Bab 3

10.1K 431 16
                                    

"Kau gila Ke Dahlia!" Tempik Ju.

"Tak, sebab aku tak Gila lah aku buat semua ni. Aku cuma nak p.Mateen tu sedar kewujudan aku" ujar Dahlia tenang.

"Tapi ni membahayakan nyawa orang lah" pangkas Ju.

"Ish rileklah kau ni pon! Tak nampak aku bawak sebaldi ubat ni" ujar Dahlia sambil menayangkan sebaldi penuh dengan ubat-ubatan.

Ju hanya menggelengkan kepalanya. Sudah dinasihati Dahlia yang seorang INI. Tapi seketul Dahlia ni memang degil tahap dewa kucing!

.......

"Wei, Teen! Jom kayuh basikal Hari ni" ajak Zarif.

"Hmm, aku ok je. Dah lama tak kayuh basikal kesayangan aku ni"

"Ok kalau macam tu aku pergi ajak Rian dengan Noah sekali." P.Mateen hanya mengangguk.

Telefon p. Mateen berdering. Nama Hanis tertera di situ. Namun dibiarkan tidak berangkat. Malas mahu layan!

Sakit jiwanya bila terfikir tentang Hanis.

"Huh!" Keluh p. Mateen

Dia segera mengemaskan barangnya, mahu pantas sampai Ke blok kediaman lelaki.

Dia, Noah, Rian Dan Zarif penysarah muda di sini, jadi mereka menjadi felo untuk menjaga para pelajar di blok kediaman. Lagipun mereka masih bujang tak Salah nak korbankan diri menjadi felo.

Dahlia yang sembunyi di sebalik kubikel p. Mateen pantas berdiri.

"P. Mateen nak kayuh basikal Hari ni ye" ujar Dahlia sambil tersenyum. Dah macam perempuan psycho je dia ni.

Seram seh!
................

"Wei korang! Cepatlah. Alah! Slow macam kura-kura nak meredah Padang pasir betullah" Marah Nuha.

"Eleh, benci aku dengan kau ni nyah! Dah laju sangat pergilah lari sensorang kitaorang nk jogging santai je" jawab Syafiq.

Lisa hanya mengangguk tanda setuju.

"Hish" pantas Nuha meninggalkan mereka. Kali INI dia nak berlari naik bukit.

Memandangkan bumi kmkt ni secara geografinya berbukit-bukit, maka larian mengelilingi kmkt adalah satu senaman yang bagus. Tapi letih sebenarnya.

Nuha ni memang suka marathon. Entah daripada manalah minat dia ni bermula. Haih dia pon pelik. Dekat sekolah dulu tak pula dia nak jadi atlet sekolah.

Sekarang ni pantang jumpa tanah, konfem nak marathon. Marathon Ke kelaslah Ke toiletlah. Macam- macam.

Tapi mungkin lebih tepat lagiii... Ye dia selalu terlambat sebab tu asyik nak marathon je. Mungkin tu satu titik permulaan kepada minatnya yang satu ITU.

Heh! Pelik!

Well, tak pelik pon jika kau bergelar pelajar dan memang biasa terlewat ke kelas. Kan?

Nuha yang berlari tadi berhenti sejenak.

"Ya ampun, Dr Rian lah!" Tempik Nuha. Pantas dia menampar lembut mulutnya.

Nasib tiada siapa yang perasan dengan tingkahnya tadi. Jatuh sahamlah beb!

Nuha perhatikan Dr Rian terkial-kial menekan brek tangan.

"Eh dah kenapa tu" tanya Nuha perlahan.

Dr Rian terkial-kial lagi menekan brek tangan. Kelajuan yang meningkat menyebabkannya sukar untuk mengawal basikal.

Breknya tidak menjadi!

"Tepi!" Tempiknya ke arah Nuha.

Nuha pula terpaku. Dia mahu melangkah tapi kakinya tidak membenarkan. Lalu dia pasrah dipejamkan matanya rapat-rapat.

'Oh Tuhan jika ini ajalku maka aku redha' ucap Nuha dalam hatinya.

Dia terasa seperti melayang sedikit.

Aneh! Kenapa dia tak rasa sakit pon? Sedangkan impuls yang dikenakan dari kelajuan yang tinggi dan masa yang pantas akan menyebabkan kesan yang dashat!

Perlahan-lahan matanya dibuka. Dia. Di. Dalam. Dakapan. Seseorang!

P. Mateen!

Ya benar, dia tidak dilanggar. Dia diselamatkan oleh p. Mateen.

Nuha rasa lega. Air mata yang bergenang sejak dari tadi akhirnya keluar juga dari tubir matanya.

Matanya perlahan-lahan dikatup kembali. Dia lemah sekarang ni.

P. Mateen panik!

P. Mateen pantas bangun dan mendukung Nuha ke bilik sakit.

My Hot Lecturer ✔️Onde histórias criam vida. Descubra agora