Bab 59

4.3K 229 4
                                    

Ergh! Hari ahad... Hari yangg paling malas buat Nuha dan pelajar modul 1 sekalian.. Sebab apa? Sebab kesemua subjek ada kuliah harini.

Dan yang paling takleh bla, bila tiba-tiba je untuk sem 2 ni dah diwujudkan pula kuliah untuk fizik. Katanya mahu memudahkan lecturer mengajar dengan lebih efesien. Hailah masalahnya letih lah.

Sebab kuliah fizik ni penting, tak macam kuliah bio. Kau nak tido pon takpe sebab benda umum yang kau boleh tengok nota. Tapi kuliah fizik melibatkan pengiraan yang sukar.

Nuha dahlah benci subjek ni, nasib p. Mateen je yang membakar semangat dia. Dirasakan fizik sem 2 lagi mudah dari sem 1..aceceh sebab p. Mateen ke? Haha.

7.55 pagi, Nuha bergegas ke dewan kuliah. Hah apa lagi masa ni lah kaki bergerak laju. Marathon lah bai! Pukul 8 kelas ni.

Betulkan awning tudung bawal pon dah ambik masa 20 minit. Alahai.

Sem 2 ni, Nuha lagi lambat bangun. Mandi pukul 6.30 kalau sebelum ni pukul 4.30 pagi pon dah bangun. Bolehlah solat Tahajjud. Tapi sekarang, hampeh!

Mujur tak tertinggal subuh je.

Ingat dia sorang je tengah bermarathon, sekali Leen ada di tepi. Sama² marathon.

"Erghh, benci nye lewat-lewat ni"

"Karang masuk kuliah semua pandang macam artis"

"Coi"

Mereka sama-sama ketawa.

"Kita masuk ikut belakang lah Nuha, tak payahlah skema sangat masuk pintu depan"

Nuha hanya mengangguk.

Mereka akhirnya sampai ke dewan kuliah pada pukul 8.05 pagi. Lewat lima minit je pun. Hehe

Tapi langsung terasa sunyi kerana tak ada suara langsung.. Selalunya awal-awal ni bising lah jugak?

Tombol pintu dipegang.

"Weh kenapa sunyi sangat ni? "

"Aku pon tak tahu, selalunya bising" jawab Nuha. Sedikit cemas.

"Takkanlah madam Lia marah kot? "

Mereka saling berpandangan dan menggeleng kepala.

"Tak mungkinlah, madam Lia kan baik nak mampus. Tak pernah pulak dia jerkah budak sebab lewat"

Hm, basmalah dibaca. Dan Nuha membuka pintu.

Tiba-tiba semua memandang ke arah mereka berdua.

Kenapa? Apa yang jadi?

"Hah korang berdua yang dekat belakang tu? Apasal tak masuk pintu depan dahlah lewat" suara lecturer lelaki memenuhi ruang dewan kuliah.

Nuha dan Leen dah kecut perut sekali mereka angkat kepala.

"Sir Mateen! " kedua-duanya menjerit.

"Dah duduk, both of you late 5 minutes"

Nuha dan Leen segera memgambil tempat duduk di belakang. Nasib rakan sekelasnya yang lain ada di situ.

"Weh, apasal p. Mateen yang mengajar kita ni? " tanya Nuha.

Leen angkat bahu.

"Assalamualaikum, and good morning class. Untuk pengetahuan korang, madam Lia telah selamat bersalin semalam, so jangan pandang saya macam saya salah kelas ye"

Tapi pelajar perempuan yang lain harusnya happy. Pagi ahad mesti jadi hari yang paling ditunggu mereka. Ada lecturer hensem kot. Pagi-pagi dah cuci mata tengok ciptaan Allah. Bersihlah mata korang. Haha.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now