5 6

30.6K 3.5K 367
                                    

"Shah." Niat aku untuk keluar dari kereta terbantut apabila Aidil memanggil nama aku.

"Apa?"

"Kau sihat tak ni? Nak rehat kat rumah?"

"Huh?" tanyaku pada Aidil yang berkerut memandang aku. Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbit dari poket, lalu mendail nombor seseorang.

"Weh Ril. Adik kau yang sorang ni apahal doh? Tiba-tiba pakai skirt pergi sekolah?"

"Dah dia perempuan, bahalol!" Terdengar suara Abang Airil menjerit melalui telefon. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada kereta dan berjalan menuju ke sekolah.

Air liur aku teguk beberapa kali. Aku menundukkan kepala menghadap jalan. Sumpah, aku berdebar. Jantung mengepam darah selaju seorang manusia yang lari apabila terjumpa lipas terbang. Dari mata aku, aku dapati yang aku sedang mendekati beberapa orang pelajar perempuan.

Pelajar perempuan, mesti kenal aku kan?

Perlahan-lahan, aku mengangkat kepala untuk senyum kepada mereka. Okay Aishah, you got this.

Makin lama, jarak kami semakin dekat. Apabila aku tiba di hadapan mereka, barulah mereka lihat ke arah aku. Masing-masing terbeliak mata. Tangan mereka menekup mulut tidak percaya.

"Er.. guys. I can explain--"

"OH MY GOD THAQID DAH SAMPAI!"

Sekejap... apa?

Aku menoleh ke belakang dan mendapati Thaqid baru melangkah masuk ke kawasan sekolah dengan seekor anak kucing di atas kepala. Cis! Diorang terkejut nampak Thaqid rupanya. Menggelupur bukan main. Ternyata, Thaqid punya populariti lebih tinggi dari aku huhuhu.

Aku teruskan perjalanan, masuk ke dalam blok sekolah. Kalau Thaqid nampak ni, tak memasal dia report dekat Lanets lain yang sudah semestinya tidak tenang.

Sepanjang perjalanan aku ke bahagian loker, aku cuma terserempak dengan tiga orang pelajar dan seorang cleaner sekolah memandangkan sekarang masih awal. Semestinya, keempat-empat mereka langsung tak menghiraukan kehadiran aku, apatah lagi mahu mengangkat muka memandang aku. Aku tak fahamlah. Waktu aku terpaksan berlakon jadi lelaki, waktu itulah semua nak pandang aku. Waktu aku jadi diri sendiri, tak seorang pun kesah.

Sampai di hadapan loker, aku ternampak kelibat mamat rambut coklat terang. Seorang Hadzim nampaknya sedang berpeleseran di kaki lima sekolah awal pagi ini dengan sepaket keropok ikan di tangan. Yes, peluang!

"Woi Jim!" Aku memanggil Hadzim yang berada tidak jauh dengan aku.

Dia memandang aku pelik. "Eh, Shah ke?"

Laju aku mengangguk, mengiyakan pertanyaannya. Perlahan-lahan, Hadzim berjalan mendekati aku. Dia meneliti aku dari atas ke bawah.

"Damn. Cantik siut cekak rambut kau!" Mata Hadzim tiba-tiba bersinar.

"Weh? Ini cekak hitam kosong je kut?" Ye, aku pakai cekak rambut hari ni. Barulah nampak lebih keperempuanan uhuk. "Seriously Hadzim? Kau tak pelik ke apahal aku pakai skirt hari--"

"Shhhh." Jari telunjuk Hadzim tiba-tiba naik, melekap pada bibir aku. Hadzim yang tinggi menunduk memandang aku dengan mata yang sayu.

Jangan cakap dia dah tahu selama ni?

"Shah.. its okay Shah." Bisik Hadzim perlahan. "Aku tahu, kau menyamar jadi perempuan hari ni sebab nak rapat dengan gadis yang kau suka, kan?"

"Kau merepek apa ni oi?" Pantas aku tepis jari runcing Hadzim.

"Hah? Bukan eh? Habis tu, takkanlah kau ni.." Ayat Hadzim tergantung sepi di pertengahan jalan. Mungkin baru sedar apa yang sedang berlaku di depan matanya. Aku mengangguk, mengiyakan apa yang sedang dia fikir.

