Bab 69

5.7K 225 15
                                    

Minggu study week telah bermula. Pelajar sibuk ke kubikel lecturer masing-masing untuk bertanya soalan. Ada yang mengulang kaji di library. Nuha menumpukan sepenuhnya dalam mengulang kaji bab-bab yang dia belum mahir. Tak faham dia terus tanya lecturer dan senior ataupon kawannya yang lain. Leen juga turut sama dalam belajar bersungguh-sungguh. Mereka mahukan kejayaan untuk kali ini.

Hal p. Mateen dan Miss Hanis dilupakan terus dalam benak Nuha. Yang dia nampak sekarang ni cuma nak habiskan exam cepat-cepat. Tak sabar nak makan tido dekat rumah.

Kan rumahku syurgaku! Haha.

Dalam seminggu p. Mateen bagaikan sudah tidak wujud di sini. Mungkinkah p. Mateen akan mengotakan kata dia?

***********************************
P. Mateen membawa Hanis ke Al -Khatiri Kafee. Tempat yang pernah dia bawa Nuha. Rindu pada wajah itu melonjak-lonjak dalam benaknya.

"Kenapa Lid bawak Hanis dekat sini?" tanya Hanis agak berdebar. Rasanya dia sudah dapat mengagak apa yang p. Mateen akan katakan.

"Hanis, maafkan Lid. Lid tak rasa yang kita boleh bersama. Hati Lid cuma ada pada Nuha je. Langsung tak boleh ditukar ganti dengan yang lain" p. Mateen menunduk.

Biarlah kali ni ayah dan mummynya akan marah besar. Tapi dia mahu bahagia juga dengan orang yang dia cintai. Jadi kalau Hanis boleh putuskan pertunangan ni jadi keluarganya tidak boleh buat apa dah.

Seperti yang Hanis duga. Tapi hatinya masih terasa pedih. Matanya berair. Hidungnya merah.

"Lid, 5 tahun tau Hanis tunggu Lid. Dan ini yang Hanis dapat. Ye Hanis tahu Hanis je yang terhegeh-hegeh. Tapi langsung takde peluang ke untuk Hanis selami hati Lid? " sebutir air matanya jatuh dari mata kirinya yang melambangkan kecewa yang amat.

P. Mateen menggeleng lembut.

"Maaf Hanis, tapi Lid dah pernah paksa hati Lid dulu untuk terima Hanis. Tapi langsung tak boleh Hanis. Maafkan Lid"

Hanis mengangguk-angguk.

"Baik, kalau itu yang Lid pinta Hanis akan turutkan. Pertunangan ni perlu dibatalkan. Hanis dah letih tunggu Lid selama 5 tahun ni. Tapi langsung takde hasil. Mungkin betul mencintai itu tak bermaksud memiliki. Jadi untuk membuktikan cinta Hanis pada Lid maka Hanis rela lepaskan Lid kalau itu boleh buat Lid bahagia" ujarnya tenang.

Dia dan buat solat Istikharah. Dan dia yakin p. Mateen bukanlah yang terbaik untuknya.

"Alhamdulillah, thank Nis. Lid tak tahu nak cakap macam mana. Tapi Lid betul-betul hargai penantian dan pengorbanan Hanis. Jadi kalau Hanis perlukan apa-apa di masa hadapan. Lid janji akan tolong selagi yang terdaya sehinggalah hutang budi Lid pada Hanis dilunaskan"

Syukur. Dia sudah bebas dari belenggu ini.

Nuha tunggu aku!

P. Mateen senyum lebar. Ada seminggu lagi sebelum Nuha habis exam. Dia akan tunggu saat itu.

Hanis juga makin tenang. Setela pertunangannya bersama Maulid putus. Dia merasa bebas sebebasnya. Rasa tidak terikat lagi. Mungkin ini hikmahnya. Mencintai diri sendiri lebih baik dari mencintai orang yang belum tentu cintai kita.

Maka dengan itu tamatlah riwayat pertunangan mereka yang hampir 5 tahun itu.

*********************************

Seminggu sudah tamat dengan jayanya. Hari ni hari terakhir Nuha di kolej. Pelajar modul 3 dan account sudah lama pulang ke rumah. Kerana peperiksaan mereka berakhir lagi awal. Haih Linda pon dah pulang tadi. Lepas je tamat kertas Fizik si Leen terus lancar pulang ke rumah. Adoilaj tak guna betul budak tu! Boleh dia pergi tanpa peluk dah cium Nuha dulu?

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now