Bab 35

5.7K 279 5
                                    

Minggu kedua bulan November, berakhirlah minggu cuti dan bermulalah semester kedua bagi pelajar tahun ini dan semester keempat bagi pelajar senior.

Untuk Nuha ini adalah semester terakhir untuk dia belajar di kolej Matrikulasi, manakala bagi pelajar pdt iaitu Syafiq dan Lisa mereka masih ada setahun lagi untuk dihabiskan di kolej Matrikulasi.

Kebanyakan pelajar masuk kolej matrikulasi sebab nak elak masuk diploma dan tak nak berhutang sebab kolej matrik hanya bayar pendaftaran sekali sahaja dan memperoleh elaun sebanyak RM250 sebulan untuk 10 bulan atau sehingga tamat belajar.

Tempoh masa hanya setahun atau dua tahun tapi akan ditukar kepada sistem lain pula untuk tahun-tahun hadapan. Nuha masuk kolej matrikulasi sebab dia nak jimatkan masa. Sekarang budak kolej matrikulasi sudah setanding dengan budak diploma ianya sudah dimaklumkan oleh pihak kerajaan.. Kalau nak kepastian boleh pergi google ye.. Hahaha

Nuha sudah selamat ke biliknya. Huh bilikku syurgaku dahlah internet dekat sini laju. Huh kalau kat rumah slow macam siput babi tahu tak.

Katilnya bercadar pink dan dihiasi patung yang dibeli di kaison. Semua benda warna pink
Girly sangat.

Tapi Nuha pernah cakap dia memang sengaja nak hias katil dia cantik dan nampak sweet supaya nanti nak tido tak takut dengam cerita seram hantu kolej. Yelah katil cantik nyenyak tido, cuba kau bayangkan cadar warna gelap lepastu suasana bilik suram pergh! Memang seram.

Alhamdulillah Kolej Matrikulasi Kelantan bebas daripada gangguan tetsebut. Mungkin sebab kolej baru jadi takde lah cita seram macam kolej lain. Apa-apa pon bacalah ayatul kursi  dan 3 Qul sebelum tido. Gerenti selamat beb!

Nuha hanya membawa pakaian dan sedikit bekal makanan je. Sebab balik ke rumah hari tu dia tak bawak balik apa pon kecuali baju.

Malamnya Nuha makan bersama Lisa dan Syafiq di kafe. Tapi semua diam. Macam janggal semacam pon ada.

Ada apa-apa yang berlaku tapi dia tak tahu ke?

Pelik betul dua orang ni. Tapi suasana yang bising di kafe menghilangkan sedikit rasa canggung. Yelah biasalah dah dua minggu tak jumpa kawan so dekat kafe lah tempat kasih bertemu semula. Hahaha.

Tapi kolej matrikulasi Kelantan agak straight sedikit. Al maklumlah negeri Kelantan mementingkan agama. Jadi waktu untuk outing lelaki dan perempuan berbeza untuk mengelakkan mereka bercinta atau sebagainya.

Tapi di sini menjadi trend apabila senior bercinta dengan junior. Tapi roommate Nuha seorang senior dan dia cakap pelajar sini jarang bercinta lama-lama, nanti masuk waktu study week konfem ramai putus. Yelah bercinta sebab nak hilangkan bosan je. Tapi ada je yang kekal.

"Wei korang ni kenapa? Sejak dari tadi lagi diam. Awkward lah macam ni" Nuha membuka bicara pertama.

"Makan, Nuha" Lisa bersuara dingin.

"Ok ni serius kau tak ok, apa masalah ni Syafiq? " tanya Nuha kepada syafiq.

"Makan, Nuha" syafiq sama macam Lisa.

Ergh ni mesti diorang gaduh ni. Hmm seminggu lagi baru baik ni. Tahu sangat dengan perangai Lisa. Kalau marah dekat seseorang harini minggu depan baru dia maafkan. Sebab tu Nuha tak nak cari pasal dengan Lisa. Takut!

"Hmm suka hati koranglah. Ye aku makan tengok ni aku mukbang depan korang" terus burger dimasukkan ke dalam mulut. Separuh dilahapnya.

Terkejut beruk Lisa dna Syafiq. Lupa Nuha memang pelahap sepatutnya buat video mukbang dekat youtube je.

Meja mereka di belakang sekali dan sunyi sedikit. Mereka tak suka suasana bising.

