3 8

37.6K 4.1K 883
                                    

"Kayu api?" Soal Lee sambil berjalan mundar-mandir seakan-akan komando kelas kedua.

"Ada." Jawab Ed sepatah.

"Mancis?"

"Tak mainlah mancis. Kita guna lighter gun." Lighter gun di tangan Ariyan petik beberapa kali.

"Ha bagus. Air ada?"

Thaqid yang sedang mengangkat satu kotak polistrena cuma mengangguk.

"Marshmallow, coklat, dan biskut, ada?"

"Ada tuan!" Rina, terlebih ceria mengangkat satu beg plastik besar berisi makanan.

"Shah. Skrewer bawak?"

"Yup."

"Tuan! Kita ada masalah!" Nazmi yang baru sampai di lobi resort berlari ke arah kami.

"Apa dia?"

"Kicap Jalen tak ada tuan! Kicap Jalen tak ada, saya pun tak lalu nak makan!"

"..."

"..."

"..."

"..."

"..."

"..."

"Ong gedek gedek." Seekor katak melintas. Ceh. Aku harapkan cengkerik. Tapi tak apalah.

Seperti yang anda fikirkan, kami mahu membuat parti ungun api kecil-kecilan di tepi pantai. Apa? Anda tak terfikir? Ah lantak.

Setelah api dihidupkan oleh jejaka-jejaka yang indah rupa dari perangai, kami bertujuh duduk mengelilingi api tersebut. Masing-masing mencapai satu batang skrewer lalu mencucuk sebiji marshmallow yang gebu. Marshmallow malang itu akhirnya diletakkan di atas api.

Kata mereka, nak buat S'more. Aku, sejujurnya tak tahu binatang apakah S'more itu.

"Woi Shah Marshmallow kau dah hangit." Tangan aku ditolak oleh Ed, menjauhi api.

"Eh bukan memang kena hitam macam- shid." Marshmallow aku yang hangit menjadi cair, lalu jatuh tepat ke atas kaki.

Kalau kaki aku tak apa. Ini kaki Ariyan beb. Kaki Ariyan.

"Fakyu Shah Arghhh!!" Ariyan menjerit sakit. Eh ke dia menjerit marah eh? Kakinya dikibas kuat, cuba menanggalkan marshmallow cair aku. Yang lain pun langsung tak membantu. Bantu gelak je.

"Weh jap-jap jangan gerak!!" Aku bertukar panik. Terus aku sambar tisu lalu mengelap marshmallow cair yang berada di atas kaki Ariyan. Itulah. Aku dah pesan, pakai kasut. Nak jugak pakai selipar jepun. (Aku yang salah, salahkan dia pulak)

Rina melambungkan aku seketul ais daripada kotak air yang dibawa. Ais tersebut aku sambut lalu diletakkan pada kaki Ariyan.

"Sorry bro. Hehehe." Ucapku serba salah. Ariyan pula merenung aku dingin.

"Weh Shah. Tengok ni." Ed memanggil. Aku yang tadinya menghadap Ariyan kini menoleh kepada Ed di kiri aku

"Marshmallow ni, kau bakar sampai atas dia coklat-coklat sikit je. Macam ni."

"Oohh."

"Pastu ambik biskut, letak coklat, letak marshmallow, then letak biskut lagi sekali. Ha siap!" Ed menghulurkan aku S'more yang telah siap. Jadi, inilah menatang S'more tu. Hm, nampak menggoda. But don't judge a book by its cover. Jadi, aku pun mengangkat S'more di tangan kanan, menganga mulut luas, lalu menggigit.. angin?

Cis. Lahanet manakah yang merampas S'more dari tangan aku ni?

Aku memandang lahanet yang dimaksudkan. Kurang diajar. Kalau rampas guna tangan tak apa. Ini rampas guna gigi. Fikir seksilah tu?

LanetsWhere stories live. Discover now