Bab 16

6.5K 320 8
                                    

"Aduh manalah budak dua ekor tu! Dah lenguh jari aku yang cantik dail nombor mereka ni! " keluh Syafiq.

Dah 20 minit dia menunggu di hadapan pintu bilik yang didiami Lisa dan Nuha.

Rasanya dekat 10 kali dia ketuk pintu tapi tiada yang menyahut pula. Adulah perempuan bersiap lama bebenor. Nak gi melantak je pon, hilang jugak lipmatte kalau melantak. Cantik-cantik buat apa? Bukan p. Mateen nampak pon!

Eh p. Mateen memang bercuti dekat sini jugak. Pantas kepala Syafiq digeleng.

Pintu bilik bernombor 9 dibuka. Syafiq dah siap sedia ni nak sembur 2 ekor ni.

Alih-alih keluar sekor je? Aik! Mana sekor lagi?

"Weh, mana Lisa? "

"Erm dia dah sampai dekat kedai makan lah" jawab Nuha yang kelihatan baru bangun tidur.

Jam di tangan dikerling. Pukul 9 malam!

"Hey, Nuha kau baru bangun tidur ke? " tanya Syafiq.

Nuha pantas senyum.. Hehe

"Nampak sangat ke? "

"Gila tak nampak dengan mata sembap macam tu! Eh ni dari tadi lagi aku geram ni. Aku ketuk pintu kau tak dengar aku call Lisa, dia tak jawab! Eee kalau aku dapat si Lisa tu aku ganyang-ganyang dia! "

Pergh Syafiq dah mendidih dah tu.

"Eh jom Syafiq, lambat pula" ajak Nuha.

"Memang dah lambat dah pon. Binawe punya kawan. Yang sekor tu dah kebulur sangat ke sampai telefon pon tak bukak. Eee geram aku nak buang phone dia dalam laut china selatan. Huh tak kuasa lah nyah ada kengkawan sebegini! "

"Alolo, jangan lah marah Syaf. Aku belanja kau sosej nak? " sengaja Nuha memujuk.

"Hmm jomlah"
Mereka jalan beriringan mahu ke kedai makan.

.......................

Si Lisa tengah sedap melantak makanan di atas meja. Penuh meja dengan makanannya. Macam orang kena sampuk je makan. Tak toleh kiri kanan. Mata dia penuh dengan makanan je.

"Lisa" tegur seseorang.

Lisa terus tercekik. Adulah air tak beli lah pulak. Menyesal tahap petala kelapan ni.

Merah mukanya saat ini.

Noah yang agak terkejut dengan situasi tersebut terus berlari untuk membeli air.

Air itu terus disua kepada Lisa.

Lisa apa lagi minum lah. Habis segelas besar air coconut shake tu.

Huh lega bila tekaknya sudah terasa nyaman.

Namun dia masam mencuka. Bagai jiwanya ditarik keluar.

"Abang ni dah kenapa?! Nak sangat Lisa mati ke apa? " marah Lisa.

Emo lah dia bila mood untuk makannya dikacau. Seram!

Noah pon seram dengan sisi Lisa yang ini.

"Sorry, abang tak sengaja. Abang nak tegur Lisa je" Noah serba salah.

"Erghh! Whatever" Lisa bo layan.

Telefonnya dibuka. Berderet chat dengan miss call masuk.

Syafiq!

Alamak! Mampus aku!

Segera dia dial no syafiq

"Helo.... "

"Helo kepala hotak kau! Melantak sorang-sorang. Kau tak tahu betapa lenguhnya aku tunggu korang berdua. Kau dah taknak guna phone ke Lisa hah! Jawab! "

Lisa segera menjauhkan telefonnya. Bingit!

Nampaknya syafiq dah marah gila tu.

"Kenapa ni Lisa" prihatin Noah.

"Takde apa-apa. Huh! I need to go"

Lisa pantas membungkus semula makanannya. Mahu ke mana entah. Asalkan tak jumpa lagi Noah.

Itu yang pasti!

Noah hanya mengeluh lembut. Keras sangat ke hati Lisa tu?

Tapi dia yakin kebenarannya akan terbongkar jua.

Dia cuma mahukan Lisa yang dulu. Itu pintanya.

"Maafkan abang, Lisa"

Dia pantas berjalan meninggalkan meja yang didiami oleh Lisa sebentar tadi.

My Hot Lecturer ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora