Bab 15

6.6K 337 4
                                    

Setelah agak jauh dari bilik tersebut. Nuha berhenti.Nafasnya tercungap-cungap. Dia cuba menarik nafas dalam-dalam mahu melepaskan hutang oksigen sebentar tadi.

"Wuish! Bala apakah ini! " tempik Nuha. Seram siot.

Tadi baru dia nak cakap tentang 4LHGB datang sini dekat Lisa. Alih-alih Lisanya tak jumpa tapi p. Mateen pulak yang muncul. Dahlah dengan tuala separas pinggang. Aduh nampak menarik jugam otot dia tadi. Nuha tersengih.

Namun segera ditampar pipinya. Agak kuat.

"Gila! Apa kau buat ni Nuha. Memalukan betullah. Sekarang ni mana no bilik aku yang betul ni? " Nuha bingung.

Pantas nombor Lisa didail. Selang beberapa saat. Panggilan itu diangkat.

"Woi!! Bilik kita no berapa... Bukan no 6 kan gila?? " tempik Nuha sekuat hati.

Lisa yang masih mamai terus bangun bersila di atas katil. Terkejut bukan kepalang dia. Sebelah telinganya sudah tuli akibat tempikan Nuha yang maha kuat tu.

"Aduhh! Sakit lah telinga aku ni minah! Tak payahlah jerit-jerit. Kau apahal? " marah si Lisa. Lenanya sudah terganggu.

Mood swing lah katakan!

"Apahal kau kata! Kepala otak kau! Kau bagi no bilik salah lah ngok! Dan kau tahu aku tersalah masuk bilik siapa? " tanya Nuha. Suaranya sudah mengendur sedikit.

Biceps di lengan p. Mateen sempat diimbas kembali dalam benaknya. Namun cepat-cepat digelengkan kepala agar semuanya hilang. Gila. Hot jugak lecturer aku tu!

Heh Nuha! Bukan kau tak suka ke dekat p. Mateen? Pantas pipinya ditampar buat kali kedua.

"Eh salah ke.. Hehehe.. No bilik kita no 9 lah" Lisa sengih. Macamlah si Nuha tu nampak!

"What! Ergh Lisa I wanna kill you right now!! "

Tempik Nuha sekuat hati. Manusia yang berada di sekelilingnya tidak dihiraukan langsung. Marahnya masih belum dapat disurutkan oleh sesiapa buat masa ni.

Lisa buat derk aje. Malas nak layan amarah Nuha.

"Err bilik siapa kau salah masuk tu? " lembut Lisa bertanya.

"P. Mateen" ucap Nuha perlahan.

"What! Gila kau! " ujar Lisa

Heih ni semua takkan jadi kalau si Lisa tu tak cakap no bilik yang salah!

Memalukan betullah!

Nuha pantas berjalan ke bilik bernombor 9. Terus diserbu bilik tu.
Nuha pantas memukul pinggul Lisa yang baring secara meniarap.

"Binawe punya kawan! " marah Nuha.

Lisa pantas bangun. Rasa sengal di pinggul masih terasa. Sakit siot!

"Aduh! Ampun mak.... Aku tersalah tadi sebab aku mengantuk, sorry eh" Lisa tayang sengih.

Nasib si Nuha ni jenis cepat panas dan cepat sejuk. Berlawanan dengan sikap Lisa. Lambat panas dan lambat sejuk. Si Lisa ni kalau marah.. Fuh seminggu pon dia tak boleh tengok muka orang yang dia marah tu. Seram sehh!

"Hmm.... Haih! Tapi cuci mata aku sekejap" Nuha menayang sengih.

Lisa hanya menjongketkan kening.

"Apasal? " tanya Lisa.

"Tadi P. Mateen baru je keluar dari bilik air. Dahlah tak pakai baju, pakai towel dekat pinggang je" ujar Nuha selamba. Tapi berdegup kencang jantungnya saat ini.

Entah letih berlari ke apa?

"Perghh.... Hot tak body dia? " tanya Lisa gatal.

"Hmm.. Boleh tahan lah"

Mereka sama-sama ketawa. Malam ni mereka akan keluar makan dengan syafiq dekat tepi pantai. Harapnya tak terjumpalah si p. Mateen tu.

.........................

P. Mateen duduk di birai katil. Apa yang dia nampak tadi? Bukan Nuha ke tu?

"Budak tu buat apa dekat sini? Takkan bercuti jugak kot. Haih apalah nasib dapat belanja free body hari ni"

P. Mateen hanya ketawa lucu mengingatkan muka Nuha yang terkejut bukan kepalang itu.

"Eh jap! Kalau dia bercuti dekat sini jugak. Maknanya.... " p. Mateen berhenti bercakap.

Mulutnya hanya tersenyum manis. Entah apa yang ada dalam fikirannya.

Hmm.. Sama-sama kita nantikan?

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now