Bab 44

5.4K 275 6
                                    

Nuha menunggu di depan kelas. Ingatkan kelas dia yang habis lewat. Rupanya Leen pon tak habis lagi kelas dia. Memang pulun habis sir Afif tu. Dah hampir pukul 10.30 dah ni.

Baru 5 minit yang lepas Nuha keluar dari kelas. P. Mateen pula masih belum keluar dari kelas. Entah siapkan kerja apa dalam laptop. Nuha sengaja menjarakkan diri satu kelas daripada kelasnya sebentar tadi. Tak nak p. Mateen nampak dia bila lelaki tu hendak pulang.

Tapi hampeh! Tetap jugak si lelaki tu nampak. Nuha hanya mampu berdoa agar cepat-cepat p. Mateen pulang.

Tapi hampeh jugak! Kaki p. Mateen tepat berjalan ke arah Nuha. Nuha yang sedari tadi hanya menongkatkan muka di beranda.

P. Mateen mendekati Nuha. Beg laptopnya disandang di sebelah bahu. Dia mengambil tempat di sebelah Nuha. Jarak mereka tidaklah terlalu dekat. 1 meter jarak dijaga. Tak nak timbulkan fitnah. Lagipun kelas Leen sahaja yang masih terang benderang.

"Kenapa kau duduk dekat sini? Tunggu siapa? " tanya p. Mateen. IPhone nya dibelek. Dibuka aplikasi instagram.

Muka p. Mateen tidak pula berpaling ke arah Nuha. Hanya tekun memandang iPhone nya.

"Tunggu kawan, kelas dia tak habis lagi tu" jawab Nuha sopan.

"Lelaki ke perempuan? " tanya p. Mateen. Ingin tahu sebenarnya.

"Lelaki, kitorang selalu balik sekali dari kelas" sengaja Nuha jawab lelaki.

Atau dia sebenarnya nak pancing perhatian p. Mateen? Nuha kau jangan buat gila!

Terus p. Mateen berhenti menggeser iPhone miliknya. Ditutup aplikasi instagram. Dia memandang muka Nuha. Cuba meminta jawapan yang tak pasti.

"Pardon me" sengaja mahu Nuha ulang ayatnya.

"Macam yang sir dengar lah. Saya tak suka ulang benda banyak kali. Just say once is enough"

"Who? Aku tak pernah pula nampak kau dengan mana-mana lelaki"

"Perlu ke saya bagitahu sir? " kening Nuha dinaikkan.

Dalam hati cuma berdoa semoga kelas Leen habis cepat.

"Yes" pendek saja balasanya. Tapi tegas.

"Takdelah, saya tunggu kawan perempuan saya. Nama dia Leen" Nuha malas nak panjangkan perbualan.

"Are you trying to kidding with me? " tanya p. Mateen.

Nuha hanya senyum.

"Why not? Sir tak suka ke gurauan saya tu?" tanya Nuha.

Ni lah bahaya bila duduk berdua. Konfem ada yang ketiga. Kalau Leen yang ketiga tu takpe. Ni syaitonnn!

"Well agak tak suka. You trying to make me jealous do you? " pertanyaan p. Mateen bagaikan jerat untuk Nuha.

"Eh apa sir cakap ni? Jealous apa ni? Kita tak kenal mana pun. Setakat lecturer dengan student je. We such a stranger" jawab Nuha.

"No we not. Sebelum ni ye. Tapi sejak pertama kali lagi kita bertembung. We not such a stranger anymore. We know each other. Lagi-lagi about our feeling? "

Nuha meremang bulu roma. Tak sangka dari gurauan sudah jadi serius sebegini. Mulanya Nuha rasa terbuai dan cair. Sape je tak cair bila dengar suara p. Mateen dan melihat wajah p. Mateen di bawah cahaya bulan purnama yang terang.

"Apa sir cuba terangkan ni? Semua ni salah" Nuha tak selesa.

"Tak salah lagi. Takkan kau tak faham selama ni apa perasaan aku dekat kau? Atau kau sengaja menafikan semua ni? " tanya p. Mateen. Mahu jawapan Nuha.

"Tak. Tak faham. Dan tak boleh. Semua ni salah. Sir lecturer saya. Dan saya adalah student sir. Semua ni salah" Nuha rasa semua ni salah.

Nuha masih muda. Dan dia belum sedia untuk buka hatinya untuk orang lain. Luka yang lama masih belum sembuh. Dia belum mampu untuk disakiti untuk kali kedua.

