Bab 39

5.2K 263 1
                                    

Inilah harinya. Hari yang paling menakutkan dan mendebarkan. Bagi sesetengah orang pandai maka terujalah. Bagi Nuha dengan Leen.. Hmm hampeh rasa nak terjun bangunan je beb.

Pukul 10 pagi keluarlah result. Hailah baru sekarang Nuha tahu dia bukan budak sains. Sepatutnya tak payah masuk kolej matrikulasi. Hmm nak patah balik pon dah terlambat. Berhuhu jelah!

Tepat pukul 10 pagi. Nuha check result, malangnya tak seperti yang dia mahukan 3.0 pointer pon tal dijejakinya. Leen pon sama! Tak tahu nak nangis ke ketawa.

Sampai menangis Nuha dengan Leen hari tu. Group whatssap pula tak habis-habis berbunyi. Alhamdulillah Syafiq dapat 4flat. Macam yang dijangka. Lisa pula 3.5. Hmm tapi Nuha dengan Leen dah takde peluang. Sebab pointer sem 1 lah yang digunakan untuk isi upu.

Pointer tak sampai 3. Hmm terkuburlah nak jadi budak sains tu.

"Wei, aku nak mintak degree kesusasteraan Melayu dah lepas ni" ujar Nuha. Sedih

"Hmm aku pon, nak jadi cef dekat restoran 5 bintang" jawab Leen pula.

Masing-masing mata merah.

Sampai ke petang belajar tak fokus. Nasiblah nak!

"Takpe untuk sem 2 kita berjuang sehabis baik ok"

Leen hanya mengangguk.

"Jomlah balik bilik."

"Hmm, jomlah kita. Aku nak baca novel. Nak move on" senang je Nuha ni nak move on.

Tetapi Leen jenis overthinking, mana mungkin dia boleh move on sepantas Nuha.

Mereka berjalan beriringan. Dapat dilihat pelajar bangsa cina dan india yang senyum lebar hingga ke telinga. Ramai jugak melayu yang dapat 4flat pon.

Tapi Nuha dengan Leen dah jadi kes terpencil. Tak boleh nak ambik degree bidang sains dah. Persaingan sengit!

Memang mereka nak jumpa kaunselor dalam masa terdekat ni. Manalah tahu ada jalan keluar. Yelah, dah tak cerdik ni bolehlah tanya pendapat pakar.

Ting! Bunyi whatssap.

Leen dan Nuha terus buka aplikasi itu di telefon masing-masing.

"What! Awalnya do, aku tak sempat nak layan kesedihan lagi ni. Huhu" Leen mengeluh.

"Hmm apalah nasib, minggu depan dah start dah kelas tambahan ni" sedih Nuha.

Baru je nak buat drama sedih tapi tak menjadi pulak. Dia tambah hal baru.

Para pelajar yang mendapat gred c/c+ dalam Fizik akan dikenakan kelas tambahan. Satu kelas ada 8 hingga 10 orang dengan lecturer yang berbeza. Lagipun sikit je pelajar yang dapat grem rendah.

"Hmm khamis ni dia bagi senarai nama, aku harap kita tak split lah. Nangis aku kalini"

"Ye aku pon taknak terpisah dengan kau, entah dapat lecturer mana entah ni. Kalau boleh dengan sir Rafizi tu hmm habislah kerja bertimbun"

"Ye do, kalau boleh sir Mateen tu dapatlah cuci mata jugak kan? " Leen tersemgih gatal.

Nuha dah naik geli. Dia hanya mengangguk malas. Dia lagi suka kalau tak jadi pelajar p. Mateen. Entahlah janggal pulak. Lagipun dia tak nak dekat dengan p. Mateen yang perangainya semakin pelik setiap hari. Kes hari tu pon tak minta maaf lagi.

Hailah masalah betul.

"Oklah, jumpa esok Leen. Malam ni takde mood nak makan dekat kafe"

"Ok"

Mereka berpisah haluan kerana jalan ke blok masing-masing yang terpisah.

..............................

"Ergh malasnya aku" keluh p. Mateen di beranda rumah.

Malam yang sejuk, Bintang yang berkerlipan dan bulan yang terang.

"Rileklah bro" Zarif menghulur satu mug cofee.

"Thanks" p. Mateen menyambut baik air kopi buatan Zarif.

Sape je dalam rumah ni tak suka buatan tangan Zarif. Selalunya Zarif yang masak. Dan air kopi dia memang kedai janda seberang siam pon tak boleh lawan keenakan kopi buatan Zarif.

"Apa yang malas? " zarif ramah bertanya.

"Hmm, ada kelas tambahan Fizik. Start minggu depan untuk budak kurang cemerlang"

"Laa, rileklah. Aku ingat kecoh apa je tadi"

"Rileklah sebab kau hanya ajar orang untuk exam muet. Aku ni dahlah banyak konsep dan cara kena fikir biar pelajar senang nak faham"

Zarif hanya sengih.

"Lagi pula, kena ajar budak kurang cemerlang. Leceh kau tahu tak" sambung p. Mateen.

"Relax lah Teen, jangan rasa terbeban. Kau jugak nak jadi lecturer kan? Takkanlah nak mengalah. Bila ajar kena cara konfem mereka akan lagi berjaya"

Kata-kata pujukan Zarif tadi meresap dalam jiwanya. Dulu dia sanggup bergaduh dengan Ayahnya semata-mata untuk mengejar cita-citanya sebagai lecturer. Takkan semudah itu dia mengeluh.

"Ye, faham bro. Thanks sebab sedarkan aku"

"No need, aku nasihat ni sebab aku tak nak kau menyesal sama macam aku"

"Betapa aku harap masa tu ada orang bagi nasihat dekat aku supaya janggan tinggalkan orang aku sayang supaya aku tak rasa menyesal macam sekarang" sambung Zarif lagi.

P. Mateen berkerut dahi.

"Apa kau cakap ni?"

"Nothing lah, aku cuma tak nak kalau ada rasa menyesal bila kita tak hargai apa yang kita ada sekarang" jawab Zarif lembut.

P. Mateen malas tanya dah. Jadi mereka menghabiskan masa minum kopi di beranda tengah malam sambil merenung nasib sendiri atau mungkin juga fikirkan orang yang sama?. Noah dengan Rian dah lama dah K.O sejak pukul 10 malam lagi. Letih mengajar katanya.

Di saat kamu hilang dari mata
Aku tetap setia menunggumu,
Namun tiada jawapan.

Sehinggalah jiwa aku pulih semula,
Dan di saat itu,
Kau takkan lagi jadi milikku

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now