Bab 50

5.6K 260 23
                                    

Tepat pukul 4.30 petang, Nuha dan rakannya yang lain selamat sampai di kolej.

Nuha dengan membimbit plastik berisi Novel, Dahlia shoping kasut, Leen pula shopping baju, Lisa of course lah memborong di watson.

Tapi Nuha masih ada satu lagi tempat yang dituju. Dia cepat-cepat balik ke biliknya. Letak novel lepastu terus turun balik.

Aplikasi whatssap dibuka. Nak chat dekat p. Mateen.

Tapi baru dia perasan, mana ada dia save nombor p. Mateen. Adoi, apalah!

Dia masih meneruskan perjalanan. Telefon yang berdering terus diangkat.

Dia merahsiakan daripada rakannya yang dia keluar bersama p. Mateen. Tak nak bersoal banyak dengan mereka. Baik diam je.

"Hello"

"Nuha, kau kat mana? Aku tunggu depan pondok jaga"

Hmm panjang umur p. Mateen.

"Dah nak sampai, tapi kan sir boleh tak jauh sikit dari pondok jaga tu. Malulah kalau orang nampak"

"Iye, cepat sikit"

Telefon ditutup. Adoilah dah rasa macam buat hubungan sulit pula.

Tapi apa hubungan mereka?

Nuha memastikan orang di sekelilingnya tidak nampak yang dia masuk ke kereta p. Mateen.

Nasib cermin kereta gelap.

"Kita nak pergi mana ni sir? "

"Kita makan cendol tepi Mcd nak tak?"

"Wow, nak! Dah lama tak makan cendol pulut tepi Mcd tu"

Nuha dah terbayang dah kesejukan cendol pulut. Pergh kecur liur dia dibuatnya.

Tapi agak kelakarlah, apasal tak ajak makan dekat Mcd terus, walhal warung cendol tu agak panas sbb takde kipas. Berharap kepada angin semata-mata. Tapi memang cendol dekat situ sedap so persetankanlah panas tu. Haha

Sampai aje dekat warung tu, p. Mateen terus membuka pintu untuk Nuha. Sekarang Nuha rasa janggal. Aduh!

Mereka duduk di tepi, kerana sudah petang jadi cahaya matahari tidak lagi membahang.

"Order" pelayan itu ramah bertanya. Senyum di bibir tidak lekang. Sejuk je mata memandang. Macam ni lah orang berniaga.

Bukan ambik order muka masam mencuka, sampai pelanggan pon masam tengok muka dia tu. Haihlah!

"Erm kitorang nak 2 cendol pulut" p. Mateen juga ramah menjawab.

"Eh kak, tiga cendol pulut eh. Tambah satu lagi" sengih Nuha.

Pelayan itu segera beredar ke dapur.

"Woit, kenapa 3. Sape sorang lagi? " hairan p. Mateen.

"Satu untuk sir, dua untuk saya" Nuha sengih.

P. Mateen membeliakkan biji matanya.

"Mak aih! Banyak nye kau makan. Yakin ke boleh habis? " p. Mateen kurang yakin dengan Nuha yang bernafsu bab makanan ni.

"Of course lah sir, kalau tak habis sir lah yang habiskan" Nuha galak ketawa.

P. Mateen hanya menggelengkan kepalanya.

"Nakal eh kau ni"

"Ish mana ada nakal, sir ni"

Nuha berhenti ketawa. Telefonnya berdering.

Nama Zarif tertera di situ. Erk Nuha dah pucat guys! Dahlah depan mata p. Mateen pulak tu.

Dia pulak lupa nak delete nombor Zarif.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now