Bab 20

6.5K 306 3
                                    

Entah mengapa senyuman di pagi hari oleh sang jejaka itu kelihatan menarik.

Bagi p. Mateen senyuman Nuha juga lebih manisnya.

Tapi takkan lah 10 minit nak senyum kot! Kejang otot muka.

"Ehem" p. Mateen derdehem. Mukanya dipalingkan ke arah tengah laut sana. Cuba menghilangkan debar yang terasa di dada.

Nuha juga tersentak. Dia menghirup udara segar. Cuba menghilangkan getaran halus tadi. Dadanya ditekap dengan tangan. Dapat dirasa getaran jantung yang abnormal.

"Awal kau jogging" tegur p. Mateen.

"Haah, kawan-kawan saya sedap membuta lagi. Tadi dah ajak diorang" keluh Nuha.

"Beraninya sorang-sorang, kenapa tak ajak aku" tanya p. Mateen.

"Huh! " Nuha terkejut.

Apa kes nak call lecturer sebab kau nak jogging. Pelik bebenor bunyinya. Bukan mereka ada apa-apa hubungan pon. Nombor telefon pon takde. Apakes?

P. Mateen pula rasa macam nak ditumbuk mulut sendiri. Ada pulak pergi tanya macam tu. Dasar mulut derhaka!

"Tak... Kau berani... Aku puji ni" dalih p. Mateen.

"Ouh, ok thank you sir"

"Erm nak pergi mana lepas ni? " tanya p. Mateen.

"Balik bilik, saya nak sambung tido. Hehe"

"What sambung tido? Biar betik kau ni. Lepas jog tido?" terkejut p. Mateen.

"Yelah, saya nak ambil angin pagi je lepastu sambung tido, sebab petang karang kitorang nak round Terengganu. Nak tengok wayang! " teruja Nuha.

P. Mateen hanya tersenyum melihat telatah Nuha. Teruja sangat budak ni nak tengok wayang. Al maklumlah dekat kelantan mana ada panggung wayang.

"Ok then"

"Oklah sir, saya naik bilik dulu" pamit Nuha.

P. Mateen hanya senyum. Membiarkan matanya melihat Nuha yang semakin menjauh.

"Tengok wayang ye.. Hmm macam menarik juga" ujar p. Mateen.

Telefonnya dibuka. Ikon whatssap ditekan. Askara di pad ditekan-tekan.

'Petang ni wayang jom '~p. Mateen

'Aku on je'~Noah

'Ok' ~zarif

'Hmm'~ Rian

"Boek lah. Semua on! " p. Mateen pula teruja lebih. Aneh bebenor!

Rancangan sudah dirancang. Jadi perlu laksanakan sahaja. Semudah ABC.....
................

Andai dirimu hadir hanya untuk mendekatiku dan menjauh semula,
Aku rela untuk tidak mengenalimu,
Kerana aku tahu jiwa aku yang akan terseksa.

Oh hati jika engkau hanya untuk dia,
Mengapa kau sakiti dia?
Mengapa engkau lukai dia?
Maafkan aku.... Kerana akan melukaimu kelak wahai cinta...

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now