5 5

32.4K 3.7K 512
                                    

"Apa cerita?" Satu soalan terpacul daripada mulut Ed sebaik sahaja duduk di tepi katil Ariyan. Lee juga datang bersama.

"Masih tak sedarkan diri."

"Jadi.. inilah karma ya?" Gumam Lee yang melihat Ariyan yang penuh lebam dan balutan. Aku pasti dia cuba kaitkan dengan peristiwa Ariyan tumbuk aku sampai lebam tempoh hari.

"Shah. Dah berapa lama kau kat sini?" Ed memandang aku curiga.

"Erm.. sejak dia jatuh pengsan tengah-tengah kaki lima. Dekat sejam jugaklah."

"Eee kau ni isteri dia ke apa doh?"

"Tak kelakar Edhan.. Aku nak tunggu mamat ni bangun. Nak sepak dia sekali, lepas tu tanya apa yang terjadi."

"Kau tahu.. mamat ni sebenarnya tak pengsan pun?" Pertanyaan Ed membuatkan aku dan Lee memandangnya serentak.

"Maksud kau, dia cuma tertidur dan bukannya pengsan?" Teka Lee.

"Neither. Dia tak tidur, dia tak pengsan. Dia sedar tak nak bukak mata."

"Seriouslah? Aku carut tepi telinga dia, tak ada respond pun?" Aku mula tak sedap hati. Aku saja kutuk Ariyan tepi telinga dia sebab aku fikir dia tengah pengsan. Matilah nak.

"Pertama, tengok nafas dia. Nafas orang yang tengah tidur lebih panjang dan dalam berbanding yang tak tidur."

Ariyan mungkin terdengar kata-kata Ed, terus memanjangkan nafasnya.

"Kedua, mata dia tertutup rapat. Orang yang tidur atau pengsan, mata diorang tutup biasa-biasa je. Tak perlukan penggunaan otot sangat."

Halkum Ariyan bergerak-gerak, tanda dia menelan air liur. Kantoi.

"Ketiga, orang yang tidur atau pengsan--" Ed tiba-tiba menjentik kuat hidung Ariyan, membuatkan Ariyan sedikit tersentak. "--takkan bertindak balas secepat ni."

"Ed please. Jangan kacau aku please." Ariyan akhirnya bersuara dengan matanya masih tertutup.

"Dia gaduh dengan siapa?" Lee menyoal aku.

"Budak 5 Jade. Aku pun tak kenal siapa. Tapi dia dah balik."

"Hai geng. Dengar cerita Ariyan kena belasah." Nazmi yang entah dari mana, entah sejak bila tiba, menyertai kami. Thaqid nampaknya turut datang melawat bersama. Sebuah plastik berwarna oren Thaqid letakkan di tepi katil Ariyan. Buah tangan mungkin.

"Weh Ariyan." Panggil Nazmi dengan ceria. "Alang-alang kau tengah pengsan ni, aku nak buat pengakuan. Orang yang letak glitter dekat dalam beg sekolah kau dua tahun lepas memang aku. Hadzim tak bersalah pun sebenarnya ehek. Pastu aku yang buat hate acc kau tu. Aku tak benci kau, ok? Saja prank. Hehe. Ha lagi satu-"

Nazmi tak sempat menghabiskan kata-katanya kerana Ariyan telah duduk dari pembaringan lalu menyiku kuat kepala Nazmi.

"Sejak bila kau sedar lahnet?!" Soal Nazmi marah. Thaqid di sebelah membantu Nazmi mengusap kepalanya yang baru disiku.

"Eh? Ramainya ada kat sini?" Satu suara menyapa kami. Apa masalah Ariyan ni? Duduk dekat bilik kesihatan sekolah je. Bukannya hospital bahagian kecemasan. Pelawat bukan main ramai.

Kami semua menoleh ke arah punca suara tersebut dan mendapati seorang perempuan serba hitam dalam lingkungan awal 20-an tersenyum manis ke arah kami semua. Rambut lurus paras pinggangnya hitam berkilat. Mempunyai kulit yang sangat cerah, namun bukan putih melepak. Bibirnya pula dioles dengan gincu merah terang.

"Kak? Kau buat apa kat sini?" Tanya Ariyan pelik. Lah kakak Ariyan ke? Patutlah cantik semacam.

"Kau tak tau Ri? Pejabat sekolah kau call ibu, kata kau bergaduh. Jadi ibu suruh aku hantar dia ke sini."

LanetsWhere stories live. Discover now