Bab 63

4.4K 208 6
                                    

Petangnya Nuha mengikut Lisa dan Syafiq jogging. Dahlia ada kerja kursus yang perlu disiapkan manakala Leen sakit senggugut.

"Kau kenapa Nuha? Macam bad mood je? " tanya Syafiq.

"Takde apa lah" jawab Nuha. Mereka jogging menuruni bukit.

"Ye lah tu takde apa-apa" balas Lisa.

Syafiq dan Nuja berpaling ke arah Lisa.

Aik? Selalunya Lisa takkan pernah tanya.

Hmm pelik.

"Weh, syaf jom kita keluar minggu depan. Last keluar kan. Kau mintaklah surat dekat Hep. Ramai jugak laki mintak kebenaran nak keluar satu kelas. Date terakhir katanya. Jomlah" ajak Nuha.

"Hmm boleh je, nantilah aku ambik surat tu besok"

Nuha hanya mengangguk. Lisa berhenti di tasik. Telefonnya dibuka. Mahu megambil gambar tasik di waktu petang.

"Hmm, si Lisa tu dah melekat dekat tasik tu, kau teman lah dia. Aku tunggu dekat bangku depan blok. Lama dah tak jogging sensorang" ujar Nuha.

Syafiq hanya mengangguk. Dia dan Lisa membincangkan angle untuk kesan gambar yang realistik. Fantastik dan bombastik!

Nuha elok je jogging. Tiba-tiba rasa macam ada orang ikut je? Nak pusing belakang ke tak?

Nuha berkira-kira tapi dia tak endahkan. Biasalah mesti ada jugak pelajar yang jogging time macam ni.

Bap! Bunyi batu jatuh ke kakinya. Nampaknya dilempar dari arah belakang. Nuha pantas berpaling.

Eh takde sape? Bia betik.

Sekali nak pusing depan balik.

"Boo! "

"Arghh" tempik Nuha. Dia pejam mata dan memukul orang di hadapannya.

"Aduh! Sakit lah wei! Agak-agaklah budak" marah P. Mateen.

Nuha pantas membuka matanta. Dia menghembus nafas lega. Dia meneruskan perjalan. Kali ni dia berjalan sahaja.

Nuha meninggalkan p. Mateen yang terkebil-kebil di belakang. Entahlah rasa sakit hati tadi masih bersisa. Ada dua minggu lagi sebelum study week. Dan waktu study week dan takde outing day lagi dah. Minggu depan dia ada date dengan geng dia. Ada satu minggu lagilah. Nak keluar dengan p. Mateen lagi ke?

Haih. Malas dah nak keluar. Sakit hati je.

"Sorry kalau kau marah pasal tadi" p. Mateen memarik lengan baju Nuha supaya berhenti melangkah.

"Tak marah pon, tapi rasa macam hati retak je"

P. Mateen memandang muka Nuha. Nuha tak memandang muka p. Mateen.

Kali ni biarlah dia merajuk lama sikit. Dia tak pernah merajuk dengan p. Mateen. Kalini biar p. Mateen yang sakit hati"

"Sorrylah. Nuha janganlah dingin camni"

Tapi Nuha buat derk je.

Ergh Kesabaran p. Mateen ada hadnya.

"Ok kalau kau nak merajuk then let it be. Tapi aku takkan halalkan ilmu yang aku dah bagi dekat kau" kalini p. Mateen yang meninggalkan nuha.

Hah sudah! Bapak weh! Dahlah aku pandai fizik sekarang sebab dia. Mampus aku exam kalau dia tak halal ilmu dia.

Kejam bebenor my hot lecturer ni.

Nuha pantas mengejar.

"Ok-ok tak merajuk and tak nak marah-marah dah" Nuha memegang erat baju p. Mateen.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now