Cinta pertamanya amat menyakitkan.

"Tak salah. Tak berdosa pon kita ada perasaan macam ni dan takde dalam peraturan kolej pon kalau lecturer dan student dilarang bercinta"

"Tapi orang nampak benda tu tak elok. Dan saya belum mampu untuk sakitkan hati saya kali kedua" Nuha tegas. Cuba diusir rasa yang baru berputik.

"Apa maksud kau kali kedua? " tanya p. Mateen. Tak pernah pula dia rasa Nuha ni pernah bercinta dahulu.

Nuha hanya diam.

"Ok kalau kau rasa tak elok. Then lepas kau tamat kolej kita boleh bermula kan? Semua tu tak salah pun"

"Entahlah sir. Saya tak nak sakit hati lagi"

"Tapi aku janji akan jadi future kau yang paling baik. Aku bukan masa lalu kau. Dan aku tak tahu apa yang kau alami. Tapi aku boleh buktikan yang aku akan buat kau bahagia budak" senyum p. Mateen yakin.

"Will you give me a chance to show my love? " tanya p. Mateen.

Nuha hanya tergamam. Dadanya sudah berdegup kencang lama lagi. Dan mungkin hatinya sudah mampu memanggil nama p. Mateen.

P. Mateen hanya tersenyum manis.

Dan tanpa disangka, Nuha membalas senyuman p mateen. Walau tidak semanis dan selebar mana.

Tapi itu sudah cukup untuk p. Mateen.

"Thanks, cukup dengan senyuman kau dah buat aku angau. Jumpa esok budak. See you" p. Mateen menjauh perlahan dari Nuha.

Langkahnya nampak ceria.

"See you too sir" Nuha membalas perlahan.

Bunyi kerusi dari kelas Leen menandakan kelas itu sudah bersurai.

Kelihatan Leen keluar dari kelas dengan langkah longlai.

Nuha hanya memberi senyum manis untuk Leen. Soal dia dan p. Mateen lebih baik dia simpan. Tak perlu bagitahu sesiapa. Benda tak pasti.

"Kenapa masam ni cik adik? " tanya Nuha.

"Gila tak sedih. Kepala aku sarat dengan fizik je sekarang ni. Letih gila kot. Aku nak balik bilik terus tidur"

"Kau apasal happy semacam ni? Tahulah kelas p. Mateen? Amacam syok cuci mata? " tanta Leen. Mukanya kembali ceria.

Cepat betul bertukar mood.

"Takdelah. Happy sebab kelas aku habis awal. And cara p. Mateen mengajar mudah untuk aku faham" jawab Nuha yakin.

"Hmm, baguslah camtu. Aku pon bersyukur jugak sebab apa yang sir Afif ajar ni masih melekat dalam kepala aku. Banyak betul dia bagi tips nak hafal sesuatu yang susah"

Mereka berdua hanya berharap kali ni dapat score fizik.

"Dah jomlah balik bilik. Aku dah mengantuk ni"

"Ye jom" tangan Leen ditarik.

...............

Selepas memastikan Nuha sudah pulang bersama Leen. P. Mateen juga beredar dari perkarangan parkir kereta. Dia sengaja menunggu Nuha turun ke bawah dengan Leen. Tiba-tiba rasa nak melindungi gadis itu membuak dalam hatinya.

Tapi sampai sekarang dia tak pasti apa yang dikatakan tadi akan dia kotakan atau tidak.

Benarkah dia tidak akan meranapkan sekeping hati kecil Nuha?

Dia tahu, kelak hati Nuha akan hancur jua.

Sementelah beberapa hari lepas dia tahu si 'dia' akan pulang tidak lama lagi.

Nampaknya si 'dia' akan terus memburu dia.

Tapi persoalan yang berlegar dalam kepalanya kini, tidak bolehkah dia memutuskan takdir yang dia tidak ingini ini? Dia tahu demi Ibu nya.

Maaf Ibu, cinta Maulid bukan untuk perempuan yang ibu suka. Dulu mungkin cinta itu nampak seperti boleh dipupuk. Tapi kini sudah tidak nampak yang cinta itu akan memekar.

Tapi dia tahu, mahu atau tidak. Jodohnya sudah ditetapkan. Dan sekarang dia tak berdaya untuk halangnya lagi.

Sungguh cinta itu tidak memilih yang tepat.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now