Bab 52

5K 257 14
                                    

"Umi jangan tinggalkan Maulid"

Gumam p. Mateen perlahan dalam tidur. Dia bermimpi tentang arwah uminya yang dia rindui. 10 tahun arwah uminya meninggalkannya dalam satu kemalangan tragis.

Hari ini dia sarat dengan rindu itu sehingga terbawa ke alam mimpi. Wajah manis uminya yang tersenyum memberi kesan rindu yang melemaskan dalam jiwanya. Sesungguhnya umi adalah satu-satunya perempuan yang dia rindui. Mummy pon tidak dapat menggantikan umi nya.

Noah di ruang tamu mengerling jam di dinding. Dah pukul 8 malam. P. Mateen tak pergi kelas lagi ke? Malam ni kan tambahan Fizik.

Noah tak fikir panjang. Terus dia masuk bilik p. Mateen. Pintu diketuk 3 kali tapi tak bersahut. Tidur barangkali.

Pelik selalunya p. Mateen tak akan tidur kalau dia tahu malam ni ada kelas tambahan.

Noah perlahan-lahan membuka pintu bilik. Dan agak terkejut melihat p. Mateen yang menangis perlahan menyebut nama umi nya. Terbit rasa simpati dalam diri Noah. Dia tak mahu p. Mateen terlalu hanyut dalam igauan, pantas lengan p. Mateen di tampar lembut.

"Teen... Teen bangun kau ada kelas 8.30 ni"

Cubaan pertama tak berhasil. Kali ni dia tepuk pipi p. Mateen agak kuat. Tapi kali ini usahanya berhasil.

P. Mateen bangun, mengelap birai mata dengan belakang tangannya. Tersumbat hidungnya kala ini. Terasa sejuk pon ada.

"Dah pukul berapa ni? "

"8 malam. Kau ok tak ni? Nampak lemah semacam je? " terus tapak tangannya menyentuh dahi p. Mateen.

"Eh kau demam ni Teen. Panas badan kau ni. Tak payah masuk kelas lah macam ni"

"Tak boleh, lagipun malam ni aku nak ajar konsep sikit lepas tu aku bagi kuiz je"

"Ish jangan degillah Teen, aku pon boleh ganti kalau macam tu"

P. Mateen tergelak dengar ayat Noah tadi. Masalahnya si Noah tu budak bio bukan nya Fizik macam dia.  Noah nak ajar apa? Immunity ke?

"Kau nak ajar student aku bab Immunity ke?"

Noah hanya garu belakang kepalanya. Dia tersengih bab kerang busuk. Betul juga apa yang di kata p. Mateen. Dia lecturer bio bukannya fizik.

Takkan nak suruh zarif pulak kan? Dia tu terus terkeluar dari landadan sains. Tapi ada Nuha masakan si P. Mateen nak bagi peluang dekat Zarif? Memang tak lah.

"Takpelah aku telan panadol je. Nanti baik lah ni. Takpelagh Noah, aku siap sekarang. Kasihan pulak students aku tu"

Noah hanya membiarkan sahaja. Betul juga.

"Ye tapi aku hantar eh kau dekat kelas, tak payah drive ok. Aku takut jau drive esok jadi arwah sedih pulak si Nuha tu"

Noah cuba bergurau dengan bawak nama Nuha. Tapi tersengih jugaklah p. Mateen. Selalunya Noah tak suka kalau p. Mateen dikaitkan dengan Nuha. Tapi kali ini dia nak juga p. Mateen rasa bahagia.

Apa salahnya kan?

Hal dia dengan Lisa pon tak selesai lagi, ni kan pulak nak campur hal orang lain.

P. Mateen bersiap ala kadar, malam ni hujan renyai -renyai pulak. Dia pakai baju sejuk lah. Tambah pulak demam. Nasib Noah pergi ambik panadol dengan air. Hailah Noah ni baik betul. Sama jugak dengan Zarif dan Rian.

Rian pon dah seminggu tak nampak batang hidung. Kursus katanya.

Tepat 8.35 malam Noah menghantar p Mateen di depan bangunan tutoran.

My Hot Lecturer ✔️Kde žijí příběhy. Začni objevovat