6 9

14.1K 1.7K 908
                                    

"Macam mana? Ada?"

Nazmi yang baru keluar dari kelas Thaqid cuma mengangkat bahu bagi menjawab persoalan aku. "Classmate dia kata memang dari pagi tak masuk kelas."

Sudah lebih 24 jam Thaqid hilangkan diri. Selain itu, Thaqif juga berdegil dan tidur dekat ruang tamu rumah lanets, menurut apa yang diceritakan oleh Edhan. Walaupun hampir mati kerana Ariyan tutup muka dia guna bantal, dia masih berdegil untuk tinggal kat rumah tu sampai lah Thaqid ikut dia balik.

"Okaylah. Kau baliklah kelas dulu. Aku nak pergi rehat." Aku melambai kecil pada si pendek tersebut.

"Oh ya. Tolong kirimkan ni dekat Ariyan." Nazmi menghulurkan aku segulung wang kertas berwarna merah dan hijau.

"Duit apa ni?"

"Aku ambik ketum dia pagi tadi. Pastu dia bising sebab tu ketum yang terakhir."

"Seriously?"

"Yela. Kau nak kahwin nanti jangan kahwin dengan orang macam Ari tu Shah. Ketum pun kedekut."

"Apa-apa jelah." Aku mengambil wang tersebut dan mula berjalan menuju ke kafeteria. Sambil berjalan, aku menggosok-gosokkan kedua telapak tangan. Sejuk. Kat luar tengah hujan lebat. Sekolah pulak tak reti nak tutup air-cond. Nanti nak try minum milo ais lah. Rasanya mulut boleh berasap macam kat England kalau macam ni sejuknya.

Langkah aku terhenti apabila aku melepasi kelas aku.

"Ha. Kau dari mana?" Seorang pelajar lelaki berjaket hitam yang kelihatan sedang bersandar pada dinding kaki lima cepat-cepat menegakkan tubuhnya dan berjalan ke arah aku.

"Kau buat apa sini?"

"Aku tanya dulu kan. Kau dari mana?" Ariyan menundukkan kepalanya sedikit supaya boleh merenung aku dengan lebih kuat.

"Nazmi ajak aku teman pergi check Thaqid dekat kelas dia tadi. So kenapa kau kat sini? Tunggu aku?"

"Apa lagi?"

"Ariyan. Aku serious ni. Tak ada orang nak kacau aku dah. Korang tak perlu nak teman aku setiap saat waktu kita dekat sekolah."

"Yakinnya."

"Sangat yakin."

Ariyan mengangkat kening kanannya sambil tersenyum sinis. Ini namanya 'muka Ari yang sedang memandang rendah'.

"Kalau ada orang kacau aku lagi lepas ni, aku cuci tandas rumah korang setiap minggu."

"Oh? Okay, sure sure." 

Aku pandang Ariyan lama sambil berfikir. Patut ke aku bagitau diorang yang aku dah blackmail semua budak-budak netball tu? Tapi nanti diorang banyak tanya pulak. Malulah aku nak tunjuk video yang aku kena sepak tu. Sangat tak cool. Mana boleh. 

"Shah? Nak sweater aku ke?"

"Huh? Oh." Baru aku sedar aku masih tak berhenti gosok telapak tangan untuk haba. "Tak apa. Aku singgah kelas pun sebab nak ambik blazer."

"Cepat sikit eh. Rehat lagi 15 minit."

Aku berlari anak untuk mendapatkan blazer yang aku sidai pada kerusi. Masa aku baru ikut Nazmi tadi tak hujan lagi. Sebab tu aku suka hati letak blazer merata.

Sebaik sahaja aku menyarungkan blazer gaya gaya Eren Yaegar, aku kembali pada Ariyan dan kami berdua mula berjalan ke kafeteria bersama.

"Oh ya Ariyan. Nami kirim duit ni." Aku hulur duit Nazmi tadi. "Dia kata ni duit ketum kau yang dia amik pagi tadi."

"Ketum?"

"Tak tau. Nazmi kata."

"Dasar anak kayangan. Ketum dengan Nestum pun tak reti beza." Ariyan sambut wang tersebut. "Dahlah ganti 35 ringgit untuk sepaket Nestum."

LanetsWhere stories live. Discover now