Bab 54

4.9K 240 0
                                    

Tepat pukul 12.30 tengah hari, Nuha and the gang berkumpul di kafe. Makan sama-sama. Memandangkan masa cuti je baru berkesempatan nak jumpa satu sama lain. Hari lain tak sempat dengan tutorial dan assignment bersepah. Sampai tak menang tangan nak jawab yang mana satu. Parah betul!

Syafiq boleh join sampai pukul 1 petang je. Sebab nak pergi solat jumaat pulak. Ni pon dah bersiap pakai baju lengkap nak pergi solat.

Sekarang kafe memang penuh dengan orang perempuan. Yang lelaki baru sibuk nak mandi, nasib si Syafiq ni rela berkorban sebab nak makan bersama. Baik kan si Syafiq ni.

Semua beli nasi bungkus, malas nak makan dalam pinggan. Sambil makan sambik berbual. Tak senonoh betul. Haha.

"Wei petang ni aku nak pergi gym. Jomlah pergi ramai-ramai" ajak si Lisa.

Hmm Lisa memang hantu gym.

"Ala habistu takkan aku nak jogging sorang kot"

Oh lupa, hari ni gym dibuka untuk wanita sahaja. Hari sabtu baru lelaki punya.

"Hmm, aku tak nak join. Aku nak round satu kolej je" Nuha macam biasalah. Gym bukan sebati dalam jiwanya.

Baik jogging je daripada lari atas treadmill tapi statik. Kalau jogging round kolej bolehlah jugak pandang pokok hijau. Lagi baik kalau terjumpa mamat-mamat hensem tengah jogging. Perghh boleh cuci mata beb!

"Coi! Kau ni selalu taknak pergi gym" Leen menyampuk.

"Ish, macam ni jelah kita berpecah. Lepas korang siap bermain dekat gyn tu marilah join kitorang pulak kita round kolej"

Dahlia beri kata putus. So sekarang dah ada dua kumpulan. Kumpulan pertama mestilah kumpulan yang nak pergi Gym yang disertai oleh Lisa dan Leen. Kumpulan kedua pulak ada si syafiq, Dahlia dan Nuha.

"Hah yang ni aku setuju" Nuha ikut je cadangan Dahlia.

"Tapi aku nak jalan je taknak jogging. Letih beb" sambung Nuha.

Lisa dan Leen hanya mencebik. Tahu sangat sisi tak proaktif Nuha tu.

"Kau ni jogging pon berkira, padahal nak buang lemak dekat badan kau jugak" sampuk Syafiq.

"Ala, malas lah. Kan cuti ni biarlah aku ambik angin dengan yang ringan-ringan je. Peluh pon keluar sedikit" jawab Nuha sambil sengih.

"Hmm kau sorang jelah Nuha, kau sorang je nanti pakai selipar, yang lain pakai kasut"

"Yang ni aku lagi suka. Aku kan tak suka pakai kasut" Nuha ketawa galak.

Yang lain hanya buat derk dan...

"Coi! " Dahlia, Leen, Lisa dan Syafiq menyebut serentak.

Sehinggalah semua ketawa terburai.

Bahagia boleh kumpul ramai-ramai macam ni. Nanti ambik degree hmm semua berpisah, entah belajar kat mana semua.

Mereka menikmati makan tengah hari. Syafiq gelojoh makan sebab gang lelaki dah nak gerak ke masjid awal. Ada program hari ni.

Tinggal yang gang perempuan jelah. Mereka galak bergosip dan bercerita macam-macam. Hampir pukul 2 baru semua beransur pulang ke blok masing-masing.

Sementara menunggu Asar untuk keluar beriadah mereka semua menyiapkan homework dan lakukan perkara yang berfaedah. 

Tepat pukul 5.30 petang Nuha dan Dahlia dah siap sedia menunggu di kawasan bukit. Tunggu si Syafiq tak sampai-sampai. Sakit perut katanya. Dua suruh round dulu kawasan kolej, nanti round kedua baru dia ikut. Cewah cantik muka dia. Tapi Lisa dan Leen pon akan join Nuha dan Dahlia lepas mereka habis round kedua.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now