1 9

41.7K 4.1K 528
                                    

Pagi ini sangat indah. Angin pagi bertiup sepoi-sepoi bahasa, cahaya mentari menyinari, burung pipit berkicauan, manusia berpeleseran keluar ke muka bumi untuk meneruskan kehidupan.

Seperti biasa, Aidil menghantar aku di hadapan sekolah. Kami berbual pendek, menyakitkan hati sesama sendiri sebelum berpisah. Sempat aku mencuri lima ringgit dari kereta Aidil sebelum keluar. Tak apalah. Esok aku mintak halal.

Hari ini hari apa ya? Memandangkan Nazmi hari ni tak datang naik helikopter, hari ini bukan hari Rabu. Oleh itu, aku yakin yang hari ini adalah hari Khamis.

Sekejap.

Jangan kata hari ni 18 Mac?

Ada apa dengan 18 Mac?

Persiapan untuk sukan tahunan sekolah.

Jujur, aku tak pernah kesah tentang sukan. Boleh dikatakan aku ni seorang yang sihat. Tapi, aku tak boleh terima kenapa hari ini jatuh pada hari yang sama aku sedang menghadapi masalah sebagai seorang perempuan.

Kalau kau perempuan, kau akan faham. Kalau kau tak faham jugak, mungkin kau Sajat.

"Pagi yang indah Shah!" Lee tiba-tiba muncul di sebelah aku sambil tangannya mengendong hoverboard berwarna emas miliknya.

"Pemilihan untuk acara sukan buat hari ni ke?" Soalan pertama aku keluar.

"Yes Shah. Kau nak masuk acara apa?"

"Kenapa kena buat hari ni?"

"Sebab ayah aku pilih hari ni?"

"Kenapa kau tak pakai uniform sukan?"

"Sebab uniform sukan aku ada dalam loker baju aku?"

"Cakap pasal uniform sukan. Macam mana aku nak tukar baju nanti?"

"Macam biasa. Tunggu semua orang keluar dan jadi orang terakhir. Aku, Nazmi, Ed dengan Thaqid sentiasa ada untuk cover line"

"Kenapa Ariyan tak ada?"

"Dia dengan Beth"

"Ew mengadanya minah tu"

"Don't talk sh*t about client man"

"Oh okay sorry sorry"

"By the way, kau rumah apa Shah?"

"Banglo setingkat jerp"

"Aku serious ni"

"Erm aku rumah merah. Apa entah nama dia? Cetan?"

"Cheetah Shah. Cheetah"

"Hah Cheetah!"

"Thats mean, kau akan jumpa aku nanti" Lee tersenyum riang.

"Kau je?"

"Yeah, memandangkan Ariyan Panther which is blue. Thaqid dengan Ed Jaguar, rumah hijau. Dan Nazmi rumah kuning, Lynx."

* * * * *

"Pelajar yang nak masuk acara padang, boleh ikut saya. Kepada yang nak sertai acara balapan, ikut Encik Zul" Puan Nora, guru rumah sukan Cheetah membuat pengumuman.

LanetsWhere stories live. Discover now