8 1

5.8K 1K 124
                                    

"Awal kau keluar, Shah." sapa Saiful yang baru keluar dari dewan peperiksaan. aku yang sedang duduk bersila di tepi dinding luar dewan sambil hantar mesej 'Oi si busuk. Paper hari ni dah habis. Amik aku skunk.' kepada Aidil cuba beri senyuman senget.

"Ah kalau aku nak check balik jawapan pun, bukannya aku tau mana yang betul, mana yang salah."

"I see. Dah tu kau terus balik? Tak lunch dulu kat sini?"

"Baliklah kot. Hari ni paper akaun. Aku sorang je. Kalau ada Anis ke Lanets ke, bolehlah. Ke kau nak teman aku Epul?"

"Oh aku puasa sunat hari ni. Iman tak cukup kuat nak duduk kafeteria."

Ding!

Bunyi notifikasi. Aku periksa mesej yang baru masuk. Nampaknya Aidil baru reply 'otw'.

"Okaylah weh." Aku bangun dari duduk. Totebag putih kosong aku galaskan ke bahu kanan. "Aku balik dulu."

"See you tomorrow Shah."

Begitulah. Kehidupan seharian semasa final week. Datang sekolah, jawab satu subjek, lepas tu balik. Kalau subjek teras macam English dan Matematik, bolehlah lepak sekejap dekat kafeteria untuk lunch dengan Lanets. Um. Lebih kepada Lae. Lee, Ari, dan Ed. Paper Nazmi belah petang. Antara dia datang awal, atau kitorang duduk sampai petang kat sekolah, baru boleh jumpa. Setakat ni, dua dua pilihan tak pernah dibuat. Masing-masing sibuk belajar untuk paper seterusnya. 

Kitorang cuma berhubung menerusi groupchat yang langsung tak aktif. Setiap hari mungkin ada 20 mesej. Lepas tu senyap. Lagi janggal sebab ahli groupchat tu 6. Nombor Thaqid masih ada dalam tu. Tak ada siapa remove dia. Padahal telefon, sim card, memory card dia apa semua, dah selamat dalam tong sampah dah.

Thaqid, apa khabarlah budak tu. Masuk hari ni, dah 36 hari sejak kali terakhir aku nampak dia.

Aku tak pasti. Minggu peperiksaan memang tak best ke ataupun persahabatan aku yang regang buatkan setiap hari memualkan.

Mungkin, kedua-duanya sekali.

* * * * *

"AH! AKU BEBAS!" Aku mendepakan tangan di hadapan dewan peperiksaan. Kertas terakhir aku telah pun dijawab. Ini bermakna, secara rasminya, aku dah habis sekolah.

"Krik krik." Acik sapu sampah menambah. Tak guna. Tahulah detik terakhir aku kat sekolah ni tak dramatik macam dalam movie. 

Aku cuma jelirkan lidah ke arah orang tua itu sebelum pergi untuk mendapatkan beg aku di tepi dewan.

"Shah." Satu suara memanggil. Apabila aku menoleh, aku dapat lihat seorang pelajar lelaki yang hanya menyangkut blazer rasmi sekolah di bahu tanpa menyarungkan lengan.

"Nami!" Suara aku sedikit tinggi. Sedar akan bunyi buruk itu, aku berdehem.

"Oh. Nazmi." cuba aku sekali lagi.

"Paper kau dah habis?" Nazmi mencangkung di hadapan aku yang masih menyumbat alat tulis ke dalam beg.

"Ha'ah. Last tadi. Kau ada paper ke petang ni?"

Nazmi menggeleng.

"Dah tu? Nak study kat sekolah ke?" Siap sahaja simpan semua barang, aku galaskan beg ke bahu. Namun, kaki masih bersila di lantai.

"Tak adalah. Cuma nak personally ucap tahniah sebab dah habis."

"Aik? Memang hari esok tak ada ke?"

"Paper aku last esok. Lepas tu, aku terus balik kampung dekat Pahang."

"Balik kampung?"

"Yeah, nenek tak sihat. Family kitorang nak teman dia kat sana buat masa ni. So, aku takut lama tak jumpa nanti. Tapi jangan risau. Graduation day korang aku datang, okay?"

LanetsWhere stories live. Discover now