Bab 42

5.3K 287 13
                                    

Tepat pukul 8.15 malam Leen dan Nuha sama-sama bergerak ke bangunan tutoran. Nasib kelas mereka hanya beza 2 kelas sahaja.

Kalau jauh-jauh memang nangis jugak lah. Semua pelajar yang masuk kelas tambahan ni ingat mereka takkan berpisah dengan classmate mereka. Sekali kena bubar semua. Kata pihak atasan sebab nak bagi pelajar lagi bersosial dan membantu antara satu sama lain walaupun berbeza kelas.

Selalunya bila dah satu kelas, satu kelas tu jelah study sekali makan sekali sampai bercampur dengan kelas lain pon tak nak. Dah jadi anti-sosial. Jadi program ni boleh kurangkan semangat 'Assabiah' antara kalangan classmate. Jangan jadi berpuak-puak. Tak elok, bila kita berpuak ni takde manfaat langsung pon sampai dengan orang lain pon kita tak nak bergaul.

Semua kena bergabung lah dah nak habis tahun 2019 dah ni takkan lah fikiran kampung lagi? Kita patutnya bergaul membina tali silatulrahim sesama rakyat Malaysia. Jangan rasis. Jangan pula memburukkan bangsa sendiri. Sebab bangsa kita juga hebat.

Nak tahu kehebatan Bangsa Melayu yang telah dipadamkan oleh penjajah? Beli je buku The Last Kingdom karya Hadi Fayyadh.

Biar bukak sikit mata tu.

Eh melalut pula.

"Eee seram betul aku kalau kena jalan sensorang. Gelap lepastu takde orang" ujar Leen.

Dia dan Nuha berpegangan tangan. Takut barangkali. Sape je tak seram, bangunan tutoran agak jauh. Dengan laluan yang panjang tanpa penghujung dan gelap. Takut juga terserempak anjing.

"Ye, kalau kena jalan sensorang aku rela tunggu dekat blok sampailah nampak ada pelajar yang nak pergi destinasi yang sama. Masa tu baru aku follow" jawab Nuha.

"Kau kelas T-12 kan? " Nuha mahukan kepastian.

"Ye, tak jauh. Kalau aku lambat kau tunggu eh? "

"Ye demimu aku rela tunggu" Nuha berseloroh.

Akhirnya mereka sudah sampai di tingkat 1 bangunan tutoran. Masing-masing bergerak ke kelas yang telah ditetapkan.

Nuha ni dah nervous sebab dia bukan jenis mudah buat kawan. Jenis anti-sosial sikit. Dah lah kena ajar dengan p. Mateen. Lagilah nervous.

Huhu tukar kelas tak boleh ke?

Nervous ni bukan main-main dah. Bunyi tapak kasut p. Mateen dari jauh pon Nuha dah tahu. Makin sejuk tangan dia. Berpeluh dah ni. Nasib kaca mata je tak berpeluh sekali.

Dahlah dia kena duduk depan. Betul-betul depan whiteboard. Ingat paling awal tadi. Rupanya diorang lagi awal. Pukul 7.55 agaknya dah sampai kelas.

Heh! Lupa ni kan kelas p. Mateen dah tentu-tentulah pelajar perempuan sanggup datang awal. Pelajar lelaki tak sampai separuh lagi sampai. Sekarang dah pukul 8.29.seminit lagi baru pelajar lelaki yang selebihnya tu datang. Ye tak lambat.

Sebab mereka tahu p. Mateen ni tegas dan dia paling benci kalau orang lambat kelas dia. Sebab tulah Nuha berani cakap seminit lagi sampailah geng lelaki tu. Lagipun kelas dia ada 4 orang je lelaki. 7 orang perempuan termasuk Nuha. Jadi keseluruhan kelas mereka adalah 11 orang.

Tepat pukul 8.30 dua lagi lelaki masuk kelas. Termasuk p. Mateen sekali.

Semua pelajar perempuan dah teruja dah tapi sempat cover. Nuha je yang nervous lebih.

P. Mateen tepat-tepat berada di hadapan wajahnya. Akibat kelas yang tak terlalu luas. P. Mateen agak dekat dengannya sampai dia tak nampak kepala p. Mateen. Nampak perut dengan lengan sado je.

Uik sempat lagi kau usha ye, Nuha? Biasalah jarang-jarang cuci mata. Hehe

"Assalamu'alaikum class, as you know you can call me sir Teen or just sir. As you want. I don't really care about it as long as you can give your 100% of your attention to my class. Because if you really want to go back at your syurga this night, you should get at least 50% marks on my quiz.

Dengar je semua tu semua pelajar jadi down. Huhu hancur harapan. Nampaknya tak balik lah Nuha malam ni. Sebab dia paling lemah dalam Fizik.

"So any question before i start my class? " tanya p mateen.

Tapi takde siapa pon yang berani tanya.

Sehinggalah ada seorang perempuan yang berani nak tanya. Tapi bila dengan je soalan dia. Fuh bukan berani dah ni cari pasal namanya. Langsung takde kaitan dengan fizik. Gedik je lebih!

Nuha marah. Orang nak start cepat-cepat baru lah dapat pulang awal. Ni pergi tanya pulak soalan merepek.

"Sir, saya nak tanya apa ciri-ciri gadis idaman sir? " tanya gadis tadi. Macam takde hal lain?

P. Mateen menjauh dengan Nuha. Dia menyandarkan pinggulnya di meja lecturer. Fuh! Kali ni Nuha dah jelas nampak muka p mateen.

Segak jugak dia malam-malam ni. Eh! Apa kau melalut ni Nuha?

Tapi macam nak dengar jugaklah apa jawapan p. Mateen. Saje je nak tahu! Korang jangan fikir lebih ok.

"Hmm good question. But it's not about physics" p. Mateen tak nak jawab.

"Alah" suara kebanyakan perempuan dalam kelas.

"Ok-ok i jawab dalam masa seminit. First dia ada 4 mata, tapi buta" terus jantung Nuha berdegup kencang.

"Second dia pelari yang handal"

"Lastly, she has a moon eyes. That belongs to me"

Zupp.... Nuha dah rasa nak mati dah ni.

Tapi dia malas overthinking.

"It's you" jelas p. Mateen.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now