3 9

38.7K 3.9K 884
                                    

Jam pada Lenovo aku sudah pun menunjukkan pukul 2.03 pagi sebaik sahaja aku keluar dari tandas. Rina yang masih tak mandi telah pun terlelap di atas katil. Penat sangat agaknya. Yelah, kitorang semua masuk bilik pukul 1.45 tadi.

Tapi bagus jugak budak ni tidur. Dia punya lama mandi tu macam tengah repair bilik air perdana menteri.

Selepas penat ber-truth or dare, menyanyi, mendengar lawak hambar Nazmi dan menari, kami semua mengambil keputusan untuk memadamkan ungun api dan berbaring di atas pasir agar dapat melihat keindahan bintang malam yang bertaburan di langit. Masing-masing tenggelam dengan perasaan sendiri sampai tak sedar dah lewat.

Aku mengeringkan rambut yang masih basah menggunakan tuala. Apabila yakin rambut telah pun kering sepenuhnya, aku terjun ke katil. Seperti hari-hari lain, sebelum tidur aku akan berikan ucapan selamat malam sepanjang karangan kepada client. Walaupun dah pagi, tapi.. hm apa-apa jelah.

Aku mencampak Lenovo aku ke tepi sebaik sahaja menyelesaikan tugas. Siling bilik aku renung kosong. Terkelip-kelip mata aku cuba untuk tidur namun gagal.

Aduh langsung tak mengantuk. Mungkin lepas balik dari hiking tadi aku tidur lama sangat kot.

Aku membawa keluar buku teks Sejarah. Lima muka surat pertama aku baca. Kata orang, boleh buat ubat tidur.

Eh sejak bila buku teks Sejarah aku ni menarik? Hilang langsung mengantuk aku. Cis.

Telinga aku tiba-tiba menangkap bunyi suara orang yang sedang.. menyanyi?

Uiks. Siapa pulak yang jiwang malam-malam macam ni? Lagu melayu pulak tu.

Bilik sebelah kanan. Adan ke? Eh! Adan sebelah kiri. Kau jangan buat malu lagi Shah.

Tengah-tengah pagi macam ni, siapa je yang tak tidur lagi selain aku? Tak lain tak bukan, mesti si Edhan ni.

Aku membuka aplikasi whatsapp lalu menekan ikon mikrofon.


Edhan
Last seen on 2.04 a.m

[▶●----- ]

What the heck Shah
Tidurlah

Eh asal berhenti?
Nyanyilah lagi
hahahahahahaha

. . . .

By the way,
Aku puji kau sebab
support muzik lokal.
Yelah, anak muda
sekarang ni mana nak
pandang lagu lokal.

Aku tak layak dapat
pujian kau sebab dalam
phone aku ada 234 lagu
english, 12 lagu melayu,
4 lagu indonesia, 1 lagu
Sepanyol dan 3 lagu
korea.

Oh ye eh?
Hm aku tarik balik.
Tapi aku puji suara
kau.
Masa kau tak nak
menyanyi time dare
tadi, aku fikir suara
kau macam ai-
Maksud aku macam
katak tersepit pintu.
Tak sangka lak suara
kau actually not bad.

Suara aku mahal
sebab tu aku tak
menyanyi free free
untuk korang.

Hm iyalah ed.

Weh cah
Kau dah tengok bilik
air dia?

Ha asal?

Cuba kau tengok
jenama singki dia

Jap-jap

Dah tengok?

Kamu fikir kelakar
ke Ahmad Edhan?

LanetsWhere stories live. Discover now