BAB 27

6K 279 1
                                    

Nuha sampai ke checkpoint kedua. Ada seorang wanita berdiri di sana. Tersenyum manis dan memegang satu kad.

"Hai" ujar wanita tersebut

"Hai, apa cabaran kedua ye kak? " tanya Nuha ramah.

"Ok cabaran kedua adik kena ada partner"

"Partner? Kawan saya ke?

"Eh bukan.. Kena orang awam"

"Hah! " terkejut Nuha... Gila apa nak ajak orang awam main benda ni sekali. Bukan semuanya sporting.

Nuha membayangkan disepak terajang apabila mahu mengajak orang lain untuk menyertainya.

Fuh! Ngeri seh!

"Erm macam mana nak cari ye? " tanya Nuha.. Walaupun kedengaran soalannya agak bodoh.

Tiba-tiba deringan telefon berbunyi. Wanita itu cepat menjawab panggilan dari telefonnya.

"Baik, nanti saya inform dekat dia" lantas telefon itu ditutup.

Nuha hanya terpinga-pinga. Kenapa?

"Dik, tadi Syafiq ada call dia cakap adik kena cari partner adik dekat kawasan pokok ru yang berhampiran dengan kawasan hujung pantai. Syafiq ada cakap orang yang paling hensem sekali dekat situ akan jadi partner adik" panjang lebar wanita itu menerangkan perkara sebenar.

Naik pening Nuha... Adulah apa kejadah lah syafiq tu.. Aku nak marathon ke hujung pantai ke? Biar betik jauh tu?! 2.5 km kot... Ergh!! Ingat senang permainan ni.. Apa susah siot!

"Baiklah kak" sabar Nuha.

Wanita itu pantas menyerahkan tugasan yang perlu dilakukan oleh Nuha apabila telah menjumpai rakan sepasukannya.

Banyak sangat bajet si Syafiq ni! Nuha hanya mampu menggeleng.

Pantas kad itu diambil tanpa dibaca. Malas nak baca baik dia marathon cepat pergi cari si 'partner' nya itu.

Nuha berlari, berjoging, berjalan ulang balik semua tu sampai sampai ke pokok ru terakhir. Dia pantas berhenti. Melunaskan hutang oksigen.

Nasib udara pantai ni nyaman. Nuha pantas mencari si parner nya itu..

"Aik! Takde sape pon kat sini? Biar betik si Syafiq ni? Ke saja nak kenakan aku? " Nuha mula berang.

Ranting kayu di atas pasir segera dicapai. Dan dipatahkan kecil-kecil tanda bengang. Membayangkan ranting kayu itu seperti Syafiq, lagilah galak Si Nuha tu patahkan ranting tu. Mukanya berkerunyut. Hodoh jadinya.

Tapi takpe takde crush dia pon kat sini.. Hahaha.

Tiba-tiba tangan Nuha terhenti. Bau air wangi yang semerbak itu menghentikan gerak langkahnya.

"Apasal bau ni familiar sangat eh?" Ujar Nuha.

Hidungnya cuba menghidu lagi. Bau itu semakin dekat dengannya.... Sehinggalah ada bayang-bayang hitam yang sudah tentu bukan bayangnya. Bayang itu kelihatan semakin mendekat.

Nuha kecut perut. Dadanya berombak kencang. Nak kata hantu mana ada pagi-pagi ni. Penculik ke?

Alahhh... Aku tak nak mati lagii.. Huhu

Nuha memejam mata. Berharap bayang itu hilang.

Sesaat dua berlalu.. Sehinggalah..

"Boo! " tempik suara lelaki.

"Arghhh!! " Nuha pantas berteriak. Dipukulnya lelaki itu. Mata masih terpejam.

"Adoi... Adoi! Sakitlah budak" suara maskulin itu menghentikan perbuatan Nuha.

Pantas matanya dicelikkan. Bukan setakat celik... Nak terjojol keluar biji matanya saat ini!

"Sirrr!" Tempik Nuha

P. Mateen hanya menutup telinganya.. Budak ni mulut luas betul.

"Eh diamlah budak! " marah p. Mateen.

"Tak nak! Sir ni dah kenapa hah dah gila ke? Memang cita-cita dulu nak jadi penculik bersiri ke? Sir ni memang nak saya mati awal kan" marah Nuha sekali lafaz.

P. Mateen hanya tersenyum melihat Nuha yang sedang mengamuk.

"Well bukan cita-cita aku nak jadi penculik. And kalau aku nak jadi penculik pon aku culik orang cantik lah" ujar p. Mateen senada.

Senyuman p. Mateen itu membuatkan Nuha cair. Eh jangan gila Nuha!

"Huh dahlah saya nak cari partner saya ni" ujar Nuha. Baik larikan diri sekarang.

Yelah takutnya dia tanya soalan fizik chapter sem 1 tak ke gila Nuha nak jawab. Dahlah dia lemah subjek tu!

Kakinya digerakkan menjauh p. Mateen.

"Eh nak gi mana tu? Bukan kau tengah cari partner ke? " tanya p. Mateen.

"Ye memang tengah cari saya tunggu dia lah ni" jawab Nuha.

"So apa tunggu lagi jomlah" ajak p. Mateen.

Nuha Hairan.

"Ke mana? Saya nak cari partner saya kat sini. Sir pergi tempat lainlah" Nuha cuba menghalau.

"Hmm apa kakak tu kata dekat kau tadi? " tanya p. Mateen.

Nuha segera mengimbas kembali. Kakak tadi kata cari orang yang paling handsome kat sini. So?

Nuha terus memandang p. Mateen. Kening kiri kanan hampir bertemu.

Don't say!

"Yeah, you wait for me girl"

Dang! Nuha rasa lemah kepala lututnya. Ya ampun apa permainan si Syafiq ni. Memang dia ganyang lah kalau jumpa syafiq lepas ni!

Nuha cuba bertenang. Baik habiskan permainan ni cepat!

"Ok memandangkan saya dah jumpa partner saya jom teruskan misi. Saya akan baca arahan ni" ujar Nuha.

Kad tadi dibaca.

"Cari 5 permata yang ditanam berhampiran dengan pantai. P/s jangan risau aku tanam tak sampai 6 inci pon" Nuha baca kad itu terus.

Dan kad itu digumpal. Dasar kawan gila. Pantai besar kot!

"Gila si Syafiq ni gila! " marah Nuha.

"Ok jom cari" p. Mateen terus bergerak menghampiri pantai.

Nuha pantas mengekori. Ada tali yang berwarna hijau.

"Hmm ni mesti ada range dia. And mungkin batu permata tu ada dalam kawasan tali ni" ujar p. Mateen.

"Ok aku gali kasawan sini.. Kau gali kawasan sana ok" p. Mateen memberi arahan.

Huh... Nuha hanya mampu mengeluh.

Apalah nasib!

My Hot Lecturer ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora