1 0

47.6K 4.2K 822
                                    

"Okay Shah. Kitorang gerak dulu." Lee menumbuk bahu aku lembut.

"Balik dulu Airil," Nazmi bersalaman dengan abang Airil.

Thaqid hanya melambai kecil padaku, diikuti Edhan. Erm Ariyan mana Ariyan? Lama betul dia pergi tandas.

Aku memerhati budak berempat itu keluar pagar rumah. Namun langkah mereka semua serentak terhenti apabila abang pos laju menyinggah.

"Nurul Aishah binti Shahrim?" Tanya abang posmen tersebut.

"Ye saya?" Aku datang menghampiri.

"Parcel untuk awak. Sign sini."

Aku menandatangani kertas diatas clipboard tanpa banyak bunyi. Posmen itu kemudiannya memecut pergi, menyambung kerja. Fuh laju betul.

Parcel di tangan aku dirampas oleh Lee.

"Oi." Sukahati dia je nak main rampas-rampas dengan aku.

"Kita ada masalah besar geng." Ujar Lee apabila matanya membaca butiran pada bungkusan.

"Masalah besar?"

"Ye. Kaulah masalahnya." Kata Nazmi serious. Dua saat kemudian, barulah aku sedar dia cuba membuat lawak.

"Damn. Bungkusan ni daripada Metallic Thread Australia." Ariyan yang baru keluar dari tandas tiba-tiba merampas bungkusan itu dari tangan Lee.

"Maksudnya?"

"Kau tak pernah dengar Metallic Thread?"

Aku menggeleng.

"Metallic thread ni kedai yang buat uniform sekolah kita, Gold Highschool. Ini bermakna, uniform kau dah sampai"

"Yeay!"

"Not yeay! Uniform kau skirt. Ingat tak?"

"Oh shoot" Aku kecewa bukan sebab rahsia aku ni perempuan akan terbongkar tapi sebab aku tak suka pakai skirt. Walaupun aku tak pakai tudung, tayang kaki terlalu mainstream bagi aku.

"Alah hal kecik je ni." Nazmi tertawa.

"Macam nilah Shah. Aku try call Metallic Thread. Mintak dia hantarkan sepasang uniform pelajar lelaki untuk kau. Aku belanja." Seperti biasa, Nazmi menghabiskan duit bapanya.

"Bermakna aku kena tunggu lagi dua minggulah ni?" Walaupun uniform kali ini sampai lebih awal dari sepatutnya, aku tak yakin pesanan kali ke dua akan sampai secepat ini.

"Alah kau chill je Shah. Duit campur kuasa bapak Nazmi ni, 3 hari uniform kau boleh sampai" Lee menyedapkan hati aku.

Siapa sangka, tepat 3 hari uniform tu betul-betul sampai ke tangan aku.

* * * * *

"Uniform sekolah kau memang semua seluar eh?" Aidil, abang aku yang paling muda menegur. Aidil ni satu-satunya abang yang aku tak panggil abang. Ha gitu.

"Gerak dulu." Aku mengabaikan Aidil kemudian keluar daripada kereta yang dipandunya.

Sambil berjalan, aku menghidupkan telefon pintar aku. Aplikasi whatsapp dibuka. Aku mencari nama Yaya.

Beberapa hari lepas, Lanets telah bersetuju untuk membiarkan aku melakukan service text sahaja. Diorang tak sampai hati nak suruh aku keluar date mahupun jadi fake boyfriend lagi.

Lebih kepada takut bisnes bankrap sebenarnya. Mana taknya, aku buat kerja nak tak nak je.

Aku akhirnya menjumpai nama Yaya.

Morning sweetie☀. You dah bangun belum? Have a nice day ahead okay? Love, Shah.

Button send aku tekan. Berbaloi jugak kerja ni. Satu text je boleh dapat 2 ringgit. Tapi nanti duit aku akan ke poket mamat berlima tu juga huhuhu tak guna punya pasu.

Aku menyimpan kembali telefon lalu mempercepatkan langkah untuk masuk ke kawasan sekolah apabila kehadiran aku mengundang beberapa pandangan pelajar perempuan.

"Morning Shah."

Aku menoleh ke kanan dan mendapati Ariyan sedang mengayuh basikal di sebelahku. Matanya nampak seperti tak cukup tidur. Telinganya pula disumbat earphone.

"Wow Ariyan. Rendah dirinya kau." Apabila kebanyakkan pelajar Gold High datang dengan kereta dan motorsikal, Ariyan chill mengayuh basikal. Hashtag respect.

"Apartment kitorang dekat je dengan sekolah."

"Oh jadi semua Lanets datang naik basikallah ni?"

"Nope. Thaqid jalan kaki. Dia nak jumpa kucing tepi jalan. Ed dengan Lee naik hoverboard. Nazmi biasanya naik motor kawasaki dia. Tapi hari Rabu dia akan naik.." Kata-kata Ariyan tiba-tiba terhenti.

"Naik apa?"

"Dia naik.." Arian mendongak kepala ke atas. Bunyi yang sangat kuat kedengaran. Angin disekeliling tiba-tiba bertiup kuat.

Aku mendongak.

"...helikopter"

Sebuah helikopter berwarna biru hitam melewati kawasan sekolah. Makin lama, makin rendah. Helikopter tersebut akhirnya mendarat diatas kawasan parking pelajar yang lapang. Patutlah Rabu lepas tempat parking tu kosong masa aku sampai lambat.

"MORNING WORLD!" Jerit Nazmi ceria. Kaca mata hitam ditanggalkan lalu dicampak kepada sekumpulan pelajar perempuan yang bersorak untuknya.

Cuba bagitahu aku, apa benda yang Nazmi tak boleh buat?

Oh ya. Dia tak boleh buat lawak.

* * * * *

Kenapa aku tak pernah terfikir benda ni? Aduh menyeksa diri betullah! Mungkin aku patut langsaikan dekat rumah je? Tapi dah tak tahan!

"Madam. Can I go to the toilet please?" Pintaku kepada guru berbangsa Cina yang mengajar subjek English kelas aku.

"Sure young man. Go ahead"

Dengan itu, aku berlari anak keluar dari kelas.

Persoalannya sekarang, aku patut guna tandas perempuan atau lelaki?

Aku menggigit bibir perlahan. Mungkin aku perlu minta mana-mana Lanets untuk bantuan.

Aku berjalan ke arah kelas 5 Scarlet, yang berada tidak jauh dari kelas aku, 5 Violet. Setahu aku, Lee dan Ed kelas 5 Scarlet.

Aku mengetuk pintu 5 Scarlet sebanyak tiga kali.

"Masuk" Arah guru di dalam.

"Maaf menganggu. Boleh saya jumpa Shazlee?" Kenapa aku pilih Lee daripada Ed? Sebab Ed terlalu Khusyuk belajar sementara Lee sedang berusaha menggerakkan telinganya.

"Untuk apa?"

Alamak cikgu ni aku nak jumpa tu nak jumpalah.

"Madam Fei nak jumpa." Aku menipu sunat.

Guru melayu itu mengangguk pada Lee, memberikannya keizinan untuk keluar.

"Shah, kita baru tak jumpa 16 jam. Cepatnya rindu." Lee menyiku aku lembut.

"Tak ada masa nak bergurau Lee. Aku nak kau tolong aku."

"Tolong apa?"

"Tolong cover aku guna tandas perempuan."

"La itu je ke. Aku selalu guna tandas perempuan, kau rilek je. Tak kena tangkap punya."

"Sekejap. Apa?"

"Apa? Tandas perempuan wangi do"

"Pervert."

"Mana adaaa. Aku cuma langsaikan urusan aku je. Lepastu line clear aku keluarlah."

"Haih apa-apa jelah. Sini tolong aku cover." Tak tahan punya pasal, aku tarik baju Lee kemudian berlari ke arah tandas.

"Kau duduk sini. Kalau line clear, kau cakap 'Yo' kuat-kuat so aku boleh keluar." Arahku pada Lee.

"Kalau yo wassup boleh?"

"Aku sepatutnya mintak tolong Ed tadi."

Tak mahu tunggu lama, aku menjengukkan kepala ke dalam tandas. Memang kosong.

Atau itu yang aku sangka.

Aku menolak pintu kubikel yang paling hujung dan aku telah membuat kesilapan yang paling besar.

LanetsWhere stories live. Discover now