Bab 41

5.4K 255 7
                                    

Minggu pertama selepas result. Atau lebih tepat malam ni kelas tambahan fizik untuk Nuha dan Leen akan bermula.

Akibat kesibukan menghantar lab report, tiru lab manual dalam jotter book dan siapkan assignment, Nuha dah lama tak jumpa dengan Syafiq, Lisa termasuk Dahlia. Mereka semua modul berbeza.

"Kau dah check belum sapa lecturer kau? Kan malam ni dah start class" Leen saja tanya khabar. Dah tahu sangat Nuha ni pelupa.

"Urgh! Malam ni ke, kau dah check? " tanya Nuha.

Mereka berada di kafe. Baru 10 minit yang lalu lepas habis kelas.

"Dah aku kena dengan Sir Afiz" jawab Leen sambil membalas whatsapp siapa entah. Hmm cinta hati lah tu.

"Kau? " tanya Leen. Telefon di letak di tepi meja.

"Jap aku baru nak bukak senarai nama ni" pantas Nuha membelek telefon. Aplikasi whatsapp dibuka.

"Encik Tengku Maulid Zahiruddin bin Tengku Mikyad" panjang lebar namanya.

"Tak nama sapa ni? Apasal aku tak tahu pon ada lecturer kita nama pangkal tengku dekat depan. " tanya Nuha.

"Entah aku pon tak kenal. Tua kot sebab tu tak famous. Bukan nye 4LHGB. Coi! " Leen ketawa.

Nuha pon ketawa sama. Entahlah macam tak pernah dengar nama tu. Yelah bukan kenal semua lecturer pon. Kenal yang mengajar dalam kelas jelah.

"Mana Dahlia, Syafiq dengan Lisa ni? Lama dah tunggu ni" tanya Leen.

"Eleh 10 minit baru. Nak gelabah apahal? " sindir Nuha.

"Tak masalahnya aku lapar ni"

"Jap lagi sampai lah tu"

"Macam mana kau buat Syafiq dengan Lisa tu boleh terima kehadiran Dahlia sekarang? " tanya Leen.

"Ala aku buat cerita sedihlah. Lagipun betullah lepas Ju masuk diterima spa tu Dahlia dah takde kawan. Lagipun Dahlia dah insaf. Dah tak cari pasal dengan aku" panjang lebar Nuha berkata.

Leen hanya mampu membentuk O di mulutnya.

"Sorry korang baru sampai" Dahlia duduk di tepi Nuha.

"Takpe" jawab Nuha dan Leen serentak. 10 minit je pon.

"Hah alang-alang kau datang awal ni aku nak tanya kau kenal tak lecturer yang bernama Tengku Maulid Zahiruddin bin Tengku Mikyad? " soal Leen.

Nuha dan Leen dari tadi lagi nak tahu sape lecturer tu.

"Weh, serius lah korang tak tahu? " Dahlia buat muka terkejut.

"Kalau tahu takdelah kitorang tanya" marah Nuha.

"Taklah aku tak tahu lah korang ni jenis dok dalam gua ke apa? Takkan tak tahu. Seriuslah? " tanya Dahlia lagi.

"Ye kitorang tak tahu" Leen dan Nuha dah start nak perang dah ni.

Terkejut Dahlia dibuatnya. Memang betul spesies gua diorang berdua ni!

"Sape lagi, p. Mateen lah" jawab Dahlia.

Terus rahang Nuha dan Leen jatuh kebawah. Nasib tak sampai ke lantai je.

"Apasal jauh sangat nama Tengku dengan P. Mateen tu?" tanya Nuha.

Yelah nama dengan nama panggilan tu takde kena mengena langsung!

"Haah lah doe. Apa yang sama Mateen dengan Maulid tu? Hujung-hujung tak sama langsubg. Satu Teen satu Lid. Apakehal nye?" Leen pon naik hairan.

"Ish nak kata bodo kan takde kena mengena pulak. Haduilah korang ni! P. Mateen tu singkatan Prince Mateen.  Sir Mateen tu kaya dan hansome macam anak raja Brunei tu. So that's why lah orang gelar dia p. Mateen walaupun nama dia tu jauh bunyi" terang Dahlia.

"Ooo, patutlah!" Nuha dan Leen menjerit serentak.

Tiba-tiba Nuha menampar meja kuat. Sampai merah tangannya.

"Maksudnya dialah lecturer aku untuk kelas malam ni?! Matilahnak mati lah aku kalini" tiba-tiba Nuha merasa takut.

Yelah kes minta maaf hari tu pon p. Mateen macam tak maafkan lagi je. Padahal bukan besar sangat pon. Drama je lebih Encik Putera tu!

"Kenapa? " kali ni serentak pula Leen dan Dahlia bertanya.

"Takde apelah, kita makanlah dulu kalau si Syafiq dan Lisa ni lambat" ujar Nuha.

"Aku on je. Tengah lapar gila ni" Leen pantas bangun. Berdesup dia lari untuk membeli nasi.

"Wuu pantas" Dahlia hanya menggeleng. Lapar benar perempuan tu.

"Jomlah kita, apa tunggu lagi? " ajak Nuha.

"Ye" Dahlia pantas bangun.

Nasiblah tak sempat nak menyuap mulut ke nasi, Lisa dan Syafiq tiba.

"Sorry lambat" Lisa dan Syafiq berkata tetapi bukan serentak. Berbeza 0.5 saat sahaja.

"Hmm, cepatlah beli nasi. Kitorang tunggu makan sesama" Nuha hanya memandang nasi. Lapar dah ni.

"Ye"
"Ye"

Mereka berdua membeli nasi. Dan akhirnya perut lapar semua orang dah terisi. Lepasni boleh tido.

Eee! Sangat tak produktif. Tapi Lisa, Syafiq dan Dahlia nak jogging petang ni.

Leen dengan Nuha tak nak. Malam ni kan kelas fizik.

Memikirkan hal itu sahaja membuatkan Nuha mahu ponteng kelas malam ni.

Boleh ke tak eh? Hehe.

Tapi sebab ada rekod kedatangan so wajiblah pergi. Sedih hidup kau Nuha!

...................

"Kau dah ready ke kelas malam ni? Sekarang kan minggu lecturer busy" prihatin Noah.

"Dah, lagipun ada benda istimewa " p.Mateen hanya sengih.

Sesungguhnya dia sorang je tahu. Noah takkan diberitahu. Buat apa bagitahu dekat Noah. Kena bebel free je.

Eh tapi bukan p. Mateen sorang je tahu. Korang yang tengah baca ni pon tahu kan? Kan?

"Apa benda tu? "

"Tak payah tahu"

Noah hanya mengangkat bahu. Malas layan dah si laki ni. Baik fikir apa yang nak dibuat untuk pujuk si keras kepala (Lisa)  tu.

My Hot Lecturer ✔️Where stories live. Discover now