4 8

33.1K 3.9K 732
                                    

"Nah." Aku menghulurkan buku berkulit keras yang tebal itu kepada Hadzim.

"Thanks Shah." Laju Hadzim menyambut buku tersebut. Di dalam hati, aku memanjatkan setinggi kesyukuran kerana akhirnya dapat menyingkirkan buku mengarut itu dari dalam hidup aku.

"Shah."

"Hm?"

"Kenapa muka kau bu-"

"Zim, kecantikan wajah adalah sesuatu yang ephemeral. Kau tau ephemeral tu apa?"

Hadzim menggeleng penuh bod*h.

"Ephemeral ni benda yang tak bertahan lama. Ha contohnya muka aku. Hensem gila-"

"Aku lagi hensem." Dia menyampuk.

"-tapi sekali lebam, habis buruk. Oleh itu Putera Alif Hadzim, kau perlu berhenti cakap seseorang tu buruk. Sebab kau pun akan buruk satu hari nanti. Nak buruk sekarang pun boleh. Aku berbesar hati nak tumbuk kau."

"Wow wow Shah tenang Shah." Hadzim lantas mengangkat beg galas kulit berwarna hitam miliknya di hadapan aku, risau-risau aku menyerang."Bukan lebam kau yang buatkan kau buruk. Tapi ekspresi kau. Masam semacam. Kau, baru lepas putus dengan girlfriend kau ke apa?"

"Ew no. Ahli Lanets mana boleh ada girlfriend!"

"Hah?! Tak boleh ke? Fuh nasib baik aku ahli sementara je." Hadzim menggosok-gosok dadanya tanda lega.

"Oh ya. Cakap pasal tu, boleh aku tanya? Siapa crush kau eh?" Aku nak jugak tahu perempuan manakah yang berjaya buatkan mamat ni begitu terdesak untuk dikenali ramai. Cantik sangat ke minah tu?

"Rahsia." Seperti remaja sebayanya, dia tersenyum gedik apabila terfikir akan gadis yang diminati.

"Perempuan ke lelaki?"

"Perempuanlah."

"Form berapa?"

"Rahsia hihu." Hadzim masih tersenyum angau. Saat itu, aku perasan yang matanya tertacap pada seseorang. Seorang gadis, dengan rambut paras bahu, di atas basikal.

Basikal yang sedang dikayuh oleh Ariyan Akmal.

Aku tak tunggu lama. Aku ambil batu atas jalan, lalu aku campakkannya pada tayar basikal Ariyan. Balingan aku tersasar, jadi batu yang aku baling terkena kepala Ariyan. Walaupun mukanya menunjukkan tanda kesakitan, aku tak rasa yang dia mengalami  kesakitan tahap maksima memandangkan rambut Ariyan setebal dompet Nazmi.

"Hoi Shah! Kau buat apa ni woi?" Hadzim di sebelah jadi gelabah melihatkan aku yang bertindak agresif. Aku mengendahkan Hadzim lalu mencapai sebiji lagi batu ke arah basikal Ariyan. Kali ini, batu aku mengenai tepat pada jejari roda basikalnya, membuatkan basikal Ariyan berhenti mengejut. Kedua-dua makhluk itu hampir sahaja terjatuh. Malang sekali, si pengayuh basikal sempat menahan basikal daripada jatuh menggunakan kaki.

Aku masih tidak berpuas hati. Satu lagi biji batu aku capai. Hadzim kali ini cuba menghalang namun gagal apabila aku tolak dia ke tepi. Aku mencampakkan batu tersebut pada Beth dan yes! Minah tu terjatuh basikal. Ariyan lantas mengusap kepala Beth sambil matanya meliar, mencari tangan yang bertanggungjawab membaling batu.

"Shah, kau apahal?" Soal Hadzim tidak berpuas hati.

"Alah tenanglah. Tak mati pun budak tu. Fake boyfriend dia ada kan? Ha tengok siap ada orang tolong lagi." Nyataku tanpa secubit rasa bersalah. Aku pun tak faham kenapa Anis dan Haikal yang berdiri berdekatan menggatal nk tolong Beth. Eh tengok muka si Beth tu pun orang boleh tau lah dia tu penjahat dalam novel.

