Bab 36

5.4K 245 11
                                    

"Alamak, apalah masalah aku ni" Nuha berlari anak untuk ke dewan kuliah besar. Hari first kan memang hari kuliah sedunia lah.

Sekarang dah pukul 7.55 pagi. Dia ada 5 minit lagi sebelum kelas bermula, sebab tu lah dia tengah lari sekarang ni.

Ada setengah lecturer mementingkan ketepatan masa. Tapi sebagai seorang pelajar kita kenalah pandai tepati masa.

Tengah syok lari dengan kain kurung yang sempit tu dia terlanggar pulak seseorang.

"Sorry-sorry, saya nak cepat" tanpa Nuha perhatikan wajah tersebut, dia terus menyambung lariannya.

"Eh aku ni tengok muka dia pon tak, kalau lecturer tu mati aku. Ah gasaklah! Lambat masuk dewan lagi malu sebab semua pandang macam nak telan"

Yelah kalau lecturer dah start mengajar, kau pulak baru masuk dari pintu depan memang sah-sahlah cari perhatian namanya tu. Tapi kam dah cakap Nuha tak suka perhatian. So jalan selamat adalah guna pintu belakang, biar jauh asal tak tarik perhatian orang.

"Haraplah laki tu tak ingat muka aku" Nuha hanya mengeluh.

Tapi konfem lelaki tadi tak ingat, yelah bukan dia sorang pelajar dekat kolej ni. So kebarangkalian nak jumpa orang sama tu 30% je. Gerenti.

Dan akhirnya Nuha selamat masuk ke dalam dewan. Nasib Leen dah simpan tempat untuknya. Jadi bermulalah kuliah untuk 3 subjek. Maknanya 3 jam lah dok dalam tu. Ada aircond lama mana pon boleh. Si Nuha ni minat sangat dengan aircond.

Katanya boleh jadi putih. Hahaha katanyalah!

..........................

Tanpa disedari, lelaki yang dilanggar Nuha tetap membatu di situ. Diperhatinya gerak geri Nuha sehingga Nuha masuk ke pintu belakang dewan kuliah.

Dia hanya tersenyum sipi.

"Saya akan cairkan semula hati awak Irdina. Macam 3 tahun dulu"

"Maaf sebab tinggalkan awak tanpa khabar berita, saya ingat saya mampu lepaskan 'kita' tapi saya silap. Hanya Irdina seorang je yang saya tunggu"

Lelaki itu hanya menggumam perlahan. Sungguh, kerana silapnya yang mahu menumpukan pelajaran 100% sehingga sanggup memutuskan hubungan yang telah terbina lama. Dia bodoh, ye memang dia akan lagi fokus belajar tanpa cinta. Tetapi Nuha sanggup menunggu kalau dia minta.

Lelaki hanya menyambung langkahnya.

................................

"Lambat kau bangun tadi" tegur Zarif.

"Eem nyenyak sangat tido semalam, mimpi orang tercintur" balas p. Mateen mendatar.

Zarif hanya ketawa.

"Siapa orang tercintur tu? Tak nak kongsi ke? " saja Zarif nak ajak p. Mateen berbual.

"Eh tak payah tahu lah. Kau tu ape cita? Dah ada buah hati belum? "

"Hmm susah aku nak cakap. Hahaha"

P. Mateen hanya menggeleng perlahan. Zarif dan Rian sahaja yang p. Mateen susah nak jangka. Kalau si Noah tu dia dah dapat jangka sebab dia dan Noah kenal dah lama. Dari sekolah menengah sekali sampailah jadi lecturer dekat tempat yang sama.

P. Mateem, Zarif dan Rian memulakan tali persahabatan mereka ketika betjumpa di tempat belajar yang sama. Mereka dari program pelajar cemerlang ataupun dikenali sebagai PPC.

Ppc ni program untuk budak matrikulasi yang cemerlang. Mereka akan mendapat tajaan sepenuhnya untuk belajar di luar negara dan setelah tamat belajar mereka akan menjadi pensyarah selama 5 tahun. Kalau nak sambung jadi pensyarah hah sambung jelah.

"Dahlah, kita mengopi malam nanti jelah. Aku ada kelas ni" p. Mateen segera menyimpan barang untuk dibawa ke kelas tutoran.

"Ok, kita dok rumah sama je. Takyahlah over nak mengopi bagai" jawab Zarif dengan ketawa.

Kemudian masing-masing membawa haluan sendiri. Zarif ada kelas dekat library al maklumlah dia pensyarah bahasa Inggeris. So lengang sikit. Kalau p. Mateen sibuk nak fahamkan pelajar tentang Fizik, Rian dengan Noah pula sibuk kena terangkan konsep biologi. Nasib dia tak mengajar bidang sains. Bahasa Inggeris tak busy sangat sem 2 ni sebab ramai dah pelajar ambik exam muet. So sem 2 banyak kepada assignment dan community project.

Hah community project ni nak akhir-akhir sem semua pelajar memggelupur nak siapkan project ni. So masa tu unit BI busy lah. Sekarang ni wak lek wak peace!

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now