5 8

30.3K 3.8K 597
                                    

Aku mengangkat ganggang telefon berwarna putih itu menggunakan tangan kanan. Jika diberi pilihan, aku mahu telefon Abang Airil. Namun, dia baru saja tukar nombor beberapa hari lepas. Nak telefon Aidil? Lupakan. Yang tinggal sekarang cuma Alang the talking lion. Ini memang menempah maut.

Aku memicit nombor kosong, kemudian satu, diikuti satu, satu, sa- eh!

"Alamak tuan. Saya tertekan nombor dua pulak. Sepatutnya nombor satu. Macam mana eh? Hehe." Aku ketawa perlahan dengan muka paling suci. Tuan Ishak mengecilkan matanya, memandang aku penuh curiga. Perlahan-lahan, dia menekan 'benda' yang terdapat pada tempat meletak ganggang telefon. Keningnya diangkat rendah, cuba mengatakan 'ha dail balik'.

Aku memicit nombor kosong kemudian satu, diikuti satu, satu, satu- oh Tuhan, aku masih belum bersedia untuk mati -satu, satu, satu, satu -aku masih belum pernah rasa air boost kot- dan nombor terakhir, kosong.

Itu dia. Kesepuluh-sepuluh nombor telefon Alang telah aku tekan. Aku menanti penuh debaran. Bunyi 'tut tut' kedengaran seperti 'mati mati' di telinga aku. Faham tak aku punya rasa takut sekarang ni macam mana.

Bunyi 'tut tut' tiba-tiba hilang. Ah sudah. Alang dah angkat call.

"Ini adalah peti mail suara untuk nombor kosong, satu," Tanpa berfikir dua kali, aku melekapkan ganggang telefon pada teling pengetua yang bertahi lalat.

"Saya tak tipu tuan. Saya dah call, tapi masuk voicemail. Ehe."

"Awak cuba permainkan saya ke sekarang?" Aku menggeleng takut. Tangan aku yang sesuka hati dilekapkan pada telinga pengetua tadi, cepat-cepat aku tarik semula. Aku menggigit bibir akibat tidak tahu apa yang patut dibalas.

"Sini, biar saya cuba call." Telefon bertukar tangan. "Ha apa nombor ayah awak?"

"Hah? Ayah? Kan saya dah kata tadi, parent saya kerja kat luar negara sekarang."

"Dah kalau call abang masuk voicemail, kita call abahnya terus."

"Er.. Tuan. Saya sanggup mati di tangan Alang saya daripada tangan Ayah saya. Kalau dengan Ayah saya tu bukan setakat di tangan je. Di kuku jari kaki pun saya dah boleh mati."

Tuan Ishak nampaknya mengendahkan aku habis-habisan. Dia mula menyelongkar komputernya, mencari maklumat diri aku.

"Assalamualaikum.." Pintu bilik pengetua tiba-tiba dikuak. Seorang pelajar perempuan menjengukkan mukanya ke dalam.

"Waalaikummussalam." Serentak aku dan pengetua menjawab.

"Ini... Perpustakaan ke?"

"Ini bilik saya."

"Oh.." Perlahan-lahan, pelajar perempuan itu menutup kembali pintu. Aku dan pengetua berpandangan antara satu sama lain.

"Er.. Tuan. Memang selalu ke orang tersalah anggap yang bilik tuan ni perpustakaan sekolah?" Soalku penuh kasual, cuba melengahkan masa.

"Tidak. Baru dua kali perkara sebegini berlaku. Kali pertama, seorang murid lelaki bermuka jambu."

"Ohh mesti kacak pelajar lelaki tu kan?"

"Awak sedang alihkan perhatian saya ke?"

"Sikit. Hehehe."

Pintu bilik pengetua tiba-tiba diketuk sebanyak lima kali. Pengetua sudah mula buat muka pasrah apabila perbincangan kami asyik diganggu. 

Pintu dibuka sesuka hati tanpa jemputan 'masuk' daripada pengetua. Apa dia ingat bilik pengetua ni bilik bapak dia?

"Maaf ganggu." Seorang pelajar lelaki yang tinggi dan kacak- eh lah Lee rupanya. Hm ini memang bilik bapak dia.

"Yes Shazlee? Nak duit ke? Kalau nak duit, tolong tunggu waktu rehat. Jangan pecah masuk bilik saya waktu-waktu macam ni."

"Tak Tuan. Saya nak buat pengakuan." Lee lantas berdiri di sebelah kerusi aku.