"Kalau macam tu, sabarlah Shah. Dare yang kau kena ni tak susah mana pun. Nah keropok ikan. Orite tata!" Hadzim meletakkan beberapa keping keropok ikan yang hancur di atas telapak tangan aku secara paksa sebelum berlalu pergi dengan ceria. Ceh mamat ni. Dia fikir aku kena dare rupanya. Nasiblah baru move on. Kalau tak dah lama aku smack down dia dengan keropok ikan dia kat sini.

Tak boleh jadi ni.

Aku berjalan pantas, masuk ke kelas. Kelas masih kosong walaupun aku bukanlah orang pertama yang sampai. Hari isnin, kelas pertama kitorang adalah Sains. Jadi, memang pelajar kelas aku akan gerak ke makmal sains terus.

Seusai melabuhkan punggung di tempat sendiri, aku menyeluk poket skirt aku. Sekeping not 5 ringgit aku tarik keluar, kemudian menolaknya masuk kembali. Bukan ini yang aku cari. Sekeping kad keras berwarna emas aku keluarkan. Kad itu aku letak di atas meja.

Seterusnya, aku menghidupkan Lenovo aku yang baterinya cuma tinggal 28% akibat cas telefon tapi suis tak on. Perkara pertama aku lakukan, adalah keluar daripada groupchat Lanets di Whatsapp. Kemudian, aku block ketujuh-tujuh nombor ahli Lanets. Kenapa tujuh? Sebab Nazmi ada tiga nombor.

Kini, aku membuka aplikasi instagram. Akaun personal aku alihkan kepada akaun @thelanets_ .Ok sebelum kita teruskan, aku nak pesan. Usahlah tanya apa username instagram aku. Tak aktif mana pun. Followers aku 47 je kut.

Aku pergi ke setting, lalu menukar kata laluan. Maaf Lanets bersaudara, bila semua ni dah tamat, aku kasi balik password. Lagipun, korang boleh mintak tolong Ed hack password baru ni. Itu pun, kalau korang perasan kah kah kah.

Langkah terakhir, aku mengambil gambar kad berwarna emas aku kemudian upload di instagram Lanets.

Harap gambar ni boleh beri penjelasan pada 800 lebih pengikut instagram kitorang.

Telefon aku akhirnya mula berbunyi, tak henti-henti. Ada nombor yang tidak diketahui menegur aku di whatsapp, ada yang mesej aku terus. Namun, majoritinya daripada instagram.

Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan telefon di bawah meja sebelum bergerak ke makmal.

* * * * *

Aku memegang pemegang pintu makmal lama. Sudah hampir tiga minit aku berdiri di luar, teragak-agak sama ada mahu masuk atau tidak. Menurut bunyi bising yang aku dengar dari luar, aku membuat konklusi sendiri bahawa sudah ramai pelajar kelas aku sampai di makmal.

Haih. Awalnya aku rancang untuk jadi orang terawal sampai. Bolehlah aku terangkan keadaan diri aku pada beberapa orang terlebih dahulu. Apakan daya, sandwich telur yang Alang buatkan pagi tadi sudah menjerit, memulas-mulas perut aku untuk keluar.

Jadi sekarang, aku tak tau macam mana nak terjah masuk makmal sains yang ada 28 orang pelajar kelas sendiri dengan jantina yang berlainan daripada biasa.

Dan macam mana aku nak hadap cikgu? Sebelum ni, Ed tukar maklumat aku dalam data ekolah kepada Nurul Aishah binti Shahrim kepada Shah Bin Shahrim. Jadi cikgu sendiri tak pernah perasan aku ni sebenarnya seorang perempuan.

"Hei.. kau nak masuk ke tak?" Satu suara menyapa aku dari belakang. Orangnya berdiri sangat rapat dengan aku.

Bau kayu manis. Hanya seorang saja yang selalu pakai minyak wangi kayu manis dalam kelas aku. Perlahan-lahan, aku menoleh ke belakang.

Sah. Tak lain tak bukan dia ni Saiful, si ketua kelas.

LanetsWhere stories live. Discover now