarna merah di atas kaunter. Tak lama selepas itu, Meng memulangkan baki RM4 kepada aku.

"Gerak lu Meng. Jangan lupa pulangkan mangkuk mak aku"

"Okay Jan. Okay" Meng tersenyum senget.

Aku dan Edhan berjalan beriringan keluar dari kedai. Jam sudah pun menunjukkan pukul 5.45 petang. Aku membuka 'contacts' lalu menekan nama Aidil. Talian serta merta disambungkan.

"Hello Ai–"

"Weh call aku kemudian"

"Kenapa?"

Tut..tut...tut...

Talian diputuskan.

"Tak guna punya abang" Aku mendecit tak puas hati. Ini mesti tengah layan awek-awek hipster yang bersepah dekat mall ni.

"Asal?"

"Kau nak kena balik sekarang ke Ed?"

"Aku balik naik Uber so... Tak"

"Okay nice teman aku cari abang aku"

* * * * *

Kedai yang kesepuluh. Yang ke-se-pu-luh. Dan aku masih tak nampak kelibat Aidil yang memakai jersey berwarna hitam. Jam dah menunjukkan pukul 6.08 petang.

"Shah" Ed memanggil.

"APA"

"Wow muka jangan serious sangat Shah"

"Mana aku tak serious? Homework English aku tak siap lagi. Malam ni dahlah nak pergi rumah Along aku"

"Sejak bila kau kesah pasal kerja rumah?"

"Ed. Kerja rumah yang aku cakapkan tu kerja rumah dua minggu lepas. Kau rasa?"

"Okay teruknya kau"

"Cis tak membantu"

"Kau tahu apa yang silap?"

"Apa?"

"Work smart. Don't work hard"

"What is you mean?" Aku, seorang budak yang grammar ke laut, mencuba berbahasa Inggeris.

"Kalau kau nak cari abang kau, kau kena fikir strategy. Bukannya main cari sampai ke China. Memang tak jumpa"

"Dah tu nak buat apa?"

"Bak nombor phone abang kau" Pinta Ed sambil tangannya mengeluarkan Oppo dari poket seluar.

"Uish kau nak tackle abang aku ke? Sorry ah Ed aku kalau boleh nak kakak ipar bukan abang ipar"

"Shah please jangan me-Nazmi-kan diri sangat. Aku nak track abang kau"

"Eh boleh ke?"

"Tolonglah. Sistem kerajaan pun aku boleh ceroboh apatah lagi phone orang"

"Ha jap" Aku mula menyebut nombor Aidil satu demi satu. Ed menekan-nekan telefon pintarnya. Air mukanya nampak tenang, seperti sudah biasa melakukan kerja tersebut.

LanetsWhere stories live. Discover now