"Sebenarnya, awal tahun hari tu, saya prank dia dengan tukar nama ayu dia kepada nama yang boleh tahan jantan. Jadi, semua orang fikir dia lelaki dan dia terpaksa live up to expectation gitu."

"Sekejap. Apa?"

"Aishah terpaksa berlakon jadi lelaki sebab saya. Kalau nak hukum, hukumlah saya."

Tuan Ishak sudah mula keliru. Keningnya berkerut tahap tiga. Tangan kanannya memicit kuat dahi sendiri.

"Tapi tuan, kalau nak hukum, hukum kat rumah eh. Sebab sekarang ni dah rehat. Jom Shah." Lee sesuka hati menarik lengan aku kuat, membuatkan aku berdiri secara paksa. Dia kemudiannya membawa aku lari keluar dari bilik.

"Muhammad Shazlee bin Ishak!"

Lee langsung tidak menoleh ke belakang. Tangannya menolak pintu bilik penuh rakus.

"Doh? Asal terkunci ni?!" Lee sudah mula tak senang duduk. Bila-bila masa saja, bapanya akan terkam dari belakang.

"Lee.. Tarik Lee. Tarik." Aku berbisik tenang.

"Oh.." Kali ini, Lee menarik pintu tersebut. Tangannya masih erat memegang lengan aku, risau jika aku ditangkap. Tak tapi tulah masalahnya. Penat aku gosok baju pagi tadi. Dah renyuk digenggam Lee.

Kami akhirnya berjaya keluar daripada bilik pengetua. Di luar, aku nampak Thaqid dan Ed. Mereka menghembus nafas lega tatkala terlihat wajah aku.

"Aku sempat selamatkan dia geng." Kata Lee sebaik sahaja kami menyertai Ed dan Thaqid.

"Lee? Tak apa ke kau lari macam tu je dari bapak kau?" Tanyaku sambil menarik lembut tangan Lee daripada terus menggenggam lengan aku.

"Alah aku anak kesayangan kot. Paling-paling pun duit bulanan kena potong 50%. Tak effect sangat sebab duit simpanan aku banyak lagi." Kata Lee sambil tersengih.

"Dan macam mana korang tahu aku ada dengan pengetua?"

"Pasal tu.. Kau perlu berterima kasih kat Thaqid." Ed tersenyum memandang Thaqid.

"Qid?"

"Iya. Dia orang pertama nampak kau pakai uniform perempuan. Orang pertama yang nampak kau post student ID kau kat instagram, orang pertama yang bagitahu kitorang pasal ni dan orang yang nampak kau masuk bilik pengetua." Panjang lebar Ed bercerita.

"Thank you Thaqid. Nanti aku belanja aiskrim ehehe."

Thaqid cuma tersenyum kecil sambil mengangkat ibu jarinya.

"By the way Shah-" Lee berdiri di hadapan aku. "-KELEMBAPAN APAKAH INI?!" Pantas, Lee menyiku kuat kepala aku dari atas.

"SAKITLAH!"

"Kenapa kau dedahkan Shahhhh? Kenapaaaa? Kan aku dah kata jangannn. Can you listen to what daddy say for once???" Badan aku digoncang sekuat 7.8 richter oleh Lee.

"Sejak bila aku anak kau?"

"Kenapa shahhhh daddy is not happyyy." Lee masih meraung, mengendahkan soalan aku.

"Hey tak perlu risau okay? Kat sekolah ni banyak lagi budak lelaki hensem yang nama mula daripada huruf S."

"Shah. Aku tak risau pasal Lanets. Aku cuma risau pasal kau. Cuba kau bagitahu aku, macam mana budak kelas kau layan kau lepas kau dedahkan jantina sebenar kau?" Lee akhirnya berhenti menggoncangkan badan aku ke depan dan ke belakang. Kini, dia merenung aku dalam sambil kedua-dua tangan berada di atas bahu aku.

"Budak kelas aku? Hahaha diorang cuma palau aku je. Tak ada apa sangat. Kejap-kejap lagi baiklah kitorang. Aku classmate kesayangan semua kut. Lagipun korang ada kan?"

"Haih. Kau tak faham Shah. Benda ni lebih serious daripada apa yang kau jangka. Apa-apa pun, jom gerak kafeteria dulu. Kang makanan habis payah gak. Qid. Kitorang gerak dulu."

"Eat well." Ucap Thaqid sebelum berlalu pergi ke arah yang bertentangan. Balik ke kelas mungkin.

Sejujurnya, aku dari dulu lihat Thaqid sebagai seorang hero yang tidak didendang.

Eceh.

LanetsWhere stories live. Discover now