5 1

37.6K 4K 1.6K
                                    

"Sebelas ringgit, dua puluh sen. Nak plastik?"

Aku mengangguk sambil tangan menghulurkan sekeping not 50 ringgit. Juruwang tersebut memandang aku serba salah, teragak-agak mahu menerima wang yang diberi.

"Ada dua puluh sen tak?"

"Tak ada." Aku membohong. Ya tuhan, ampuni aku kerana menipu. Tapi aku betul-betul malas nak keluarkan dompet yang berada di dalam beg.

Juruwang tersebut tersenyum pasrah sebelum mula mengeluarkan helaian-helaian duit kertas dari mesin wang.

Aku melangkah keluar kedai runcit Impian Apartment dengan beg plastik putih di tangan. Jam sudah menunjukkan pukul 3.25 petang, menandakan perjumpaan Lanets akan bermula dalam masa 5 minit. Aku mula berjalan ke arah lif berdekatan. Butang bernombor 8 aku tekan berkali-kali. Kata orang, kalau tekan banyak kali lif naik cepat sikit.

Ternyata, life hack tersebut adalah mitos semata-mata. Lif Impian Apartment ini masih lembab bak datuk siput terseliuh kaki. Ceit.

Sampai di hadapan pintu bernombor 224, aku menekan loceng.

"Assalamualaikum! Saya datang nak raya!" Sebuah lawak hambar aku hadiahkan dari luar pintu rumah. Kali kelima aku menekan loceng, barulah pintu terbuka. Lee yang ber t-shirt putih dan berseluar slack sekolah memandang aku atas bawah.

"Maaf saya tak nak beli karpet." Perlahan-lahan, Lee menolak kembali pintu, cuba untuk menutupnya. Aku segera menyepak Lee penuh kejam ke dalam rumah.

"Woi kau memang tak faham gurauan ke? Aku gurau jelah!" Lee menggosok-gosok belakang kepalanya yang terhantuk kuat di atas lantai. Aku cuma mengangkat bahu selamba sebelum berjalan ke arah meja besar di tepi ruang tamu. Nampaknya semua orang sudah berkumpul.

Kecuali Ariyan.

"Ari mana? Dating?" Soalku, sedikit meluat.

"Cari aku ke?" Pintu bilik air tiba-tiba terbuka, menampakkan Ariyan dibalik pintu. Dia mengangkat keningnya ke arah aku. Aku mendecit perlahan sebelum duduk di atas kerusi. Botol-botol air Heaven and Earth yang dibeli tadi aku agih-agihkan. Dahlah aku tetamu. Minum pun aku yang sediakan. Nampak tak betapa murninya hati aku?

"Okay. Aku tak nak kita buang masa. So, jom kita start sekarang." Lee mula berbicara. "Nak dijadikan cerita, hari Jumaat malam, Shah ada call aku."

"Late night confession?" Nazmi memberi pandangan menyakat namun tiada yang melayan.

"Jadi, Shah. Ceritakan apa yang kau nak bagitau aku haritu." Lee memandang aku serious. kini semua mata tertacap ke arah aku. Aku menggigit bibir perlahan, cuba memikirkan ayat yang sesuai.

"Urm.. ada budak sekolah kita tahu, yang aku ni perempuan." Pernyataan aku berjaya membuatkan semua orang kaget kecuali Ariyan.

"Siapa?" Ed menjadi orang pertama yang bertanya. Aku memandang Ariyan. Dia nampaknya mengelak pandangan mata aku.

"Eliza, Bethrisha." Kataku dengan jelas, bersedia menerima pandangan terkejut mereka.

"BETH?" Lee menghentak meja kuat. Aku jadi pelik.

Pelik, kenapa hanya Lee yang terkejut. Kenapa yang lain nampak tenang?

"Macam mana dia boleh tahu?" Lee menyoal lagi dengan pandangan mata seorang psycopath. Aku menggeleng perlahan, takut mahu bersuara. Tak pernah-pernah aku nampak Lee macam ni. Tapi aku faham, kalau rahsia aku terbongkar, Lanets boleh bankrap. Lanets yang ditubuhkan oleh Lee sendiri. Yang diusahakan selama tiga tahun, akan musnah begitu saja.

Mata Lee terus tertumpu ke arah Ariyan.

"Jangan cakap kau yang.." Lee bangun dari kerusi secara drastik.

LanetsWhere stories live. Discover now