Bab 18

6.5K 311 3
                                    

"Arghhh!!" Nuha menempik buat kali kedua. Terkejut bukan kepalang, sebab ni bukan hantu tapi lagi seram dari hantu!

"Ish boleh tak jangan nak bising tepi pantai ni, bingit kau tahu tak" p. Mateen buat muka menyampah.

"Sorry sir, tapi sir buat apa dekat sini? " tanya Nuha.

Bala memang bala betullah. Dia nak lari dari Syafiq tapi bertembung pula dengan p.Mateen. Hmm sedihh, kalau jumpa lelaki hensem takpelah jugak!

Eh tapi bukan ke p. Mateen tu dah handsome tahap sempurna dah tu?

Ergh tapi dia Lecturer di kolej aku! Geli siot nak ada hati dengan mamat ni. Minta simpang jauhlah.

Memang agaknya jodoh Nuha dengan matrikulasi ni memang kuat. Time short vacay pon boleh jumpa lecturer lagi. Bosann.

"Jalan lah sambil ambik angin pantai. Kau buat apa pula dekat sini sensorang?" tanya p. Mateen, matanya tidak memandang Nuha dia memandang pemandangan malam di tepi pantai nan indah ini.

Berasa takjub seketika, dengan bulan purnama penuh yang menghiasi dada langit, nampak bintang-bintang berkelip bagai menari di sekeliling bulan. Angin sejuk pantai yang menderu dan bunyi ombak yang meyenangkan. Semuanya indahlah malam ni. Termasuklah..... Mata Nuha yang bersinar galak dipenuhi cahaya yang dipancarkan dari bulan.

Dia sekali lagi terpegun dengan mata itu. Sejak pertemuan mereka mata itu menjadi lebih menarik dari biasa. Bagaikan menarik jiwa seorang p. Mateen untuk memasukinya.

"Erm saya lari dari kawan tadi" jawab Nuha jujur.

Nuha yang keletihan selepas berlari tadi ditambah pula dengan kejutan yang tak disangka-sangka ini dia pantas menjatuhkan duduk di pasir berhampiran pantai.

P. Mateen mengambil tempat duduk di tepi Nuha. Suasana senyap seketika apabila Nuha memandang p. Mateen.

"Kau lari daripada siapa ni? Apa yang dah berlaku? " tanya p. Mateen pantas.

"Eh takdelah, bukan hal serius pun. Saya lari sebab tak nak dengar dia membebel. Bingit telinga.. Hahaha" Nuha ketawa pula.

P. Mateen tersenyum memandang Nuha yang galak dengan ketawa itu.

"Tapi kenapa sir duduk dekat dengan saya ni? Dahlah dalam gelap macam ni. Eh bahaya ni! Saya tak nak kena tangkap basah dekat sini." Nuha pantas berdiri.

Dia menyedari keadaan sebegitu tidaklah elok di pandangan orang lain. Berdua-duan di tempat yang agak gelap. Boleh menimbulkan fitnah.

P. Mateen yang baru tersedar juga pantas berdiri.

"Eh ye tak ye jugak kan, aku tak nak kena kahwin dengan budak hodoh macam kau ni" selamba p. Mateen bercakap.

Nuha ni dah terbakar! Kurang asam punya lecturer. Ye dia sedar diri dia tak cantik macam perempuan lain. Dia hitam tak putih macam orang lain yang mempunyai kulit seputih dan bersinar seperti mutiara.

"Yelah saya sedar diri Sir! Memang saya hodoh pon sebab tu sampai sekarang crush saya tak notice pon kewujudan saya di dunia ni" jawab Nuha panjang lebar.

Kot ya pun jagalah hati dia sikit. Sakit betul hati Nuha kalau berdepan dengan p. Mateen.

"Ye kau memang tak cantik... " p. Mateen jeda seketika.

"Tapi kau ada mata yang sangat indah. Mata kau macam cahaya bulan yang bersinar dekat langit tu" sambung p. Mateen.

Nuha yang mendengar terus tersedak kecil. Wei! Apani! Pickup line ke ni?
Ok ni seram!

Kalau cakap dekat dua ekor tu pon diaorang takkan percaya lah punya. Nuha tampak kaku.

Rasa janggal menyelubungi diri. P. Mateen hampir menampar mulutnya. Aduh kenapa lah kau derhaka dengan tuan kau ni wahai mulut?

"Ermm.... " p. Mateen ingin menyambung kata namun deringan telefon Nuha telah memotong niatnya.

Pantas Nuha angkat panggilan dari si Syafiq.

"Wei, makanan kau dah lama berzaman siap ni. Kau nak makan ke tak hah pompuan? " tanya Syafiq.

"Ye, aku on the way lah ni giler" balas Nuha.

"Oklah sir saya kena pergi dulu, kawan saya dah tunggu. By the way thanks sebab puji saya sebab selama ni mana ada orang pernah puji saya" Nuha senyum manis.

Pantas dia berlari anak untuk ke gerai tadi.

"Teen, kau jangan buat pasal dengan budak" ujar Zarif yang tengah berjalan dari jauh.

"Apa aku nak buat apa? Kitaorang terserempak je"

"Hmm yelah tu" Zarif menyeringai. Dah start dah mode Detective Conan dia tu.

"Ye" jawab p. Mateen acuh tak acuh.

"Kau jangan Teen. Aku betul maksudkannya ni. Nanti korang juga akan sama-sama terluka" Zarif menyambung kata.

P. Mateen hanya diam. Menyambung sesi bersiarnya yang tergendala tadi. Zarif hanya membuntuti belakang P.Mateen.

Cinta kalau ianya wujud untuk menyakitkan jiwa baik jangan bermula. Biar ia sakit sekarang daripada menderita selamanya. Namun cinta itu manis sehingga manusia rela menderita kerananya.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now