* * * * *

Keesokkan harinya, aku hadir ke sekolah seperti biasa. Aku menyapa Thaqid yang mengulang kaji pelajaran di taman botani sekolah seperti biasa. Aku mulakan hari dengan meminum setin Oligo yang dibeli dari vending machine seperti biasa. Aku mengambil buku-buku yang diperlukan di loker seperti biasa. Loker aku tiba-tiba dihempas kuat seperti bia- ok yang ni tak biasa.

Aku memandang manusia yang bertanggungjawab menghempas loker aku. Seorang pelajar perempuan. Dia nampaknyya mengikat rambut gaya ekor kuda hari ni. Boleh agak dah kot siapa?

"Kau dah kenapa Nis?" Aku memandang Anis mahu tak mahu.

"Saja kacau kau keh keh keh. Ok bai." Dia tersengih sebelum bergerak masuk ke dalam kelas.

Aku tersenyum senget melihat telatah Anis. Setelah memasukkan buku-buku yang berkenaan ke dalam beg, aku mengunci loker milikku. Mengikut jam di Lenovo aku, kelas akan bermula dalam masa 4 minit. Oleh itu, tanpa melengahkan masa, aku mula mengorak langkah ke kelas tercinta, 5 Violet.

"Shah." Tak sampai sepuluh langkah, nama aku disebut seseorang dari belakang menyebabkan aku terpaksa berhenti berjalan. Aku menoleh ke belakang, dan mendapati Beth sedang berpeluk tubuh memandang aku.

"Oh. Adik Eliza Bethrisha. Ada apa jumpa pagi-pagi ni?" Walaupun aku tak pernah kesah pangkat junior dan senior ni, aku rasa seronok panggil si Beth ni dengan gelaran adik. Biar dia sedar sikit yang dia tu tingkatan empat, hormat sikit tingkatan lima eh, fikirlah otak. Otak? Otak letak kat mana? Kat lutut? Akal? Akal Allah dah bagi letak kat mmm ntah.. Mmuka! Bukannya kat lutut ke kat tangan ke. Fikirlah sikit!

Ok gais kecamlah aku. Aku dah ready.

Beth tidak membalas sebaliknya menyelak rambut yang menutupi dahi. Sebuah benjolan kelihatan.

"Pft. Sorry but the benjol makes you look like an alien."

"Kau, yang baling batu semalam kan?"

"Hah? Batu apa?"

"Jangan tipu. Aku nampak kau tersenyum puas right after ada batu ketuk kepala aku."

"Tersenyum? Oh itu sebab Hadzim buat teka teki mengarut. Kau nak dengar?"

"No."

"Ada orang terperangkap kat kutub utara. So helikopter pun datang nak selamatkan. Tapi bila helikopter tu masuk je kawasan salji, dia terhempas. Kenapa?"

"..."

"Sebab dia sejuk so dia tutup kipas."

"Kau ambik lawak ni dari Twitter kan?"

"Yeap."

"Ugh aku datang sini bukan untuk dengar lawak bodoh kau. Aku nak ingatkan, sekali lagi kau cari pasal dengan aku, tak pun Ariyan aku, lebam muka kau tu mungkin akan jadi lebih teruk."

"Aw. I am so scared."

"Yes you should. Aku tahu kau pura-pura berani. Tapi jauh di sudut hati kau, kau menjerit mintak tolong. Pengecut."

"Eh tenanglah jangan drama sangat. Kau tak ada hak nak menilai aku, sedangkan nama penuh aku pun kau tak tahu."

"Wait until my boyfriend hear about this. Mungkin dia akan tumbuk mulut kau pulak memandangkan kata-kata yang keluar dari mulut kau teramatlah menjengkelkan.

"Okay  Eliza Bethrisha! Aku nak gerak masuk kelas dulu. Tata." Aku tersenyum sebelum memusingkan badan 180 darjah dan mula menyambung perjalanan.

"Jangan ingat kau dah terlepas, Nurul Aishah binti Shahrim."

Sekejap. Jangan kata—

Aku lantas menoleh kembali ke arah Beth. Dia tersenyum sinis sebelum berlalu pergi.

Tak guna.

Sekarang, aku betul-betul takut.

LanetsWhere stories live. Discover now