Bab 65

4.9K 239 15
                                    

Hari ni hari khamis. Nuha bangun agak lewat. Pukul 6.30 pagi dia tersedar. Allahu.

Dia bergegas untuk mandi. Bersiap pon ambik masa 30 minit weh. Tu habis simple dah tu.

Waktu dia pakai tudung, dia nampak wajahnya dalam cermin.

Dia sepatutnya sedar diri. Langsung tak layak untuk bertanding dalam memenangi hati p. Mateen.

Jauh beza dengan Miss Hanis yang cantik, comel dan putih tu. Dia apa je yang ada? Kulit sawo matang. Jauh beza dengan p. Mateen yang putih kekuningan itu. Dahlah tak bijak sangat. Baru dia sedarkah perbezaan besar mereka itu?

Dia menganggap kisahnya dengan p. Mateen sebelum ini bermula hanyalah mimpi.

Dia senyum manis dalam cermin.

'U can do it Nuha' dia ada kehidupan yang baharu sekarang.

Alhamdulilah ada kawan yang baik pon dah jadi satu anugerah yang besar untuk dia.

Ye Nuha Irdina seorang yang kuat. Ini semua hanyalah mimpi! Mana ada sir Mateen pernah bercinta dengan Nuha. Itu cuma khayalannya.

Nuha perlu anggap ini semua mimpi.

Dia berjalan ke kelas dengan senyuman yang tak lengang di bibirnya.

Hari ni dia cubalah pakai lipmatte terang sikit. Nampak berkeyakinan gitu. Lagipun dalam kelas pengajian am hari ni dia ada interview.

Ketika berjalan menuju ke perpustakaan. Dia bertembung dengan p. Mateen.

Namun p. Mateen menganggap dia tidak wujud.

Kan dah cakap Nuha cuma mimpi sebelum ni! Dia dan p. Mateen mana pernah bercinta dalam realiti. Yeay!

Nuha semakin riang.

Nuha.. Nuha kau sedang perbodohkan diri sendiri ke apa ni.

Ye cincin itu masih utuh di jari!

Nuha muram kembali. Ini bukan mimpi. Jadi kenapa p. Mateen buat endah tak endah je tadi?

Kelas akan bermula dalam 10 minit lagi. Dia berjalan menuju ke tingkap perpustakaan. Di situ dia ternampak p. Mateen dan Miss Hanis berbual.

P. Mateen menolong Miss Hanis mengangkat kotak buku.

Ouh! Padanlah dia buat derk je tadi. Rupanya nampak buah hati dari jauh.

Haha. Nuha ketawa. Matanya berair.

Gila Nuha dah gila. Dia bolek ketawa sambil menangis dalam waktu pagi macam ni?

Hebat sungguh penangan p. Mateen ni kan. Nasib esok cuti. So dia tak payah nak hadap muka diorang berdua.

Agak-agak Miss Hanis bagitahu dekat p. Mateen ke tak eh yang Nuha dah tahu tentang diorang berdua?

Nuha sengih sinis.

Dah tentulah Miss Hanis takkan cakap sebab p. Mateen yang suruh Hanis rahsiakan benda ni.

Nuha tahu. P. Mateen sengaja tak nak hebohkan benda ni sebab tak nak dia tahu.

Aha! Kantoi jugak akhirnya.

Dasar p. Mateen bodoh!

Miss Hanis pon bodoh!

Dan si Nuha pon bodoh jugak!

Senyuman sinisnya makin terserlah. Nuha tak pernah senyum sinis. Dan ini pertama kali dalam hidupnya.

"Nuha, kau ok tak ni? " tegur Leen. Dia menepuk bahu Nuha.

Nuha bagaikan tersedar.

"Ye ok jelah"

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now