Bab 53

4.9K 229 8
                                    

Nuha bangun pagi. Hmm pagi lah sangat. Jam di dinding menunjukkan pukul 10 pagi.. Hmm awal lagi untuk bangun pada hari cuti ni. Lagipun dia period. Semalam baru datang, patutlah gedik lain macam dengan p. Mateen semalam.

Hehe, sekarang baru Nuha rasa malu. Berani sangat dia main-main dengan coklat Hacks. Tak pasal dapat tangkap cintan dengan lecturer sendiri. Dahlah lecturer yang memang sah-sah subjek yang dia lemah. Agak-agak lepas ni boleh jadi expert tak dalam fizik? Yelah kan dah bercinta dengan lecturer Fizik. Takkan taknak gunakan untuk kebaikan. Kan?

Nuha sengih gatal. Tak sangka betul dia akan pilih p. Mateen. Atau lebih detailnya dia cuba memberi peluang baharu untuk mereka. Kisah dia dan Zarif biarlah tamat begitu sahaja. Hatinya untuk Zarif dah mati.

Bak kata Nuha, once is enough. Kau kena tolak sekali dah-dah lah tu nak terhegeh-hegeh lagi. Baik angkat kaki cau terus!

Telefonnya diraba di atas katil. Masih mamai. Ada mesej dari whatssap.

Dari p. Mateen!

Dibuka dengan pantas.

Morning Harryah pottar ~p. Mateen

Nuha pelik yang wish good morning tu dah sweet. Tapi apa ke jadahnye Harryah pottar tu?

Harry potter kot?

Tapi apa kaitannya dengan Nuha?

5 minit perah otak fikir baru dia tahu.  Dia kan pakai kaca mata bulat macam Harry potter. Tapi sebab p.Mateen nak samakan dengan Nuha dia pergi tukarlah jantina Harry Potter tu.

Tergelak Nuha bila faham. Nakal betul.

"Takpe meh aku balas" Nuha sengih jahat.

Morning Tengku Maulid Zahiruddin bin Tengku Mikyad~ Harryah Pottar

P. Mateen yang sedang menghirup kopi 3 in 1 di biliknya sedang menghadap laptop. Ada laporan yang perlu dihantar ke ketua unit. Leceh sikitlah.

Ting! Bunyi whatssap.

Tengok je nama Harryah Potter tu terus dia senyum. Sengaja letak nama tu. Tapi dia jugak yang tergedik-gedik minta no phone Nuha dekat Noah.

Noah pon tak ada no Nuha tapi Noah mintak tolong Lisa. Nak tak nak Noah pon kenalah cerita pasal Nuha dengan p. Mateen. Tu pon nasib si Lisa ni tolong. Sebab dia bukan suka masuk campur hal orang lain. Walaupun tu sahabat dia sendiri.

Pantas dibuka mesej tu sambil dia menghirup kopi. Sekali baca...

Pruhh!!

Tersembur sedikit kopi di dalam mulutnya. Terkejut dengan nama penuh yang Nuha type. Ingatkan Nuha tak tahu nombor dia.

Hmm nampaknya Nuha lagi bijak. Dia save nombor p. Mateen dah lama.

P. Mateen sengih dah lama orang tak panggil nama dia. Selalunya p. Mateen aja. Rasa pelik pulak bila dengar nama sendiri.

Masih ingat hanya umi nya seorang yang memanggilnya Maulid. Sejak kematian umi nama dia dah ditukarkan kepada p. Mateen. Entahlah dia rasa hanya umi yang layak panggil dia Maulid. Ayahnya juga tak membantah bila p. Mateen berhasrat untuk tukar nama panggilan. Dia faham.

Sebab malas nak type p. Mateen terus call Nuha.

Panggilan pertama dibiarkan tidak berangkat. Nasib panggilan kedua berangkat.

"Helo" suara Nuha perlahan dan bunyi serak-serak basah.

"Kau baru bangun tido ke budak? " p. Mateen duduk di beranda biliknya. Rambutnya diraup ke belakang.

My Hot Lecturer ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora