Bab 31

5.8K 288 4
                                    

"Ok done" jawab Syafiq lepas dah masukkan semua bagasi ke dalam bonet kereta.

"Ok jom" balas Lisa. Tak sabar nak balik dan membuta dekat rumah. Haha

Selalu dekat matrik tak cukup tido lagi-lagilah dia budak pdt(ada 4 semester). Pdt ni terkenal dengan waktu pembelajaran yang longgar sedikit daripada budak pst (hanya ada dua sem sahaja). Beza pdt dan pst bergantung kepada result spm. Siapa kredit addmath dan subjek lain mereka akan dimasukkan ke dalam pst, manakala yang kurang tinggi markah dalam addmath akan mengambil pdt. Ada juga yang rendah  english atau kimia yang perlu masuk pdt. Perlu memantapkan diri dahulu.

Tapi pdt ni lepas 2 sem dia akan belajar dengan budak pst jgk. Kuliah sekali tapi mereka dah jadi senior lah.  Walau beza setahun tapi seniorita tu tetap wujud. Ergh bagi Nuha beza setahun tu senior apa je. Bukan dok universiti beza 3 tahun.

Budak pst terkenal dengan kesibukan yang amat sangat dan tak cukup masa dengan assignment dan ujian lab test. Budak pdt dalam masa sehari tu ada yang cuma ada satu kelas sahaja. Tapi budak pdt tak boleh lari dari assignments yang terlalu banyak sehingga masa mereka untuk tidur lagi sikit berbanding dengan budak pst. Tapi kalau sejenis buat awal-awal assignment tu takkan terjadinya masalah tak cukup tidur ni. Haha

Tapi apa nak buat, pelajar kan suka benda last minute. Sebab tu lah minggu assignment kena hantar adalah hari yang paling sibuk. Semua kehulu-kehilir di pusat sumber sebab nak siapkan assignments yang perlu dihantar pada hari yang sama.

Tapi selalunya budak pdt ni akan jd top student bila masuk semester ketiga sebab dah jadi senior dan mereka dah belajar serba sedikit untuk sem yang seterusnya. Jadi tak hairanlah pointer mereka setinggi gunung everest. Kalau bagi pelajar bukan bumiputera seperti chinese dan indian mereka terdiri daripada pelajar straight A's masa spm dan mereka berada dalam golongan pst sahaja.

"Ok jom, aku nak duduk belakang. Lisa kau dok depan teman Syaf bawak kereta. Aku nak tido" ujar Nuha.

Semua sudah masuk dalam kereta. Syafiq membawa kereta keluar daripada resort dan mengambil jalan pantai. Sengaja Syafiq bawa kereta slow daripada biasa. Saja ambil angin pantai.

Tapi bagi Nuha percutian kali ini tersangatlah lain daripada kebiasaan. Terlalu lain. Entah apa yang lain. Tapi dia rasa sedikit sedih untuk tinggalkan tempat ni.

Atau sedih untuk berpisah dengan p. Mateen?

Heh! Tak mungkin.

Lisa juga termenung sambil memandang pantai. Hatinya tiba-tiba terasa sakit. Atau lebih tepat bencikan diri sendiri. Dia tidak mudah diduga. Tiada siapa dapat duga pemikiran Lisa. Dia gadis yang terlalu berbeza pandai menyimpan perasaan. Malah Nuha dan Syafiq tak pernah tahu rahsia di sebalik kehidupan Lisa yang terkemas rapi.

Dulu Noah adalah bahagia Lisa. Lisa juga bahagia Noah. Tapi kejadian yang masih segar dalam ingatannya menyebabkan dia sukar untuk memaafkan Noah.

Takdir tetap menemukan Noah dan Lisa berkali-kali sehingga mereka tidak boleh lari lagi dari menatap satu sama lain.

Noah dengan sikap tidak putus asa untuk mengejar Lisa kembali. Tapi dia bukan jenis memaksa. Tidak sekalipun dia pernah memaksa Lisa. Dan Lisa hampir jatuh hati sekali lagi dengan Noah. Tapi tetap dikeraskan hatinya agar tidak jatuh lagi dalam berbanding dulu.

Lisa bukanlah pemaaf atau pelupa. Sekali orang buat dia setahun belum cukup untuk maafkan orang itu.

Marahnya terhadap Noah tidak lagi surut. Biar itu telah berlalu tahun lepas.

Buat masa ini dia mahu fokus belajar. Cinta bukan prioriti baginya.

Termasuk Nuha. Si gadis yang tak pernah untuk mengenal apa erti cinta. Setakat crush berjuta tu biasalah.

Nuha dan Lisa sama-sama melayan perasaan. Sampai syafiq pon naik rimas.

"Hey! Korang kenapa diam ni? " tegue syafiq.

Kedua-dua berhenti mengelamun.

"Saje lah. Dengki betul mamat ni" jawab Lisa.

"Entah sibuk je" sambung Nuha.

"Eh nak salahkan aku pulak. Yelah tengok jelah pantai tu". Syafiq mengalah.

2 jam perjalan dan mereka telah sampai ke tanah merah, Kelantan. Syafiq menghantar Nuha dahulu.

"Thanks korang, jumpa 8 hari lagi. Ape-ape roger ok" Nuha keluar daripada kereta dan mengambil bagasinya.

Selepas Nuha syafiq menghantar Lisa pula.

"Bye Syafiq" ucap Lisa.

"Woi kejap! Aku nak cakap something ni"

"Apa? Cepat aku tak sabar nak meloncat atas katil aku ni"

"Kau jangan marah abang Noah lagi. Dia tak salah Lisa" ucap Syafiq.

Terkejut bukan kepalang Lisa. Macam mana syafiq tahu?

"Macam mana kau tahu pasal aku? " soal Lisa dingin.

"Noah tu sepupu aku. Aku tak tahulah apa masalah kau. Tapi aku nak kau tahu apa yang abang Noah buat haritu adalah sebab kawan dia. Bukan kerana dia curang" balas Syafiq.

Lisa terus masuk dalam rumah. Tidak berkata apa-apa lagi. Marahkan Syafiq.

Syafiq juga tahu. Huh.... Semua penipu!

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now