Tiba-tiba Nuha rasa kerongkongnya kesat. Dia tercekik sebab masukkan makanan banyak sangat dalam mulut.

"Erk.. Erk" Nuha tercekik.

Lisa dan Syafiq bangun, mereka gelabah. Dahlah tak beli air semua, selalunya beli. Adoilah.

"Eh ok tak ni? Nanti aku beli air jap" terus Syafiq berlari untuk membeli air.

Nuha sudah tidak tahan. Lisa dah nak tercabut biji mata dah sebab terkejut. Dia segera berpaling ke belakang dan ada Noah di situ bersama air segelas.

"Erm, nak air boleh? Kawan Lisa nak mati dah ni" terus dirembat air Noah.

Noah hanya membeliakkan biji matanya. Dia ternampak Lisa menyuakan air kepada Nuha.

Merah muka Nuha menahan perit. Air segelas dihabiskan. Gelas disua kembali ke Lisa.

Lisa serahkan kembali kepada meja di belakangnya.

"Nanti Lisa ganti balik"

"Lisa tu bukan air abang"

"Laa dah tu air siapa? "

"Air aku" semua mata memandang p. Mateen.

Terus Nuha yang duduk di atas kerusi bangun. Adoilah bala apa lagi kalini?

"What happen? " tanya p. Mateen. Matanya tepat memandang Nuha yang masih merah mukanya?

"Dia tercekik" jawab Noah dan Lisa hanya mengangguk.

Terus p. Mateen mendekati Nuha. Jelas terpampang wajahnya yang risau.

"Kau tak ape-ape ke? Nak pergi klinik tak? " tanya p. Mateen

"No sir, saya okay.... Erm, tapi saya dah terminum air sir tadi. Sorry"

Nuha hanya tunduk.

"No need, asal kau tak apa-apa" jelas wajah lega p. Mateen.

Syafiq tiba dengan air.

"Eh dah ok ke? " tanya Syafiq

"Dah, aku rembat air sir Mateen" jawab Lisa selamba.

"Laa, takpelah air ni ganti air sir tadi" air itu disua kepada p. Mateen.

Tapi mata p. Mateen masih kekal di wajah Nuha. Berdebar dada Nuha saat ini usah cakaplah. Rasa jantung tu nak lompat keluar pastu pukul p. Mateen je.

Suasana itu menyebabkan mereka jadi perhatian. Dan Nuha paling bencikan itu. Dia benci perhatian sebab dia tahu dia akan dikecam.

P. Mateen dengan sir Noah tolong kot, konfem mengaum die hard fan diorang. Jadi langkah selamat adalah balik ke bilik.

"Lisa, syafiq and sir-sir sekalian, saya naik bilik dulu ye" terus Nuha meninggalkan tempat itu.

Syafiq, Lisa, Noah dan p. Mateen hanya kaku. Entahlah macam masa tu berhenti.

"Hmm dahlah aku naik dulu" pamit Lisa. Sudah tidak diendahkan Syafiq dan Noah.

Akhirnya p. Mateen, Noah dan Syafiq sambung makan di meja yang sama.

Ketiga-tiga mengeluh.

Noah sebab Lisa, p. Mateen sebab Nuha dan syafiq rasa bersalah kerana menyembunyikan kebenaran daripada Lisa.

"Weh budak mana air tadi? " tanya p. Mateen.

Air itu terus diserahkan kepada p. Mateen.

"Sorry abang Noah, Lisa dah tahu" ujar syafiq

Noah berhenti menyuap makanan ke dalam mulut. Dia mengeluh lagi.

Haih kurang rezeki kan!

"It's okay Syafiq, cuma lepas ni jangan cakap hal abang lagi depan Lisa. Abang tak nak sebab kes abang kamu dengan Lisa dah tak berkawan"

"Okey abang"

"Noah, sorry" ucap p. Mateen.

Perasaan bersalah terhadap Noah. Kerana dia Noah dan Lisa jadi macam ni.

P. Mateen akan berusaha untuk jernihkan kembali hubungan mereka.  Itu janjinya.

Setelah 'dia' pulang, maka segala salah faham antara Lisa dan Noah pasti akan berakhir.

"Takpe Teen, nanti lambat laun kebenaran akan terbongkar jua"

P. Mateen hanya diam. Noah memang sahabat yang baik.

My Hot Lecturer ✔️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt