1 7

44.1K 4.3K 833
                                    

"Pstt Shah"

Aku menoleh sekeliling, mencari punca suara yang seperti katak sengau tercekik McFlurry.

"Shah!" Suara itu datang dari semak samun ditepi pagar sekolah. Aku tahu itu suara Lee. Jadi aku tak teragak-agak mahu melihat.

"Woi. Apahal kau tak pakai uniform sekolah?!" Aku terkejut melihat Lee yang berpakaian serba hitam.

"Hari ni tak yah gi sekolah! Ikut kitorang. Kan aku dah cakap dekat whatsapp group"

"Sejak bila Lanets ada whatsapp group?"

"Oh aku tak add kau lagi eh?"

"Tak"

"Hmm k. Apa-apa pun kau kena ikut kitorang" Lee mula cuba meraih tangan aku. Cepat-cepat aku mengelak.

"Korang nak pergi mana?" Kataku dalam nada marah. Pelajar yang baru datang ke sekolah sudah memandang aku serong. Apahal cakap dengan semak samun?

"Nak siasat kes semalam"

"Hish buat apa? Itu kerja poliskan?"

"Alah cam syok je main detektif detektif ni. Jom ah Shah"

"Apa jom-jom?" Satu suara keras tiba-tiba menyampuk. Aku dan Lee perlahan-lahan, memusingkan kepala ke arah suara tersebut.

Pengetua.

"Eh assalamualaikum Tuan Ishak" Lee tiba-tiba bangun dan keluar dari semak samun lalu bersalaman dengan pengetua.

"Apa kamu buat dekat sini? Uniform sekolah mana? Kenapa tak masuk sekolah lagi?" Bertubi-tubi soalan ditembak tepat pada muka Lee. Habis berpeluh anak orng fikir jalan keluar.

"Saya.. Saya pekerja Myanmar! Datang Malisia mau cari rezkilah pak cik" Bohong Lee. Tangannya mencabut-cabut rumput di sekitar.

"Muhammad Shazlee bin Zainal Ishak. Masuk sekolah sekarang"

"Baik Abah"

Kejap. Abah?

Lah Lee ni anak pengetua ke?

"Sorang?" Tanya Tuan Ishak.

"Nami, Ari, Ed"

"Thaqid tak ikut?"

Lee menggeleng perlahan.

"One hour detention. Four of you. 5 Violet, pukul 2" Ujar Tuan Ishak tegas. Lee hanya mengangguk. Dia kemudiannya menarik beg aku lalu mengheret aku masuk ke sekolah bersamanya.

Malulah tu nak jalan sorang-sorang.

Sebuah walkie talkie kecil dikeluarkan.

"Mission abort mission abort"

* * * * *

"Aku ada berita baik guys" Lee yang masih belum duduk segera membuka cerita.

"And girl" Aku menambah.

"Yes Shah. And girl"

"Apa benda berita yang baik sangat tu?" Nazmi yang sedang mengunyah gula-gula getah bertanya.

"Jap apahal kau ada kat sini? Form 4 dah rehat ke?" Aku baru sedar kehadiran Nazmi.

"Haah. Kitorang rehat sekali. Tadi ada program kat main hall" Terangnya.

"Berbalik kepada topik, aku ada berita baik. Rancangan kita berjaya" Lee tersenyum lebar.

"Rancangan?"

"Yes. Untuk satukan Anis dengan Haikal. Aku dengar diorang dah official"

"Are they.. Going out?"

LanetsWhere stories live. Discover now