7 6

6.3K 1K 177
                                    

"Dia gila ke?" soal Nazmi sambil kaki tak henti menghentak lantai kereta.

"Kan." Lee mengiyakan.

"Apa masalah Thaqid sebenarnya?" sambung Nazmi.

"Masalah keluarga tak silap." Ariyan menyampuk sambil memusingkan kereta masuk ke simpang kanan. Aku pun tak pasti kereta siapa kitorang rembat ni. Tapi Lee yang kasi kunci kereta ni kat Ariyan bila diorang tiba-tiba decide nak balik rumah, tengok Thaqid ada ke tak. Aku apa lagi, haruslah tumpang ponteng sekali walaupun bukan hal rumah tangga aku.

"Memanglah masalah keluarga tapi kenapa nak tinggalkan kita in the park macam ni? Kalau ye pun nak blah dari Gold High, tak reti nak cerita dekat kita dulu ke?"

Aku nak tegur Nami yang ayat sebetulnya 'in the dark' dan bukannya 'in the park' namun cepat-cepat ubah fikiran. Bukan apa, tak pernah aku nampak dia emosi macam sekarang ni.

"By the way Lee, ini kereta siapa? Kenapa kau ada kunci kereta ni? Kau lesen motor pun tak ada, jangankan kereta." Aku tukar topik.

"Oh kereta bapak aku." jawab Lee bersahaja. Mhmm kepala otak dia. Dahlah ponteng sekolah beramai-ramai. Naik kereta pengetua pulak tu. 

Ariyan akhirnya hentikan kereta di tepi jalan apabila apartment mereka muncul di pandangan. Kami semua keluar dari kenderaan empat roda itu dan berlari masuk melepasi guard apartment tersebut. Ed cuma angkat kad kunci apartment, menandakan mereka adalah penghuni.

Dalam lima minit kemudian, kami tiba di depan pintu rumah mereka. Lee yang berada paling hadapan berhenti sejenak. Kepalanya dihalakan ke lantai.

"Kasut dia tak ada" sebut Lee ringkas sebelum buka pintu rumah.

Serentak itu, kami semua melangkah masuk dan berpecah, mengesan seluruh penjuru rumah.

"Sangkar percy tak ada." nyata aku selepas periksa tempat yang selalu Thaqid letakkan sangkar kucing kesayangannya itu.

"Kasut dia tak ada." tambah Nazmi yang berada di hadapan rak kasut bertutup milik mereka.

"Bilik kosong." Ariyan keluar dari biliknya yang dikongsi bersama Thaqid sebelum ini.

"Number can't be reached." ujar Ed yang dari sekolah tadi cuba hubungi Thaqid.

Suasana rumah mereka tiba-tiba bertukar suram. Masing-masing diam sejenak. Buntu. Aku dan Lee duduk di sofa. Nazmi bersila di atas lantai, bersandarkan meja kopi. Ariyan dan Ed pula berdiri di belakang sofa, hilang dalam fikiran sendiri. Thaqid memang tak kesah pasal kitorang ke sebenarnya?

"Shit." lepas Ed sepatah sebelum turunkan beg laptop yang digalas. "Aku dah janji tak nak guna ilmu ni untuk pecah masuk privasi orang."

Ed letakkan komputer riba nya di atas meja. Yang lain masih tak bersuara. Hanya bunyi jari menekan papan kekunci kedengaran. Perlahan-lahan, satu persatu manusia berkerumun di belakang Ed, menunggu berita. Aku capai majalah Ana Muslim di atas meja kopi mereka lalu mengipas-ngipas Ed dari tepi apabila sedar dahinya berpeluh. Aku pun kurang pasti mana satu antara mereka yang beli majalah ni. Tapi itu tak penting buat masa sekarang.

Ed tiba-tiba tutup komputer ribanya dan berdiri. "Geminae Inn."

"Ha?" Kepala Ariyan disengetkan sedikit.

"Oh!" Aku berdiri laju. "Nama hotel yang dia duduk Geminae Inn rupanya. Masa dia cerita kat aku, ingatkan Jaminah Inn."

"Dia bagitau kau?"

"Uhh i mean, i'm his favourite friend, obviously?"

"Atau sebab dia yakin kalau bagitau kau pun, kau takkan ingat sebutan betul dia." Ariyan tak nak kalah. Ikutkan hati, mahu saja aku tarik tali leher dia sampai tercekik. Tapi kitorang semua tak banyak masa.

LanetsWhere stories live. Discover now