4 2

34.9K 4K 683
                                    


"Tapi... aku dah tekan button send sebelum Ariyan hentikan aku lagi. He he."

Mereka memandang aku tidak percaya. Nazmi sudah ternganga mulutnya. Seekor lalat terbang mendekati mulut Nazmi namun mujur sempat dihalau oleh Thaqid. Keadaan menjadi senyap dan janggal.

"Aaaak aaaak." Seekor burung gagak melintas.

Ed tiba-tiba berlari ke dalam, diikuti yang lain.

"W-woi! Korang nak pergi mana ni?!" Tanpa berfikir panjang, aku turut berlari dibelakang mereka.

"Aku boleh stopkan dan delete mesej tu. Sekarang korang cuma perlu harap tak ada orang baca lagi. Walaupun mungkin dah ada, sekurang-kurangnya less harm done." Kata Ed mengah. Ed yang kononnya tak bersukan merupakan Lanets yang lari paling laju buat masa sekarang. Kami turun menggunakan tangga memandangkan beza rooftop dengan rumah mereka hanyalah tiga tingkat.

Sampai di hadapan pintu bernombor 224, Ed membuka gril yang tak berkunci. Dia cuba memulas tombol tetapi pintu tidak terbuka. "Hanatt siapa lak kunci pintu ni! Lee! Kunci mana kunci?"

"Sejak bila kau marah pintu berkunci ni Ed? Haritu Nazmi lupa kunci gril pun kau dah smack down dia." Lee membebel sambil mencari kunci di dalam poket seluar. "Ha nah." Kunci diserahkan pada Ed. Ed pula nampaknya terlalu kabut. Dari tadi asyik mencucuk kunci, tapi langsung tak termasuk dalam lubang.

"Weh tenanglah! Bak sini!" Ariyan merampas kunci dari tangan Ed. Namun belum sempat dia mencuba, pintu terbuka dari dalam.

Seorang perempuan.

Ah sudah. Jangan cakap ada yang senyap-senyap bawak masuk perempuan.

"Weh kau ni siapa pulak?!" Jerit Ariyan.

"I don't speak Malay. And who are you?"

"Who are you? Who are you kau tanya? Dah ceroboh rumah orang, kau boleh tanya who are you? Eh who the kepala hotak you lah!"

"Ari tenang Ari." Lee menepuk bahu Ariyan lembut.

"Again, I don't speak Malay."

"Argh I don't have time for this! We are in rush dear intruder. So if you please, get the f**k off our way before-"

"Ari kita salah blok." Sampuk Thaqid.

"Salah blok?"

"Oh kiranya akulah yang betul tadi!" Kataku sedikit marah. Baru sahaja nak menghempuk kepala Ariyan yang berdekatan, dia sudah mula berlari diikuti yang lain. Masing-masing bagai tak cukup tanah. Sampai di blok sebelah, semua ambil tangga kecuali Thaqid.

"Eh Qid. Kau tak ikut?"

"Rumah kitorangkan tingkat 8. Lif lagi cepat."

Hm betul jugak. Mungkin masing-masing tengah panik, kaki asyik nak berlari je.

Kami berdua berjalan ke arah lif. Butang naik aku tekan. Kurang seminit, pintu lif terbuka luas. Aku dan Thaqid masuk ke dalam.

Seperti yang dijangkakan, kami tiba dahulu di pintu bernombor 224. Thaqid seperti biasa, sentiasa bersedia jadi kunci rumahnya ada bersamanya. Dia masuk ke dalam lalu membawa keluar laptop Ed ke ruang tamu sebelum menghidupkannya di atas sebuah meja kopi.

"Kau pandai ke?" Tanya aku ingin tahu.

Dia menggeleng beberapa kali. "Sekurang-kurangnya bila Ed dah sampai, dia boleh terus buat kerja."

Aku mengangguk faham. Thinking level Thaqid ni memang jauh beza dari aku.

Deruan kaki yang kuat kedengaran dari luar. Selang beberapa saat, apartment Lanets diserbu masuk. Ed orang pertama masuk diikuti Lee. Ariyan dan Nazmi pula tersekat dipintu kerana cuba masuk pada waktu yang sama.

