2 2

41.7K 4.3K 248
                                    

"Ala dah habis ke?" Aku menyeluk tanganku sedalam yang boleh ke dalam bekas kentang hiris jenama Perfecto, mencari kepingan kentang berperisa tersebut.

"Eh eh banyak hensem muka kau. Lepas dah habiskan dua bekas Perfecto, kau boleh tayang muka tak puas hati depan aku?" Lee bercekak pinggang dihadapan aku.

"Lapar"

"Kau pergilah balik kalau nak. Semua benda dah settle dah" Kata Ed yang masih ralit menghadap komputer ribanya.

"Baik boss" Dengan penuh semangat, aku mula mengemas pencil box aku yang isinya bertaburan di atas lantai. Jangan tanya kenapa.

Nazmi menekan satu butang di bahagian tepinya. Bunyi 'beep' yang lembut terhasil. Kemudian, pintu I-Yam yang terletak dibelakang secara automatik terbuka perlahan. Thaqid yang sedang tidur sedikit terganggu apabila cahaya matahari menyapanya.

"Oh sebelum tu, korang tahu tak nak kena bagitahu siapa kalau nak buat kad pelajar yang baru?"

"Kenapa kau tanya?" Ed menutup komputer ribanya, memberikan aku perhatian penuh.

"Kad aku.. Patah"

"Jangan cakap yang kau masukkan kad pelajar kau dalam blender acik kantin?"

"Dah kenapa pulak aku nak buat benda mengarut tu?"

"Sebab Nazmi pernah buat"

"Oh" Aku tak tahu aku kehilangan kata sebab perbuatan tak masuk akal Nazmi ataupun sebab aku tak terkejut yang Nazmi buat benda macam tu.

Dua-dua kot?

"Habis tu macam mana kad kau boleh patah?" Lee kini menunjukkan minatnya terhadap perbualan kami.

"Macam mana boleh patah?" Aku ragu-ragu. Patut ke aku bagitahu perkara sebenar? Yang Anis dah tahu aku ni perempuan.

Patut ke?

"Aku terletak dekat dalam paper shredder"

"Haih macam-macam ah kau ni Shah" Lee menggeleng kepala. Nazmi pula kelihatan teruja. Jangan cakap dia terfikir nak buat benda yang sama.

"Kau tau tak HDC mall?" Ed menyoal aku.

"Yang ada McD kat tepi tu eh?"

"Ha'ah. Kat tingkat atas sekali ada kedai buat gambar passport. Dia buat jugak kad pelajar. Kau cakap je kau dari Gold High. Tahu ah dia apa nak buat" Terang Edhan. Aku cuma mengangguk beberapa kali.

"Hmm okaylah. Aku balik dulu"

* * * * *

Petang Jumaat, seperti yang dijanjikan oleh Aidil, dia membawa aku ke HDC Mall. Jangan tanya aku apa HDC singkatan untuk apa sebab aku pun tak tahu. Hari Dah Cerah mungkin?

Aku dan Aidil berjalan beriringan menuju ke pintu masuk pusat membeli belah tersebut.

Nampaknya petang Jumaat pun Raver dan Hipster turun padang untuk battle. Uish boleh tahan sengit jugak battle dia. Aidil hampir-hampir saja menyertai kumpulan raver. Nasib baik aku sempat tarik dia.

"Pendek. Dah siap call aku eh" Pesan Aidil. Sekelip mata sahaja, dia sudah hilang dari pandangan aku. Dua kelip mata, dia berada berdekatan dua gadis berselendang.

"Awak ni Maleficent ke?" Soal Aidil pada salah seorang gadis tersebut.

"Maksud awak?"

"Yelah. Maleficent. Pari-pari tanpa sayap"

Okay aku dah mula mual. Sebelum aku muntah kat sini, lebih baik aku terus pergi ke destinasi asal aku.

Aku berjalan menuju ke tangga bergerak yang terletak tidak jauh dari tempat aku berdiri. Jujur, aku tak pernah lagi datang mall ni. Mall ni macam hambar sikit. Wayang tak ada, bowling tak ada. Typo, Lush, Bath & Bodyworks pun tak ada. Nasib baik ada MPH.

LanetsWhere stories live. Discover now