Bab 28

5.9K 278 4
                                    

Lisa jogging untuk sampai ke kawasan tengah pantai. Nak cari partner dia lah tu!

Hmm ingatkan checkpoint kedua tanya soalan cellular respiration ke apa tapi kena cari batu permata palsu buatan si syaiton!  Tu pulak.. Eh silap si Syafiq! Hehe.

"Ni nak cari partner baru ke yang dah ditetapkan? Eh tapi akak tadi cakap spontan. Hmm memang kena cari orang yang sporting nak cari batu permata bodoh tu" keluh Lisa.

Dasar Syafiq memang aku sumpah kau mati macam cicak yang terkapit di celah pintu!

"Ok dah sampai! Sekarang mana orangnya? Aku nak ajak siapa? Bayang manusia pon takde ni" Lisa melihat di sekelilingnya.

Sehinggalah matanya tertacak pada suatu tubuh yang tidak jauh darinya. Seorang lelaki memakai baju t-shirt putih dan berseluar slack warna Khaki. Sekali pandang nampak handsome je mamat ni walau mukanya tidak kelihatan kerana dia membelakangi Lisa.

Lisa nak cuba nasib ajak lelaki tu jadi partner dia. Lagi cepat permainan ni habis lagi cepat dia dapat ganyang si Syafiq!

Kau tunggulah syafiq!

"Erm encik saya nak minta tolong jadi partner saya untuk selesaikan misi cari gali batu permata palsu kawan saya. Boleh ke encik join saya? " tanya Lisa sekali lafaz.

Fuh! Lantaklah asalkan dia cuba manalah tahu lelaki tu nak, betul tak?

Terus lelaki itu memusingkan badannya menghadap Lisa.

Kedua-dua terkedu. Diam.... Hanya bunyi ombak dan bunyi angin yang bertiup kencang.

"Lisa" Noah memandang Lisa hairan.

Lisa seribu kali hairan... Adoilah apalah nasib dia jumpa mamat tak guna ni!

"Apa, saya tanya sekali lagi abang... Err awak nak join tak? " tanya Lisa sekali lagi.

Lantaklah mamat mana pon asalkan cepat permainan ni habis.

Noah hanya tersenyum dan mengangguk. Rambutnya yang beralun sekata dengan angin yang membuai menyentakkan hati Lisa.

'No hati kau tak boleh lemah macam ni. Jangan lupa dia lelaki tak guna! ' Lisa hanya marah dalam hati.

"Ok jom ke hujung pantai sana. Kalau boleh jangan berjalan tapi berlari ok" ujar Lisa lalu memulakan lariannya meninggalkan Noah di belakang.

Noah juga turut berlari. Dia tak tahu pulak dapat bertemu dengan Lisa. Hajatnya mahu mengambil angin sahaja di pantai. Hatinya hanya berasa riang.

..............................................

"Kau jumpa ke tak? " tanya p. Mateen.

Tangannya masih lincah dengan menggali pasir pantai itu.

"Tak, satu pon takde ni" keluh Nuha.

Sakit hati betul! Satu pon tak jumpa!

"Ish lambat betullah kau ni. Aku dah jumpa dua dah ni! Kau satu pon tak dapat. Meh sinilah cari dengan aku sekali" marah p. Mateen.

Nuha hanya mampu bersabar. Apalah nasib dia ni! Malang betul!

Nuha terus merapati p. Mateen. Membantu p. Mateen menggali pasir.

Sehinggalah satu lagi permata dijumpai.

"Yeay! Dah jumpa.. Tengok ni sir saya dah jumpa! " tempik Nuha dengan riang.

Suka sangat bila jumpa batu permata palsu tu.

P. Mateen berhenti dari menggali seketika. Matanya terlekat di Nuha. Ye perhatiannya 100% hanya untuk Nuha di saat ini.

Melihat Nuha yang gembira macam beruk tu buatkan dia gembira jugak.

Yang tak tahannya si Nuha ni sampai main campak-campak pasir pulak. Adoi! Dia ingat dia main salji ke? Hailah budak ni.

P. Mateen hanya menggelengkan kepalanya.

"Adoi! Pedih! " tiba -tiba Nuha menempik. Matanya masuk pasir.

Tulah riang sangat kan.. Hah mendapatlah!

Terus p. Mateen mendekatkan mulutnya dengan mata Nuha. Ditiupnya perlahan mata itu.

Sehinggalah Nuha merasa matanya bebas daripada pasir. Nuha membuka matanya perlahan-lahan.

Zup! Sekali lagi masa seakan berhenti. Hanya angin yang menyapa rambut dan tudung p. Mateen dan Nuha sahaja yang bergerak.

P. Mateen sekali lagi terpegun dengan mata hitam pekat Nuha.

Nuha merasakan jantungnya berdegup kencang seolah berlari marathon 100 meter.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now