Epilog 2

4.8K 234 29
                                    

2 tahun kemudian, 2026

Nuha menunggu kepulangan p. Mateen di belakang pintu masuk rumah. Dia nak suprisekan p. Mateen. Eheks!

P. Mateen masuk ke rumah, letih seharian mengajar harini, kena ganti kuliah lagi. Periksa kertas exam lagi. Budak jawab exam macam tak pernah belajar letih dia tengok kesalahan remeh pelajar tadi. Ah lupa!

Selepas mendapat PHD dan setahun berkhidmat di bawah syarikat papanya, p. Mateen kembali mengajar di universiti tempatan namun secara part time sahaja sementelah dia juga terpaksa menguruslan syarikat ayahnya. Nasib ada Nuha yang sama-sama membantu dia.

Dia buka pintu perlahan dan matanya terasa gelap. Dia senyum.

"Siapa eh ni? Hmm siapa eh? " duga p. Mateen dia sengaja masuk dalam permainan Nuha. Habis hilang stressnya bila ada Nuha.

"Boo! " Nuha melepaskan tangannya dari menekup mata P. Mateen.

Nuha ketawa manja, p. Mateen hanya senyum. Alahai perempuan ni ngada-ngada betul!

"Sayang memang suka eh buat perkara tak berfaedah macam ni? " tegur p. Mateen yelah nak cakap bodoh kan nangis pulak Nuha kesayangan dia ni.

"Sajelah nak gurau dengan abang" jawab Nuha dia peluk pula lengan p. Mateen mereka sama-sama berjalan menuju ke bilik mereka di tingkat atas.

"Ye lah macamlah ada orang lain dari rumah ni selain sayang" ujar P. Mateen malas namun masih setia mengusap perut buncit Nuha setiap kali pulang ke rumah.

"HEHE" Nuha cuma senyum. Ni lah masanya nak buat suprise dekat suami dia. Tak lama lagi bukan mereka berdua sahaja yang tinggal dalam rumah ni dan bukan juga bertiga. Lepas pergi scanned di klinik kesihatan tadi tanpa pengetahuan P.Mateen. yelah p. Mateen nak suprisekan diri sendiri maknanya tak nak tahu jantina anak mereka tu.

Tapi dah namanya Nuha Irdina memang takdelah suprise tu.... So, dia pergi sendiri ke klinik.

"Ada, nanti dia jadi empat" balas Nuha.

"Why? " P. Mateen mengerutkan dahinya. Kenapa? Ada orang nak datang tinggal dalam rumah ni ke? Atau ibu mertuanya dengan adik ipar nak datang sini?

Nuha geleng perlahan namun bibirnya tetap memberi senyuman manis. Malas lah cakap sekarang macam tak syok je. Tunggulah malam karang.

"Eh abang jangan lupa hujung minggu ni kita kena gerak ke Perlis"

"Ouh kenduri syafiq eh? " Nuha angguk. Akhirnya selepas dua tahun menyulam cinta Syafiq bakal disatukan dengan Raysha. Akhirnya arkitek berjaya tu boleh bina keluarga sendiri. Nampaknya semua geng Nuha dah mencapai kebahagiaan sendiri.

"Tak sabar nak jumpa Lia, Leen dengan Lisa tau! Dah hampir setahun tak jumpa. Last jumpa pun raya tahun lepas, semua busy. Rindu zaman study dulu" Nuha tetiba je nak emo. Teringat dulu masa zaman Matrik. Susah senang semua sama-sama.

Jogging sama-sama, makan sama-sama, gila pun sama-sama. Ahh! Rindunya masa study dulu. Haih! Memang zaman study lah yang kita akan ingat sampai ke tua. Dan dia bersyukur masih bersama dengan sahabatnya walau sudah bertahun lamanya mereka meninggalkan kolej Matrikulasi.

Masing-masing sibuk, Dahlia, Haziq dan Syafiq dah berjaya buka syarikat bersama. Eloklah tu bergabung antara perancang bandar dan arkitek. Banyak projek mereka perolehi dan semestinya hasil kerja mereka tip top sehingga menjadi buah mulut dalam industri perancangan dan pembinaan.

Dr Rian dengan Noah pula dah keluar dari zaman mengajar mereka. Kedua-duanya sambung belajar dan berjaya menjadi penyelidik dalam biologi. Zarif dan Hanis pula masih setia menjadi tenaga pengajar di kolej Matrikulasi. Ada nilai sentimental di sana yang membuatkan mereka sayang untuk berpindah tempat atau berhenti.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now