Bab 32

5.5K 285 16
                                    

Nuha ralik membaca novel. Tak dihiraukan bunyi lori yang pecah tayar di jalan, nyamuk yang terbang di tepi telinga dan kipas yang tidak dipasang.

Wait! Patutlah panas semacam. Kipas tak buka. Adoi.. Yang ni dia kena ambik kisah. Terus dibuka kipas, dan dia sambung duduk di atas katil meneruskan bacaan novel nukilan Anjell yang bertajuk Dheo.

"Hailah kalaulah Dheo ni wujud aku pon nak jadi bini dia.. Hehehe"

Dah memang ragam orang baca novel suka berangan. Tapi pelik kan padahal kita baca je novel tu bukan dia tunjuk gambar hero ke tapi cuma bayangan kita. Melalui pembacaan sahaja kita dapat merasai jadi watak heroin tu. Tersengih, menangis macam mati kucing.

Nuha ni memang pencinta novel sebab dia ni kuat berangan. Jadi bila dia baca sebuah novel tu ibarat dia dapat lihat bayangan penceritaan itu jelas di matanya. Sebab tu lah dia kusyuk gila kalau baca novel. Orang panggil pon tak dengar. Nasib ingat waktu solat je.

Nuha menutup novel sebentar. Letih tengkuk!

Ting! Ting! Bunyi mesej dari aplikasi whatssap. Tu bunyi mesej personal tu.  Nuha dah memang set dekat setting bunyi ringtone untuk chat group dan personal berbeza. Mudah sikit untuk dia membalas atau tidak. Kalau personal dia akan jawab dengan pantas. Kalau group dia dapat jadi cctv je.

Wei, tak rindu aku ke?- unknown

"Sape pulak ni, ada nombor je. Maknanya aku tak savelah nomboe dia ni. Hmm salah hantar chat kot" ujar Nuha.

Dia malas layan. Yelah salah nombor barangkali sebab Nuha ni sejenia kurang bersosial so memang takde maknanya nomboe yang dia tak kenal dia nak balas.

Nuha, don't u miss me? Ur handsome guy- unknown

"Eh ni dia tahu nama aku ni? Ke kawan yang dah tukar no ni? Saje nk mengusik ke apa? "

Terus Nuha membalas mesej itu.

Ye sape ni? - Nuha

Hmm kau rasa? - unknown

Eh manalah aku tahu. Syafiq? Kalau bukan syafiq Lisa? Ataupun Linda? - Nuha

Wrong! Wrong! Wrong! - unknown

Hbistu sape? Manalah aku tahu. - Nuha

Orang yang dah hadiahkan kau bunga putih mungkin? Ur guess? - unknown

"Eh sape je bagi aku bunga warna putih? " Nuha cuba berfikir.

Ligat kepalanya mencari jawapan.. Sehinggalah matanya tertancap di meja sebelah katil. Ada pasu bunga kecil dan sekuntum bunga ros putih di dalamnya yang hampir layu.

Terus membulat besar mata Nuha.

P.Mateen?!

What the hell weh?

Erm sir ke? - Nuha

Tapi hanya single tick je. Tengok-tengok kena block.

"Eh bodoh ke apa main block orang camtu je? Hmm salah nombor kut... Tapi nama aku tu" Nuha berdebar.

Takut telahannya benar.

"Ah! Persetankan semua itu. Baik aku layan Dheo.. Ergh" Nuha bolayan

Di saat ini hanya Dheo dan Nurissa Rose sahaja yang bermain di fikirannya. Hal tadi ditolak tepi lepas dia padam chat tu.

........................................

"Apa aku cuba buat ni? Nak flirt dengan budak ke? " cepat-cepat p. Mateen menggelengkan kepala.

Gila! Dia memang gila harini bila call staff hep (hal ehwal pelajar)  semata-mata untuk menyakan nombor telefon Nuha.

P. Mateen harus segera sedar yang dia tidak boleh hanyut dengan perkara sebegini kerana niat dia pada mulanya hanya kerana suka-suka.

"Betul cakap Noah, aku tak patut buat masalah ni" ujar p. Mateen.

Dia kembali menghadap laptop. Menyiapkan laporan.

Namun gerakan jarinya terhenti lagi sekali bila wajah Nuha mula muncul di kepala. Kaca mata dibuka dan diletakkan perlahan di atas meja.

"But i think i can't forget you easily like that girl. Because.... " dia berjeda seketika.  Jari jemari digenggam membentuk kepalan.

"You have something belong to me. I see it in your eyes" kepalan dibuka.

Matanya merah berair. Dadanya sebak. Air mata jatuh setitik.

"But bukan setakat tu saja budak. I'm scare if you have my heart too"

Matanya dipejam.

Noah salah dengan tanggapannya terhadap p. Mateen. Tapi biarlah...

Biar masa menentukan.  Namun hati dia dan Nuha yang akan terus terluka.

Itu dia pasti.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now