Bab 57

4.4K 216 3
                                    

Pukul 1.15 mereka keluar dari kafe tersebut. Katanya p. Mateen nak bawak Nuha tempat best dan belum tentu budak matrik kelantan dapat sampai ke sini. Hmm entah dekat manalah tu kan?

Masuk je dalam kereta, mereka pakai tali pinggang keledar.

"Kejap lagi dah masuk zohor, kita berhenti dekat masjid terdekat lah eh" kata p. Mateen.

Nuha hanya mengangguk, dia tak menjawab sebab tiba-tiba rasa perut nya memulas.

Nak kata datang bulan kan memang dah datang habis sakit kenapa eh? Nak ke toilet pon tak nak. Hadui!

Ouh ke sebab pagi tadi lupa breakfast? Datang dekat kafe tu pon makan kek, memang patut lah perut masuk angin.

Nuha pegang perut, berkerug sikit dahinya, sakit ya amat! Gastrik ke?

P. Mateen yang perasan ketidaknyamanan Nuha terus bertanya.

"Ok ke tak ni? Nampak pucat je ni" tegur p. Mateen.

Tali pinggang dibuka, mahu selesa bila berpaling ke arah Nuha..

"Sakit perut sir, rasanya masuk angin ni" Nuha sengih paksa.

"Kau tak breakfast ke ?"

"Tak sempat tadi sir, saya bangun lewat" jawab Nuha mudah.

P. Mateen hanya menggeleng perlahan.

"Macam-macam lah kau ni budak. Diri sendiri pon tak terjaga ni. Macam manalah aku nak lepaskan kau ke dunia luar ni. Hailah" keluh p. Mateen.

P. Mateen pakai semula tali pinggang keledar. Gear R ditarik. Waze dibuka, nak cari masjid terdekat.

"Kau carilah minyak angin dalam dashboard tu. Cari elok-elok"

"Ye, saya tahu lah. Bukan nya budak lagi ni layak jadi mak budak dah ni" jawab Nuha selamba.

Tali pinggang dibuka, Nuha nak rasa bebas. Dia buka dashboard cari minyak angin.

Tak sampai seminit dah jumpa. Minyak angin jenama C-Kay. Hmm balm ni bau lavender! Pandai p. Mateen  pilih bau yang harum. Eh tapi ni kereta Noah. So Noah lah yang pandai pilih. Haha

Tapi nak pakai macam mana pulak ni? Nak urut perut lagi takkanlah nak buat  depan p. Mateen kot?

"Kenapa tak letak dekat perut tu? " tanya p. Mateen lembut.

"Eee, sir gila ke nak pakai depan sir. Tak payah, nanti dekat masjid saya pakai" p. Mateen hanya ketawa kecil.

Baru terasa logiknya di situ! Ye tak ye jugak kan. Dahlah berdua je dalam kereta ni. Elok satu tangan je urut Perut tiba ada satu lagi tangan gatal. Hah jangan buat maksiat! Kena pelangkung dengan mak bapak sia-sia je ni. Haha

Nuha hanya membelek ubat itu. Balm homemade rupanya. Patutlah bau sedap.

Tapi akibat lampu isyarat di depan sudah bertukar merah, si p. Mateen brek mengejut dahlah Nuha tak pakai tali pinggang keledar, kepalanya hampir terhantuk dashboard tetapi sempat dihalang oleh tangan p. Mateen.

Tapi masih terasa sakitnya akibat inersia tadi.

"Auch! Sakit lah sir! Apasal bawak laju dekat kawasan lampu isyarat tu. Nasib tak hilang ingatan je" bebel Nuha.

Gear p ditolak sebab lampu isyarat dekat simpang 4 ni lama.

"Sorry lah aku tak dapat predict tadi. Dah duduk elok-elok pakai tali pinggang keledar tu" arah p. Mateen.

Tapi Nuha menurut perintah yang disayangi tu.

Klik!

"Dah pakai" ceria Nuha.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now