Bab 51

5.2K 250 2
                                    

Tepat pukul 10.30 malam p. Mateen selamat sampai ke kolej semula. Harapnya si Zarif tak memumculkan diri di hadapannya.

Entahlah dia rasa kurang senang dengan Zarif. Atau mungkin dia sedang cemburu?

P. Mateen masih di dalam kereta. Enjin tidak dimatikan lagi. Saja nak ambik bau aircond kereta. Memikirkan yang dia cemburukan Zarif dia jadi kusut.

Kepalanya pantas menggeleng.

"Of course lah Nuha akan pilih aku sebab Zarif masa lampau dia. Dan aku bakal menjadi future man dia"

Tiba-tiba semangatnya berkobar. Yelah kalau diikutkan dia sudah menang tanpa bertanding. Pakej pada dirinya sudah lengkap untuk dinobatkan sebagai juara.

Dia ada rupa, ada harta, prince charming lagi bak hang! Baik... Erm baik ke? Ok itu out of list. Itu antara dia dan Tuhan.

Tapi zarif pon ada rupa ada harta. Setanding dengan dirinya.

Hailah!

"Ish apa aku ni, bukan nak prepare bahan pelajaran untuk esok ni. Dah lah fikir benda mengarut ni. Ada jodoh maka adalah. Asal jangan perbodohkan diri sudah"

Padu nasihat untuk dirinya yang satu itu.

Memikirkan untuk menyiapkan bahan pelajaran kuliah esok, dia pantas mematikan enjin kereta.

Perlahan dirinya naik ke rumah.

"Hah pergi mana lewat-lewat tadi? " tanya Zarif sebaik sahaja pintu dibuka.

Dan kejanggalan di dalam diri p. Mateen muncul. Tak pernah seumur hidupnya untuk merasa janggal dengan lelaki lain.

"Keluar" jawab p. Mateen ringkas.

"Yelah pergi mana? "

"Yang kau nak tahu sangat ni kenapa?  Bukannya aku keluar dengan ex kau pun"

Mata Zarif sedikit membesar.

"What? Apa ex-ex ni? "

"Sajelah cakap, nampak kau gelabah tanya soalan macam aku pergi date dengan gf kau je"

"Ouh, tapi kau tahu ke aku ada ex?"

"Manalah aku tahu" matanya dijulingkan ke atas.

"Hmm jangan tido lambat. Nanti kang lecturer ke laut pelajar ke bulan"

"Yelah, nak masuk tido lah ni. Tapi nk prepare untuk kuliah esok sikit"

"Ok nite bro"

Macam manalah p. Mateen nak benci zarif sebab zarif selalu ambik berat tentang dia. Masa study dulu si zarif lah yang banyak tolong dia. Persahabatan mereka bukan demi kepentingan diri namun kerana Tuhan yang menemukan mereka untuk bersahabat.

Tapi dia tidak tahu masa depannya bagaimana. Kalau semua ini terbongkar. Masihkah Zarif akan menganggapnya sahabat?

Biarlah masa yang menjawabnya.

..........

Nuha menyiapkan homework. Fikirannya sudah tenang dari p. Mateen dan Zarif. Sekarang fokusnya untuk belajar sahaja.

Leen yang sedari tadi sudah berada di atas katil Nuha memandang Nuha pelik.

"Nuha kau pergi mana tadi? "

"Pergi mananya? "

Dia berhenti daripada menulis. Badannya dipusing ke arah Leen.

"Tadi roomate aku nampak kau keluar. Tapi kita kan dah keluar, so aku peliklah macam mana kau keluar balik. Kau pergi mana?"

"Erm salah nampak kot"

Nuha gelabah. Macam mana dia nak jelaskan ek? Sedangkan Syafiq dan Lisa pon tak tahu tentang ni.

"Tak mungkinlah. Kawan aku rabun je bukan buta macam kau"

Leen ketawa.

Tiber!

"What kau cakap aku buta Leen? "

Mata Nuha dibuka besar. Sengaja nak nampak marah. Tapi dia tak marah pon. Dia kan hati keras. Bukan hati tisu yang mudah terguris.

"Sorry, tapi betul ke tidak kau keluar tadi? " Leen kembali serius.

"Taklah, aku nak pergi mana lagi? Roommate kau salah nampak kot. Dahlah sambung homework tu nanti Miss Naziah nak check esok"

"Coi!  Hmm yelah-yelah"

Nasib Leen percaya. Nafas kelegaan bisa dihembuskan.

Sorry Leen, nanti sampai masanya aku cerita.

Nuha hanya mampu berkata di dalam hati.

...............

Lisa siap berkemas untuk esok. Malam ni dia dah siap kerjanya lebih awal. So baik dia layan movie lepas ni.  Lagipun baru pukul 11 malam. Mana syok tidur awal.

Bunyi notifikasi whatssap di atas katil. Di pandang sekilas. Entah siapa yang whatssap.

Habis je kemas meja terus dia merangkak ke katil. Aplikasi whattsap dibuka.

Mesej dari Noah.

Nuha ada dekat bilik dia ke? ~N

Lisa naik hairan. Apakes tanya pasal Nuha.

Manalah tahu~ L

Ouh ingatkan Lisa ada dengan Nuha skrg~N

Takde~L

Kemudian Noah menelefon Nuha.

Terus diangkat kerana dia tahu ini tentang Nuha.

"Ye nak apa? "

Lisa jawab dengan malas.

"Tak abang nak tanya je kalau-kalau si Nuha tu baru balik. Sebab p. Mateen pon baru balik tadi"

"Laa apakes Nuha ada dengan sir Teen. Dia keluar dengan kitorang tadi. Dia ada dekat bilik dialah. Kenapa abang tanya? "

"Tak sebab tadi p. Mateen keluar dengan Nuha"

Lisa terkejut. Sedikit kaget kerana dia tak sangka Nuha sudah berani keluar dengan lelaki tanpa pengetahuannya dengan Syafiq.

Tapi Lisa pasti Nuha ada rahsia yang disembunyikan daripadanya. Sedangkan Nuha pon tidak tahu kewujudan Noah dalam hidup Lisa.

"Erm Nuha ada je dekat bilik. Dia tak keluar malam tadi. Sebab kitorang dinner sekali"

Noah lega. Dia takut p. Mateen tu buat kerja gila usung anak dara orang ke luar lagi-lagi tu pelajar mereka.

"Ok, takpelah abang tanye je. Risau kalau mereka keluar berdua. Dan kalau boleh Lisa nasihatkan Nuha supaya jangan terlalu rapat dengan p. Mateen takut kelak hati dia akan luka"

"Ye, oklah Lisa sibuk ni. "

"Ok, bye"

"Bye"

Dia tahu kata-kata Noah bukan omongan kosong.

Tapi apa dia boleh buat? Dia tak suka masuk campur hal orang lain.

Haih!

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now