Bab 29

5.9K 289 6
                                    

"Ehem! " Noah sengaja mendeham.

Terus tersentak Nuha dengan p. Mateen tadi. Lisa hanya memandang mereka pelik sebelum bebola matanya semakin membesar.

"Nuha! Sini kejap kita cakap dekat sana" ajak Lisa.

Nuha hanya menurut.

"Kenapa? " tanya Nuha polos.

"Kenapa kau tanya aku. Hei apa masalah kita ni? Apasal partner kau boleh jadi p. Mateen? " tanya Lisa.

"Manalah aku tahu, dah dia sekor je yang ada dekat situ takkanlah aku nak cari hantu pulak. Habis kau dengan sir Noah tu kenapa pulak? " tanya Nuha kembali.

Lisa hanya mengangkat bahu.

"Entah. Bala si Syafiq agaknya. Aku tak sabar nak ganyang si Syafiq tu! " marah Lisa.

"Hah sebut pasal si syafiq tu aku pon tak sabar nak ganyang dia! Memang aku sumpah dia jadi kambing dekat pantai ni! Huh! " sambung Nuha.

Tidak jauh dari mereka berdua p. Mateen mendekati Noah. Sikunya ditala ke perut Noah.

"Kau apesal join jugak? " tanya p. Mateen curiga.

"Ape? Dah dia ajak aku. Kau pulak buat apa dekat sini? Don't say ini sebahagian daripada plan kau" ujar Noah. Dia memandang p. Mateen dengan dalam.

P. Mateen rasa tidak selesa. Yelah kena pandang macam tu sekali dengan Noah.

"Hmm....kalau aku jawab ya? "

"Teen! " Noah menaikkan ton suaranya satu oktaf sehingga Nuha dan Lisa yang sedang bercakap tidak jauh daripada mereka segera berpaling.

Tapi Noah dan p. Mateen hanya senyum manis sahaja. Lisa dan Nuha tidak mengendahkannya dan terus bercakap.

"Teen, kau tak patut buat macam ni? Kau nak dia sakit ke nanti? Kau tahu kan apa status kau. Jangan buat dia sakit Teen. Walaupun dia budak tapi dia ada perasaan" panjang lebar Noah berpesan.

P. Mateen hanya mengeluh.

"Just let it be Noah. I won't talk about this here" P. Mateen sudah mahu mengulas.

Noah hanya menggeleng sahaja. P. Mateen ingat kalau dia main-main dengan Nuha agaknya Nuha tak akan jatuh hati dekat dia agaknya. Noah takut Nuha terluka. Nuha kawan baik Lisa. Kalau Nuha sakit dia sebagai rakan p. Mateen akan dapat tempiasnya jugak.

"Hoi nak cari ke tak batu permata ni!" Tempik p. Mateen.

Terus meleraikan pakatan antara Lisa dan Nuha.

Terus mereka berlari ke arah pasangan masing-masing.

"Walau kau kawan aku Lisa tapi aku tetap nak menang" Nuha lebih tekun mencari batu permata.

"Huh habis kau ingat aku nak mengaku kalah ke? Ni Lisa lah wei kalau kalah aku makan sayur kalau menang aku makan udang harini" entah apa-apa si Lisa cakap.

Nuha hanya tercengang. Apa si Lisa ni bebelkan. Ahh lantaklah nak menang ni!

"Yeay! Dah cukup 5" terus Nuha berdiri. Dan memegang erat kelima-lima batu permata.

"Thank you sir! Nanti saya belanja air sekarang saya nak lari dulu. Bye Lisa" Nuha pergi meninggalkan Semua di situ.

Lisa perlu mencari satu lagi batu permata. Dan akhirnya Noah menjumpai batu permata terakhir.

Lisa turut berlari ke checkpoint terakhirnya.

Di checkpoint terakhir Nuha perlu menjawab soalan biologi. Tentang cellular respiration untuk haiwan.

Lisa pula ke checkpoint Nuha sebelum ni yang hanya perlu menjawab nama syafiq.

Pertandingan makin sengit.

.....................................

"Siapakah yang akan sampai dahulu jom sama-sama kita nantikan" kamera video di tangan Syafiq.

Kelihatan Nuha dan Lisa dari jauh sedang berlari ke arah Syafiq.

Jarak larian mereka tidak jauh tapi semakin dekat dengan bilik syafiq semakin Lisa mendahului.

Dan tringgg! Lisa memenangi perlumbaan pada hari ini!

"Tahniah Lisa" syafiq mengucapkan Tahniah.

Kamera syafiq merakam Lisa dan Nuha. Nuha reda je kalah. Takpelah dengan kawan sendiri apa yang nak didengki kan?

"Tahniah Lisa. Akhirnya tamat jugak permainan bodoh ni! " tempik Nuha.

Lisa yang bagaikan tersentak terus memegang tangan Nuha.

"Nuha kita bayar dulu hutang oksigen ni 2 minit lepastu kita.... " Lisa berbisik kepada Nuha.

"Hei korang bisik apa tu? Nah air mineral" air diserahkan kepada mereka berdua.

Rakus Nuha dan Lisa minum air sekali tegus separuh botol habis.

"Ok Lisa jom kita ganyang si Syafiq. Tak mati hari ni jangan makan udang! " tempik Nuha.

Syafiq terkejut beruk.

"Hei korang nak buat apa ni? " tanya Syafiq.

"Nak ganyang kau lah giler! " terus mereka mengejar syafiq.

Syafiq apa lagi terus buka langkah seribu lah... Lari!!

"Kau tunggu syafiq"

"Mati kau hari ni"

Mereka saling berkejaran.

Zarif dan Dr Rian menyaksikan mereka dari jauh.

"Eh tu bukan pelajar kita ke? " tanya Zarif

"Hmm agaklah. Aku tak kenal sangat"

"Weh macam budak-budak weh. Aku ingat dah masuk matrik perangai tu matang ni kalah budak sekolah rendah" bebel Zarif.

"Hmm... Kau patut tengok dua lagi kawan kita tu lagi kebudak-budakan" Dr Rian mengingatkan kepada perangai Noah dan p. Mateen yang agak kebudak budakan.

"Haah lah" mereka sama-sama ketawa.

"Eh mana mereka? " tanya Zarif.

"Entah" Dr Rian hanya mengangkat bahu. Malas ambik tahu dua ekor tu.

My Hot Lecturer ✔️Место, где живут истории. Откройте их для себя