Bab 5

9.1K 399 6
                                    

"Nyah, apa jadi dengan kau semalam?" Tanya Syafiq

"Haah lah lepas kau pengsan tu kitorang nampak p. Mateen dukung kau je. Kitorang nk kejar tapi takut kacau cinta korang yang baru berputik pulak" sampuk Aina

Berdekah syafiq dan Lisa ketawa. Macam kena sampuk hantu mengilai. Nuha buat derk je. Malas nak cakap apa-apa.

Weekend macam ni baik dinikmati dengan makanan di kafe.

"Nyah kau dengar tak ni? Semalam bukan main p mateen hantar kau dengan kereta kuda dia" sambung syafiq lagi.

"Untung kau Nuha dapat merasa kereta kuda p. Mateen tu" ujar Lisa sambil menyuap kerabu maggi yang masih panas ke dalam mulutnya.

"Kepala hotak kau!  Sedap kau kata? Ni kalau tak kena kejar dek anjing takdenya aku nak merasa naik kereta kucing kuda nyamuk dia tu"

Sembur Nuha. Naik angin dia. Angin semalam pon tak surut lagi.

"Kau tahu tak dia ada kereta tapi tak nak hantar aku dengan kereta dia. Konon nak jadi lecturer mithali sampai sanggup teman aku berjalan ke blok. Aku pulak tolol pergi guna jalan berbukit. Dah tahu ada anjing nak juga lalu dekat situ. Hah! Apa lagi mendapatlah semua kena kejar dengan anjing. Last-last baru dia bagi naik kereta dia. Ergh! Aku rasa macam nak hempuk je kepala dia tu"

Sembur Nuha lagi. Syafiq dan Lisa hanya terkebil. Dashat angin Nuha harini... Ok mood dia dah menyinga tu.

Pantas Lisa di tepi menghulur sebekas ais batu. Nak bagi Nuha tenang, kena bagi makanan berais.

"Ok dah-dah.. Petang ni kita jogging eh. Dah lama tak jogging ni" ajak Syafiq.

"Hotak kau! Semalam tu bukan jogging ke? Dah malas aku. Baik aku study math. Ahad ni ada Try It Out kan." Ujar Nuha

"Eh betullah. Alamak! Dahlah aku ada test chemist hari ahad jugak. Mampus aku! Oklah geng hari ni kita study je eh" ujar syafiq

Syafiq ni bab belajar memang bagus. Dia tak main-main kalau bab belajar ni.

Lisa hanya mengangguk. Haih Lisa tahu angguk je, dahlah jarang bercakap, eh tapi bila bukak mulut tu asyik nak membahan je.

Apalah nasib Nuha dapat kawan macam ni. Tapi Nuha dah bersyukur dikurniakan sahabat seperti mereka. Tanpa mereka mungkin Nuha susah untuk teruskan hidup dia di KMKt ni

"Eh sebelum tu jom pekena ABC bingyang dekat kafe sebelah. Bolehlah cuci-cuci mata sekali" ajak syafiq

Rutin weekend cuci mata. Haha. Sambil cuci mata sambil makan.

"Boleh jugak, kalau jumpa Dr Rian.. Pergh habis hilang masalah aku"

Bersinar terus mata Nuha kalau bab macam ni. Hehe gatal tahap cipan.

Lisa macam biasalah. Tahu hangguk je! Apokono eh jang.

........

"Teen apasal kau balik lambat sangat semalam? " tanya Rian.

"Erm kes jaga budak tu lah. Entah apa nama. Siap pakej marathon lagi aku semalam" jawab P. Mateen

Noah hanya ketawa.

"Tapi benda ni kita tak boleh anggap enteng je. Korang tak rasa ke ada orang cuba nak sakitkan kau Teen?" Tanya Zarif.

"Erm dah start dah mood detective conan dia tu" sambung Noah

"Diam ah kau" bengang pula Zarif dengan Noah ni.

Dia bukan nak jadi detective conan ke apa cuma dia musykil.

"Ye memang ada orang potong wayar break tu, tapi korang jangan risau lambat laun aku akan tahu jugak" ujar Rian sambil menyisip air Nescafe.

"Entahlah aku tak kisah" jawab p. Mateen.

Telefon p. Mateen berdering. Tertera nama Hanis di situ. Pantas dia tutup.

"Haih sampai bilalah kau nak jadi macam ni Teen?" Tanya Noah.

P. Mateen hanya mengangkat bahu.

"Dah, jom makan" ajak Rian

.....
"Weh apasal ramai sangat dekat kafe tu? " tanya Nuha

Syafiq dan Lisa hanya menggeleng, pelik selalunya  malam minggu baru kafe penuh tapi apasal petang pon penuh jugak ni.

"Awak kenapa penuh sangat dekat kafe tu? " tanya Lisa kepada seorang perempuan yang baru keluar dari kafe.

"Ada 4LHGB dekat kafe, tu yang ramai sangat tu" sengih perempuan itu.

"Ouh ok, thanks ye" Balas Lisa.

"Weh langkah kanan kita hari ni" senyum lebar Syafiq.

Nuha pula masih berkira-kira. Dia nak tengok Dr Rian je dan yang penting dia tak nak jumpa p. Mateen.

"Erm korang, tak payahlah makan kat sini. Kan ramai ni. Kita datang malam ni jelah" ujar Nuha

"Lorr, kenapa jomlah dah alang-alang kita ada kat sini" pujuk Syafiq.

"Hmm yelah, tapi kita tapau je eh abc bingyang tu kita makan kat bawah pokok depan blok aku" sambung Nuha lagi.

Lisa dan Syafiq pantas mengangguk. Pelik mereka dengan sikap Nuha. Selalunya bab macam ni dialah segar. Tapi sejak kejadian kena marathon dengan p. Mateen dah merubah Nuha sedikit.

Selesai sahaja membeli. Mereka keluar daripada kafe.

"Wait! You again. What's your name actually? Semalam aku tak sempat nak tanya" kata seorang lelaki di belakang mereka.

Pantas Nuha berpaling. Sudah diagak gerangan pemuda itu. P. Mateen!kebanyakan perempuan yang berada di kafe nampak geram dengan Nuha sebab p. Mateen menegur Nuha sedangkan Nuha bukanlah cantik sangat.

"Nuha"

Lantas Nuha menarik lengan Syafiq dan Lisa untuk keluar dari kafe. Takut dengan pandangan orang lain terhadap mereka.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now