Bab 19

6.4K 303 3
                                    

"Hah kau lari mana tadi? " tanya Syafiq. Tapi tidak sedingin tadi.

Fuh! Nasib baik. Kalau tak kena cepuk sekali lagi.. Huhu sakit kalau kena penangan sepakan Syafiq ni. Biar nampak lembut tapi fitrah lelaki lebih kuat daripada wanita. Sekali sepak wuu nenangis tepi longkang lah kau!

"Hehe, dekat pantai je. Saja ambik angin sambil menunggu makanan" jawab Nuha.

Nuha dan syafiq sama-sama berpaling ke arah Lisa yang sedari dari tadi lagi senyap.

Membulat mata mereka memandang Lisa. Mentang-mentang makanan dah lama sampai. Tak toleh kiri kanan, entah dibaca basmalah atau tidak. Dasar kawan pentingkan diri sendiri!

"Woi! Takleh tunggu ke kawan kau ni makan sekali. Eh monyet betullah perempuan ni. Sakit hati tahu tak! " Syafiq merajuk. Pantas dibaca basmalah dan dia menjamah makanan yang terhidang.

Nuha hanya menggelengkan kepala. Pantas dia juga membaca doa untuk makan. Lapar weh sejak main lari-lari dekat pantai. Tambahan pula lepas berjumpa dengan lecturer kolej.

........................

Nuha bangun awal pagi lagi. Diajaknya Lisa dengan Syafiq jogging sekali. Hmm tapi hampeh! Dua-dua membuta tak ingat dunia. Biarlah mereka berdua tu. Baru lepas exam kan? Biarlah mereka bahagia

Nuha ni pula entah bila jadi rajin bangun pagi. Time study week bangun lambat. Eh cuti bangun awal pula. Entah apa-apa der.

Selepas 30 minit jogging mengelilingi kawasan pantai. Nuha berhenti di tengah pantai. Di kerling jam tangan di tangannya. Sudah pukul 8.30 pagi. Dia keluar tadi baru pukul 8.00 pagi.

Ah indahnya waktu pagi. Angin sejuk menerobos ke dalam diri. Dia menghirup nafas agak panjang. Menikmati keindahan alam.

"Nyamannya dekat sini" Nuha memejam matanya. Tangannya didepakan. Cuba untuk menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

Nuha tegar memejamkan matanya lama sehingga bau maskulin lelaki meresap masuk ke lubang hidungnya. Harum. Eh seram ni.

Pantas Nuha membuka matanya. Dipandang ke tepi. Terkejut lagi!

Nuha pantas menjarakkan diri dari lelaki itu. Dipegang dadanya yang berdegup agak kuat dari biasa. Terkejut mungkin.

P. Mateen hanya tersenyum manis.

OMG! Ni first time dia senyum semanis itu di mata Nuha.

Nuha terpanar.

'Kenapa si p. Mateen ni hensem sangat? Ke aku baru perasan? ' Nuha hanya berkata dalam hati.

Matanya masih galak memerhati senyuman indah si p. Mateen.

Akhirnya mereka berdua sama-sama hanyut dalam renungan masing-masing. Nuha hanya tersenyum, p. Mateen jua.

Seperti ingin dihentikan masa buat masa ini!

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now