Bab 68

5.4K 257 54
                                    

Seminggu telah berakhir. Selama seminggu Nuha belajar dengan tekun sekali. Dalam kelas Miss Hanis pon dia tumpukan macam biasa. Walau Miss Hanis sudah macam janggal sedikit dengannya. Tapi Miss Hanis tetap halalkan ilmu yang dia telah bagi kepada Nuha.

Dia tumpukan 100% dalam pelajarannya kalini. Tak pernah dia setekun ini. Mungkin dia patut ucap terima kasih pada p. Mateen?

Rindunya dengan wajah dan suara itu. Dalam seminggu ini seperti yang dipinta Nuha p. Mateen bagai hilang jejak di kolej ni. Dia tak bertemu langsung wajah manis itu. Suaranya juga sudah tidak didengari lagi. Sumpah! Dia rindukan lelaki itu.

Hatinya bergelojak hebat mahu melihat wajah p. Mateen. Tapi apakan daya. Semua sudah bukan seperti dulu.

Hari sabtu. Hari last outing.

Nuha menunggu kereta p. Mateen di pagar. Tak sampai lima minit menunggu. Kereta BMW putih berhenti di depannya.

Dia masuk ke dalam kereta. Tali pinggang keledar dipakai.

Nuha tampak ayu bertudung bawal berwarna pink salmon dan baju hitam bersama seluar slack hitam. Simple but dangerous!

P. Mateen elok memakai baju thsirt hitam nipis bersama seluar warna khaki.

Hitam tanda berkabung.

Maka hari ini akan berakhirlah kisah mereka.

Destinasi yang mereka jejaki ialah pantai Bukit Keluang. Pantai yang tak akan pernah Nuha jejaki lagi.

"Jom turun" ajak p. Mateen lembut.

Nuha pantas turun. Mengekori p. Mateen menghampiri bonet kereta.

Ada beberapa jenis makanan di situ. Mac biasa orang berkelah lah! Bihun goreng dan keropok. Ada dessert! Kek batik. Hmm bila p. Mateen beli?

Mereka menghampar tikar dan meletakkan makanan di situ.

Setelah siap berkemas, mereka duduk bertentangan antara satu sama lain. Mereka memandang tanpa berkalis sedikit pon. Melepaskan rasa rindu yang bertamu di hati.

Aku rindu kau!

Saya rindu sir!

Hanya mampu diluahkan dalam hati masing-masing.

"Sir tempah dekat mana pulak makanan ni? " tanya Nuha.

Dia membuka penutup bekal. Mak ai! Keropok rentung sikit. Bihun warna putih pucat. Kek batik je yang nampak ok.

Err?

"Ehem, of course lah aku" ujar p. Mateen malu malu.

Dia tak pernah malu sebegini. Telinganya bertukar merah.

"Alolo cutenya sir! Sir masak ni seorang? Serius lah? "

P. Mateen menggaru kepalanya.

"Ni first time aku masak untuk seseorang" dan juga last time untuk kau.  Ayat terakhir disimpan dalam hati.

"Laa patutlah hangit semacam. Ni tengok resipi google ke? "

"Haah, aku tengok youtube. Dan kek batik je yang paling mudah sekarang ni. Rasalah"

Bekas makanan itu dihulur. Nuha mengambil potongan kecil kek batik itu.

"Hmm boleh tahan sedap" Nuha senyum.

P. Mateen juga senyum. Harini biarlah mereka bahagia bersama. Untuk satu hari biarlah mereka saling mencintai.

Mereka menjamu selera. Sambil berbual kosong. Berkongsi cerita dan saling ketawa.

My Hot Lecturer ✔️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz