Bab 71

7K 293 17
                                    

"Lid, ni surat yang arwah ibu kamu suruh abah serahkan. Bacalah. Dan kamu akan faham apa yang berlaku"

Setelah seminggu sampai ke Malaysia hari ini baru Tengku Mikyad serahkan apa yang berlaku 17 tahun lalu.

Dia menarik nafas panjang-panjang. Bismillah.

Kepada anakku Maulid,

Pertama sekali kalau kamu baca surat ni ibu yakin ibu dah tiada di sisi kamu. Kalau ada takkan wujudlah surat ni. Hehe.

Ingin ibu jelaskan di sini. Ibu sangat sayangkan Maulid ibu ni! Maulid adalah anugerah buat ibu dan abah.

Ibu ingat ibu boleh melihat kamu membesar, berkhawin dan punya cucu. Tapi takdir Allah lagi indah. Ibu ada kanser rahim tahap 4. Doktor kata peluang ibu untuk pulih sangat tipis.Jangka hidup ibu juga tidak panjang. 3 bulan sahaja lagi.

Janganlah kamu benci Nuha sekeluarga sebab ibu yang dah bunuh ayah dia dan menyebabkan dia buta jadi ibu tawarkan mata ibu sebab ibu tahu ibu akan mati cepat atau lambat je.

Nuha anaknya riang dan sangat sayangkan abahnya. Mujur umi Nuha sanggup memaafkan ibu. Ibu disabotaj Lid! Bukan salah Ibu! Namun ibu juga adalah penyebab kematian ayah Nuha.

Ibu dah fikir masak-masak untuk dermakan mata ibu kepada Nuha. Nuha masih kecil Lid.
Jagalah dia sentiasa! Kerana dia yang banyak terluka.

Ibu tulis wasiat ni sebab ibu tahu Maulid akan bencikan Nuha atas kematian Ibu nanti. Tapi percayalah nak, ibu buat semua ni ikhlas. Biarkan mata ibu terus hidup di wajah dia. Sekurang-kurangnya kalau Lid rindukan ibu Lid boleh tatap mata dia.

Sampai di sini sahaja. Tangan ibu dah letih nak menulis ni!

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now