"Kasilah aku masuk!" Teriak Nazmi.

"Blah lah pendek!" Ariyan melutut Nazmi, membuatkan dia jatuh mencium lantai.

Ed sudah pun menekan-nekan keyboard laptopnya. Bukan main laju. Aku rasa tunghu masa je jari runcing Ed tembus ke bawah laptop. Matanya pula fokus pada skrin, langsung tidak memandang huruf dan nombor yang ditekan. Sesekali, dia menggerakkan tetikus.

"Erm Ed. Kau tau ke nak buat apa?"

"Benda macam ni dah pernah terjadi. Aku cuma perlu ganggu satelit perhubungan Malaysia sikit, cut mesej yang nombor Lee cuba hantar. Lepas tu kumpulkan nombor klien, ceroboh masuk sistem diorang dan delete mesej yang ada perkataan Lanets. Cuma kasi aku masa sepuluh minit." Terang Ed serious. Lanets yang lain mengelilingi meja kopi diruang tamu, menunggu dengan penuh debaran.

"Ah tak guna! Internet lembab!" Ed menampar skrin laptop penuh berperasaan, bagaikan seorang suami menampar pipi isteri yang curang. Ed ni memang. Harap je otak geliga tapi kalau panik memang tak boleh fikir. Nasib baik Thaqid pantas menyambut laptop tersebut sebelum ia sempat mencecah lantai.

Melihatkan muka masing-masing yang cuak bagai ternampak pontianak main monopoly, aku bersuara. "Sebenarnya, aku gurau je."

Satu saat..

Dua saat..

Tiga saat..

Dan kepala aku dipukul oleh Ed

"Kau fikir kelakar ke Shah?!"

Ariyan juga nampaknya mahu menghempuk aku namun ditahan oleh Thaqid.

"Apa? Kat rooftop tadi semua emo sangat. Aku tak sukalah. Itu aku try buat lawak tu ha ha."

"Memanglah emo kalau kau nak tinggalkan kitorang!" Nazmi membaling majalah motorsikal yang berada di atas meja tepat pada muka aku. Kalau tak sebabkan dia tengah menangis, aku rasa aku dah baling balik satu kilang majalah kat muka dia.

Lee yang dari tadi senyap tidak berbicara tiba-tiba menyentap kedua-dua belah bahu aku. "SHAHHHH jangan bergurau macam tu lagi pleaseeeee aku tak nak hilang kauuuuu!!" Lee melalak sambil menggoncangkan bahu aku kuat. Huh pak cik seorang ni memang drama king terhebat. Kalah Pian K-Pop.

Tak ada kena mengenakan? Abaikan.

"Sudah!" Aku bangun mendadak. Lee yang tadinya memegang bahu aku habis tergolek ke tepi.

"Korang fikir, aku dah maafkan koranglah?" Aku bercekak pinggang, memandang mereka satu persatu.

"Apa kau cuba sampaikan ni Shah? Aku tak-" Soalan Lee terhenti apabila aku melutut perutnya tanpa sedikit rasa belas kasihan. Aku menghadap Ed pula. Bantal kecil diatas sofa aku capai lalu menghempuk muka Ed dengan tenaga maksima. Ed yang asalnya terduduk habis terbaring atas lantai. Ariyan cuba lari namun aku sungkur kaki dia. Gedebuk jugaklah dia terjatuh. Nazmi pula aku siku pinggang dia.

Kini yang tinggal hanyalah Thaqid. Hm sejujurnya aku tak simpan sikit pun rasa marah kat dia walaupun dia pernah abaikan aku bila tau yang aku ni perempuan. But, you just can't hate Thaqid, you know?

"Ok guys. Aku dah puas. Jom berbaik."

Diorang ni memang macam tak ada otak, tak pernah fikir apa yang aku dah lalui sebab diorang. Aku pun pelik asal senang sangat aku maafkan diorang.

Tapi yang aku tahu, apa-apa pun terjadi, aku tak nak kehilangan diorang.





A/N

*trying really hard untuk tahan diri dari kutuk chap ni*

Btw ada orang suggest untuk buat Q&A untuk each character. I think macam awal sangat but what do you guys think? Yay or nay?

LanetsWhere stories live. Discover now