6 0

32.2K 3.7K 434
                                    

Hari ini hari Selasa. Hari kedua aku memakai uniform perempuan ke sekolah.

Sampai-sampai saja di depan pagar sekolah, aku dah ternampak seorang junior lelaki berjaket kulit yang sedang bersandar pada motornya melambai penuh karisma ke arah aku. Tangan kirinya memeluk sebuah full face helmet manakala tangan sebelah kanannya menghulurkan sebuah helmet tanpa visor kepada aku.

Junior yang cuba mengorat? Tak, cuma seorang Nazmi yang ajak aku naik motor dia sebab risau keselamatan aku.

"Weh Nami. Jarak pagar sekolah ni ke blok sekolah cuma 200 meter. Jarak nak ke tempat parking pulak cuma 180 meter. Kau nampak tak betapa berbaloinya aku naik kau?"

"Tak boleh Shah. Semalam Ed cerita kat kitorang ada orang cuba baling telur mentah kat kau. Semalam telur ayam. Kalau hari ni dia cuba baling telur unta macam mana?"

"Unta ke burung unta? Dan kenapa helmet kau cool gila dan helmet yang kau kasi aku ni tak ada rupa helmet pun?"

"Sebab aku ada satu je helmet. Helmet lagi satu ni, helmet yang aku pinjam daripada tukang kebun aku."

Aku mengherotkan bibir mendengar pengakuan Nazmi. Mata aku memandang Nazmi dan helmet pekebunnya silih berganti. Kemudian pandangan mata aku teralih pula pada seorang pelajar lelaki dengan seekor kucing di bahunya.

"Qid!" Pantas aku menegur Thaqid ceria. Dia tersenyum sambil menggerakkan kepalanya ke kanan, mengajak aku untuk menyertainya.

"Nami. Thaqid ajak aku gerak dengan dia. Bye."

"Apakah? Aku sanggup siram pokok kat taman rumah aku semata-mata nak pinjam helmet pekebun aku kau tau tak?"

"Bye."

"Shah!!!" Nazmi hanya mampu menjerit nama aku sambil melihat aku berlari anak ke arah Thaqid.

Aku akhirnya tiba di sebelah Thaqid. Kalau semalam dia bawak masuk kucing warna oren, hari ni dia bawa masuk kucing warna hitam.

"Dah breakfast?" Tanyaku pada Thaqid. Dia mengangguk beberapa kali sambil tangan menyeluk totebag putih yang disangkut pada bahu.

"Waffle?" Satu paket waffle jenama Gardenia dihulurkan pada aku.

"Boleh gak." Tanpa sekelumit rasa malu ataupun ayat 'eh tak apalah susah susah je,' aku mengambil makanan yang dipelawa. Rezeki jangan ditolak, okay?

Sepanjang perjalanan kami ke kelas masing-masing, kami berdua hanya mendiamkan diri. Yang buatkan aku sedikit pelik, walaupun kami tiada apa yang disembangkan, aku langsung tak rasa janggal berjalan sebelah dia.

Dan, Thaqid betul-betul seperti pengawal aku. Bayangkan, budak-budak yang berbisik untuk mengumpat aku terus tutup mulut sebaik saja nampak kelibat Thaqid. Kami berdua akhirnya berhenti apabila tiba di tingkat dua.

"Study hard." Ucap Thaqid sebelum terus mendaki tangga, menuju ke kelasnya yang berada satu tingkat lebih atas daripada kelas aku.

Orang kata, a nice morning lead to a nice day.

Jadi, aku tak sangka pulak tempat duduk aku boleh penuh dengan air manis.
 

Manusia pertama yang aku cari, semestinya Arif. Aku berjalan laju ke meja Arif yang terletak di tengah kelas. Kedua-dua tangan aku hentak kuat pada meja belajarnya, membuatkan dia sedikit tersentak.

"Mintak maaf, dan aku tak akan apa-apa kan kau."

"Kau ni dah kenapa perempuan?"

"Rep. Kau yang basahkan meja aku dengan air maniskan?"

"What? Aku tak ada masalah gila nak buat benda macam tu."

"Habis tu, siapa je yang nak buat?" Pertanyaan aku membuatkan Arif ketawa kuat.

"Kau tanya siapa? siapa je yang nak buat? Hoi kau fikir aku seorang je ke yang benci dengan kau sekarang? Kau dah lupa pasal Alya? Fara budak kelas sebelah pun semalam cuba baling telur mentah kat kau. Aku tak cerita lagi geng-geng aku yang rancak mengata pasal kau semalam. Der. Satu sekolah menyampah dengan perangai kau. Jadi lelaki sebab nak rapat dengan Lanets. Pft. Lepas tu kau boleh tanya siapa je yang nak buat benda-benda macam tu? Well, jokes on you." Kata-kata Arif yang panjang lebar itu membuatkan aku terasa seperti ada batu besar menghempap kepala.

Aku menghelakan nafas yang berat sebelum keluar daripada kelas, cuba mencari janitor sekolah. Tak ada guna nak bergaduh sebab apa yang dia cakap tu memang betul.

Ha ha. Jokes on me.

 

A/N

Ye, ye part ni pendek. Literally the pendekest part I ever write. But another chaps are coming tonight. So hold me tighttt hold me tighttt or don't. (Ini lagu)



LanetsWhere stories live. Discover now