2 9

38.9K 4.4K 778
                                    

Bunyi lagu I am Me membuatkan aku terjaga dari tidur. Cepat-cepat aku mematikan alarm. Benarlah kata Aidil, lagu ni mampu mengejutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

4.20 pagi huh? Berapa kali aku snooze ni? Janji dengan Lanets nak berkumpul pukul 5.30 pagi. Mandi saja dah 30 minit. Sempat ke nak sampai KLIA dalam masa 40 minit?

Boleh jadi alasan tak untuk aku tak pergi? Yalah, bangun lambat.

[ Lee's P.O.V ]

Aku menaikkan zip sweater aku sehingga menutupi leher. Huh tak sangka pula Malaysia sesejuk ni.

"Tutup mulutlah Nami" Aku menepuk kuat belakang Nazmi yang sedang menguap luas. Sempat Ariyan mengeluarkan Iphone6 miliknya untuk mengambil gambar.

Bila dilihat semula, kami berlima nampak seperti Power Rangers. Masing-masing memakai sweater berwarna tanpa corak. Boleh dikatakan, aku power ranger biru. Ariyan power ranger merah. Nazmi power ranger purple. Ed power ranger hitam dan Thaqid power ranger hijau tua.

Aku rasa aku perlu berhenti tengok rancangan kanak-kanak.

Kami berlima senyap, menanti ketibaan Shah. Aku menghabiskan masa dengan memerhati manusia-manusia yang berada disekitar KLIA. Boleh tahan ramai walaupun baru pukul 5. Mungkin sebab cuti sekolah, ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar negara.

"5.28 pagi" Edhan tiba-tiba bersuara.

"Ye Ed?"

"5.28 pagi and kelibat Shah langsung aku tak nampak. Call tak angkat. Whatsapp tak seen. Aku takut budak tu masih tak sedar dari tidur." Kening Ed berkerut.

"Dia tengah on the way lah kot. Line tak ada" Ariyan cuba kedengaran positif. Padahal aku perasan riak muka dia turut berubah.

"Shah selalunya bluetick"

"Apadi- wow wow anak siapa kau culik ni Qid?" Aku ternganga melihat Thaqid yang kini sedang mendukung seorang bayi dalam lingkungan setahun.

"Mak dia pergi tandas" Ujar Thaqid tenang.

Haih aku tak tahu apa kuasa kawan aku guna. Semua orang suka dia. Semua haiwan suka dia. Orang yang langsung tak kenal pun boleh percaya dia sampai tahap ni hmmm.

"Betul jugak cakap Thaqid. Shah biasanya laju baca mesej aku walaupun selalu kena bluetick je" Kali ini Nazmi mengusap-usap dagunya yang licin.

"Shah kata abang-abang dia nak pergi Cameron Highland kan? Kau tak rasa ke Shah tiba-tiba tukar fikiran untuk ikut diorang?" Ariyan membuat andaian yang agak tidak bernas bagi aku.

"Mengarut! Takkanlah dia tolak pergi overseas dengan kita semata-mata nak pergi Cameron?" Aku menggeleng kepala laju. Andaian Ariyan memang tak boleh diterima.

"Benda ni akan buatkan korang rasa tak senang, tapi aku mimpi Shah semalam"

"Eee kunyit doh Ari" Nazmi tersengih dan kemudiannya menerima satu pukulan hebat dari Ariyan.

"Aku mimpi dia ada dekat ladang strawberi sengan empat orang lelaki."

Aku terdiam.

"Tapi abang Shah yang duduk dengan dia 3 orang je. Nampaklah mimpi kau tu tak benar" Sangkal Nazmi.

Tak tahu Ariyan sedar atau tidak, tapi mimpi dia memang boleh dipercayai. Aku masih ingat apa yang dia cerita pada aku sebelum kitorang tahu Shah adalah perempuan.

"Aku mimpi Shah kahwin"

"Dengan perempuan mana?"

"Tak. Aku mimpi dia kahwin dengan lelaki"

LanetsWhere stories live. Discover now