Bab 46

5.2K 257 13
                                    

Macam biasa lah malam ni, kelas tambahan fizik. Kali ni semua orang fokus sebab Khamis minggu ni ada Brain Power Physic. Kuiz fizik ni semua yang ambik subjek fizik akan jawab sama-sama pada waktu yang sama. So takdelah soalan bocor tu.

Habis je kelas, semua nak cepat balik. Entah kenapa tak tahu. Nak tengok drama agaknya. Ouh lupa malam ni geng lelaki ada pertandingan main mobile legend. Patutlah!

Tapi perempuan pon join jugak. Permainan diadakan di kafe. Jadi ramai yang join.

Nuha tak berminat so dia sengaja melambat-lambatkan pergerakannya.

P. Mateen pula suka lah sebab dia boleh bercakap dengan Nuha. Sekejap pon jadilah!

"Kenapa kau buat derk je masa kita jumpa petang tadi? " tanya p. Mateen.

Nuha menghentikan pergerakannya apabila siap mengemas beg.

"Laa kita ada jumpa ke tadi? " tanya Nuha balik.

"Eh kita tanya dia, dia tanya kita pulak. Iyalah kita tersempak tadi"

"Hmm masa saya menghala ke bangunan tutoran ke? "

"Ye"

"Ouh patutlah, saya tertinggal kaca mata dekat kelas. So saya tak nampak benda jauh"

P. Mateen hanya mengangguk.

"Nah" diberikan satu kotak kepada Nuha.

"Apa ni? "

"Bukalah"

Nuha membuka perlahan kotak itu. Ada coklat dan sebuah buku warna pink yang cover depannya tebal dan berbulu. Cantik!

"Tapi kenapa bagi saya? "

"Saja nak bagi. Kau suka tak? "

"Suka lah hadiah orang bagi orang gila je tak suka. Tapi kenapa ada buku ni? "

"Buku tu kau buatlah macam diari ke apa ke. Kau tulislah apa perkara sweet yang aku buat ke bla bla bla. Suka hati kau lah"

Nuha sengih.

"Kalau nak buat nota masa dalam kelas sir boleh ke? " tanya Nuha.

P. Mateen mengecilkan matanya.

"Kau ni sengaja kan. Dasar budak nakal"

"Eh apa nakal pulak! Buat nota fizik baguslah tu"

"Yang tu buku lainlah. Yang ni special"

"Erh whatever lah sir. Takde masa lah saya nak buat diari-diari semua ni. Banyak lagi assignment yang tak bertulis ada hati nak buat diari pulak"

P. Mateen hanya buat muka toya. Budak ni kalau aku buang dalam tasik tak berdosa agaknya.

Haihlah!

"Aku nak sweet sikit pon tak boleh. Kacau daun betul kau ni"

"Eh sweet ke macam tu? Ex saya lagi sweetlah" Nuha ketawa riang.

Seketika mulutnya ditekap tangan sendiri.

"Ops" macam kantoi je.

"Apa kau cakap? Siapa ex kau yang sweet tu? " p. Mateen membesarkan matanya sedikit.

"Takde apalah, saya balik dulu sir"

Kakinya cuba mengatur langkah.

"Eh tunggu dulu! Siapa dia? Aku kenal tak? " p. Mateen dalam mood serius.

"Ermm, kenal kot. Takpelah sir nantilah saya fikir nak buat apa dengan buku sir bagi ni. Tapi yang penting coklat ni harus dimakan, sebab nampak sedap sangat " Nuha sengih.

My Hot Lecturer ✔️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz